Malaysian SEO Servis dr Saya Syed Shaffizan

Saya Percaya Ramai Orang di Malaysia sudah beri focus pada SEO untuk website anda kan.

Terima kasih sebab berminat untuk tahu servis seo saya ni lebih lanjut. Saya bukan lah jenis rajin sangat buat laku bisnes orang ni, tapi kadang kadang tu nak juga lah buat latihan untuk diri sendiri ya kan.

Dengan buat servis seo ni, saya rasa macam lebih banyak lagi benda yang saya belajar. Sebab, bila buat SEO untuk diri sendiri, serius saya rasa senang nak ranking. Ambil contoh Blog B ni. Rasanya nak dapatkan ranking pertama untuk satu satu keyword sangat mudah. Cepat, sekejap sahaja sudah ranking.

Tapi tak semua jadi macam ni punya senang dengan niche client. So, bila cabaran ni ada buatkan saya akan lebih faham akan SEO.

Untuk servis yang saya sediakan ada pelbagai jenis, daripada saya setup sikit sikit, saya buat separuh separuh, sampailah ke saya siapkan semuanya.

Bila saya siapkan semua tu, maksudnya, anda hanya perlu tunggu traffik sahaja. Untuk full setup ni, memang bayaran adalah secara bulanan, atau pun nak bayar lumpsum pun boleh..

Sekarang, saya akan kongsikan apa servis yang saya buat sikit sikit dulu, kemudian baru saya kongsikan half setup atau full setup. Untuk pasaran inggeris dan malay lain harga ya..

Servis 1 – Buat Keyword Research

Bila anda nak hire saya buat SEO, yang terbaik, at least tahu lah juga apa step step nya. Nanti saya akan link kan Pengetahuan SEO di sini. Penting untuk anda tahu supaya tak ada lah rasa saya ni macam sembang kosong ke apa.

So untuk servis pertama ini ialah saya akan buat keyword research untuk anda. Saya akan gunakan software premium seperti ahrefs, majestic seo, mangools sudah pasti, keyword revealer kalau perlu. Dan beberapa lagi untuk pastikan keyword research saya pada tahap yang paling baik.

Apa tujuan keyword research? Tanya saya, atau baca pengetahuan SEO tu.

Saya juga ada blog lagi satu yang saya beri lebih focus pada SEO, iaitu SyedShaff.com. mungkin boleh belajar banyak benda di sana sebelum hire saya.

Servis 2 – Buat Artikel

Ni servis yang paling saya suka buat. Senang cerita, anda bagi keyword untuk saya beri focus, atau pun ambil sekali dengan servis 1. Setiap artikel ni adalah lebih kurang daripada 700 hingga 1000 patah perkataan.

Ada juga artikel yang memerlukan sampai 2000, bergantung kepada competition SEO anda dan juga, tahap detail artikel yang perlu disampaikan pada pembaca.

Servis buat artikel ni adalah untuk bahasa Inggeris dan juga Melayu. Untuk bahasa melayu, ada revision, untuk bahasa inggeris tiada. Sebab setiap artikel bahasa inggeris yang saya buatkan untuk anda, saya perlu hantar ke partner untuk check grammar dan word choice pula. So udah duit lain dah kat situ.

Word choice tu maksud saya, kita tak boleh tulis artikel english ikut suka hati je pilih mana ayat. Ada ayat yang sesuai dan yang tak. So servis ni, bukan sahaja buatkan grammar penulisan saya baik, malah juga setiap ayat yang saya tulis, bunyi macam orang putih sendiri yang tulis.

Setiap artikel ini juga ada package harga lain pula untuk letak gambar premium. Gambar ni saya akan ambil dari istockphoto, fotolia ke, 123rf ke dan macam macam lagi. Total ada 7 premium image directory yang saya boleh dapatkan gambar. Shutterstock pun ada.

Servis 3 – Link Building

Link building ni amat sesuai untuk anda ranking mana mana keyword focus. Saya akan gunakan teknik yang sesuai supaya ranking anda naik..

Method Link Building saya adalah bergantung kepada website anda sendiri. Yang pasti, saya akan gabungkan white hat dan grey hat teknik sikit juga kalau perlu.

Servis 4 – SEO Consulation

Andai kata anda sudah siapkan satu website. Atau pun planning nak buat. Saya juga boleh bagi consulation apa method SEO yang anda patut buat supaya ranking baik di Google. Servis ni boleh jadi one time atau monthly. Kiranya, kalau nak saya minitor performance, boleh ambil monthly.

Nak saya ajarkan staff pun boleh..

When You Hire me as SEO.. saya akan gunakan beberapa software premium untuk bantu kerja saya.

Antaranya:

Mangools – ini untuk buat keyword research, dan juga track ranking kat mana

Ahrefs – ada banyak tool untuk check backlinks kat dunia ni, tapi yang paling saya percaya ialah ahrefs

Majestic SEO – tool untuk check backlink ni, saya guna untuk signal seo yang yang ada atau lebih senang nampak di majestic berbanding dengan ahrefs.

Dan macam macam lagi lah, sebab bergantung kepada competition dan tahap detail yang anda nak saya buatkan..

Blog Setup

Saya tak buat servis untuk setup blog ya, senang sangat nak buat guna wordpress ni. Tapi saya ada sediakan servis blog untuk beberapa banyak artikel yang anda nak. Setiap artikel ni insyaAllah sangat power dengan on page SEO nya

Half Setup

Half Setup blog anda boleh pilih sama ada nak saya sediakan 20 artikel, 50 artikel, mahu pun 100 artikel sekali pun. Sekali dengan publish ini ya. Sebab saya perlu untuk internal linking kan nya..

Kalau nak saya buat link building pun boleh, anda boleh ambil package harga tambahan untuk link building.

Full Setup SEO Budget?

Yang terbaik, adalah anda telus dengan saya. Saya hanya akan minta untuk kerja yang saya buat sahaja. Harga saya tetap. Kalau saya minta lebih, bukan untuk tambah duit saya, tapi saya boleh gunakan pada marketing seo produk anda.

Namun, untuk senang cerita. Starting nya adalah RM 2000 untuk setiap full setup SEO, dan mungkin ada bulanan kalau anda berminat.