Pernah dengar dengan Google Intents

Untuk yang sudah lama dengar, Alhamdulillah lah.

Untuk yang baru macam saya, meh saya nak kongsi sikit.

Ilmu ni saya baru sahaja faham dalam 2 minit yang lepas. Dan untuk membuatkan saya tak lupa, saya share kat sini.

SEO ni, walaupun ia satu bidang yang mudah di fahami, tapi agak luas juga. Seperti contoh google intents ni, google dah duk story kat Youtube sejak 2011 lagi. Tapi saya baru tahu lepas sahur 2016 ni. Tak pe lah, at least tahu juga kan.

Definisi Google Intents

Penting untuk kita tahu tentang google intents ni sebab ia sangat berkaitan semasa kita buat proses yang paling awal dalam SEO, iaitu keyword research

Tujuan Google Intents adalah untuk memahami apa kehendak pengguna pada tahap yang lebih mendalam lagi.

Saya tak pasti post sebelum ini yang mana satu, kalau tak silap Advanced Keyword Strategy ini.

Atau pun post yang pertama, apa itu SEO.

Tak kesah lah, tapi yang pasti saya ada sentuh satu term yang saya namakan sebagai ‘keyword behavior’.

Term ini bukan lah satu panggilan khas dalam SEO, apatah lagi yang sememangnya diguna ramai oleh SEO di luar sana.

Tapi lebih kepada idea saya sendiri yang nak membawa erti, bahawasanya, setiap keyword yang kita focus, punyai focus peribadinya tersendiri.

Seperti contoh, keyword seperti ‘buy shoes’ dengan ‘shoes’.

Shoes – seperti yang anda tahu ia tampak lebih general.

Buy shoes – yang ini pula ia nampak lebih specific, bermaksud? Akan ada ‘buy button’ contohnya.

Serupa juga dengan ‘indian restaurant’ dengan ‘great indian restaurant’

Indian restaurant – lebih beri focus pada lokasi restaurant itu sendiri

Manakala

Great indian restaurant – ini lebih kepada untuk dapatkan review kan?

Maka, tak mustahil lah kalau di page google, kita akan dapat website Yelp ranking pertama.

keyword-intents
  • Print
  • Google+
  • facebook

Sebab Yelp memang website besar yang memang beri focus pada review untuk setiap tempat. Siap ada rating lagi 3.5 lagi…Lagi lah Google suka untuk rankingkan Yelp.

Pendek Kata..

Setiap keyword yang dipilih:

  • jangan dinilai daripada volume searches bulanan nya sahaja
  • jangan dinilai daripada sama ada anda mampu ranking keyword tersebut atau tidak.
  • Dan sebagainya lah..

Sebab, ada juga faktor yang lebih penting iaitu yang kita bincangkan atas tadi, iaitu Google Intents.

Atau pun yang saya duk panggilkan sebagai keyword behavior.

Tak pelah, lepas ni, saya akan panggil sebagai Keyword Intents untuk lebih menjurus kepada focus Google.

Sebab Google pun ada sediakan video nya tentang ni.

https://www.youtube.com/watch?v=mTBShTwCnD4a

Apa yang anda harus lakukan selepas ini?

Mudah sahaja, kita tahu setiap keyword punyai focus peribadi tertentu atau tujuan tertentu.

Seperti….

Sama ada , nak jual, nak beli, atau hanya nak tahu, atau sengaja nak main main, dan sebagainya.

Dan setiap nya pasti punyai pendekatan yang berbeza.

Seperti contoh, katakan anda syarikat nak jual kasut, mesti lah memilih keyword yang untuk membeli atau pun yang nak dapatkan review atau testimony.

Cara Mudah Untuk Tentukan Keyword Intents

Bagi saya, yang paling mudah untuk kita rungkai setiap tujuan utama keyword ialah keyword yang biasa kita dengan sebagai long tail keyword.

Long tail keyword lebih jelas focusnya.

Seperti contoh…

Dalam beberapa tahun yang lepas 3 tahun kot.

Saya ada buat keyword research tentang weight loss di pasaran antarabangsa.

Dan saya ada jumpa keyword long tail ini:

How to lose weight with workout

dan

How to lose weight without workout

Berdasarkan dua contoh kita atas, kita memang jelas tujuan si pencari ini gunakan keyword di atas.

Berbanding dengan kita cuba untuk ranking keyword seperti ‘weight loss’ contohnya.

Keyword “weight loss” – bukan sahaja tidak mampu anda ranking kalau tiada ratusan ribu dollar, tapi kalau ada pun, belum tentu berbaloi, sebab anda tak akan boleh buat duit banyak kalau ranking keyword seperti ini.

Faktor lain untuk tentukan sama ada keyword tersebut berbaloi untuk di ranking atau tidak ialah jumlah kos PPC nya.

Saya juga ada kongsikan teknik ini untuk post sebelum ni, tapi lupa dah yang mana satu.

Kita tahu, PPC atau pay per click ialah system adwords oleh Google untuk advertiser bid mana mana keyword dan cuba dapatkan ranking di Google pada masa yang singkat. Asalkan bayar lah.

Dengan itu, kita boleh rungkaikan kepada 2 perkara:

  1. Pertama ia gunakan system bid, bermaksud lagi tinggi, lagi berbaloi lah keyword tersebut untuk diranking
  2. Kedua, kenapa ia berbaloi? Mudah, sebab ia memang betul betul hasilkan wang kepada advertiser tersebut.

Seperti contoh di bawah:

definisi-google-keyword-intents
  • Print
  • Google+
  • facebook

Jumlah PPC untuk keyword kedua di atas lebih tinggi RM 25 berbanding hanya 5 hengget je untuk keyword pertama. Lantak lah search sampai 300k sekalipun.

Sebab? Perhatikan keyword intentsnya, lebih kepada untuk ketahui weight loss program yang dapatkan result pada kadar yang cepat.. bermaksud, advertiser boleh terus suggest mana mana product dan terus buat sales insyaAllah.

Baik lah, saya rasa itu sahaja kot.

Sekian dulu…

Untuk apa apa pencerahan…tinggalkan komen di bawah ya…

72

No Responses

Write a response

Shares
Share This

Share This

Share this post with your friends!