Cara Menggunakan Google Keyword Planner

Salam.

Seperti yang anda tahu, kita gunakan Google Keyword Planner untuk cuba buat uji kaji sama ada keyword yang hendak ditarget mempunyai pasaran atau tidak.

Dan cara untuk menggunakan Google Keyword Planner ialah…

Pergi ke GKP nya…

Mana yang tak register Gmail boleh register dahulu. Mana yang sudah, anda boleh terus login.

Selepas login, di bahagian atas sekali akan ada Tab Tools à terus pilih Keyword Planner

Dan paparan seperti di bawah akan terhasil

Klik bahagian atas sekali, ‘Search for new keywords using a phrase, website or category’

Dan terus isi tempat kosong ikut kan pada apa yang saya nomborkan di bawah

  1. Anda boleh pilih letak apa sahaja, contoh macam saya, katakan saya nak buat website untuk rumah sewa, saya akan letak rumah sewa lah.
  2. Saya isi targetting location tu Malaysia.
  3. Yang ini biarkan all languages sebab kemungkinan Google tak dapat detect dengan baik sama ada bahasa melayu atau inggeris atau pun indonesia. Jadi kita biarkan semua, nanti kita akan tapis satu per satu melalui excel
  4. Apa lagi, tekan lah get ideas dan paparan di bawah akan terhasil

Untuk no 1, sebelahnya ada modify search, ini untuk andai kata nak tukar keyword yang lain lah.

No 2, saya tak perlu terangkan kot sebab directly boleh faham.

Sejak akhir bulan 2016, jumlah search volume yang anda boleh lihat adalah dalam range.

Kiranya anda sudah tak dapat lagi dalam exact search volume. Saya sendiri, memang sudah lama sangat tak gunakan Google Keyword Planner ni. Anda boleh rujuk satu lagi post saya untuk tahu apa software yang saya guna bila buat keyword research.

Alright. Kita teruskan lagi.

Di bahagian atas kanan anda akan perasan ada button download tu kan.

Download dan save with Excel seperti yang saya buat ni.

Dan terpulang lah, nak bold ke nak color ke untuk mana keyword yang anda nak focus.

OK?

Ada apa masalah lain tak?

Cara Menggunakan Google Search

Sejak daripada 1996 Google ditubuhkan, sehingga kini, selepas lebih 20 tahun, company ini bantu kita macam macam dah. Sedar tak sedar sahaja. Daripada tak berduit kepada berduit, daripada susah jadi senang. Sangat sangat banyak perubahan yang Google dah buat.

Memanglah, banyak juga search engine yang lain, Yahoo, Yandex, Bing dan lain lain. Tapi Google juga lah yang paling terserlah.

Untuk kita, Google ini adalah tempat untuk mencari jawapan. Kebiasaannya, rujukan kita adalah daripada article yang disediakan oleh website owners. Tapi tahu tak sebenarnya search engine Google ini punyai lebih lagi kelebihannya daripada sekadar mencari article?

Meh saya tunjukkan beberapa makluman yang saya boleh kongsikan, kita masih lagi akan menggunakan seach box Google, cuma cara kita menulis keyword tu akan lain sikit:

1.Tukar dollar to ringgit

Mesti ramai yang duk masih lagi gunakan mana mana website untuk tukarkan dollar kepada ringgit. Tapi sebenarnya, tukaran asing yang anda nak buat itu lebih mudah dengan hanya di search box Google sahaja.

Contoh, katakan saya nak tukarkan 100 dollar kepada duit kita ringgit. Tak perlu pun pergi mana mana website, terus tulis 100 dollar to ringgit di search box google.

Mudah kan? Nak tukarkan satu dollar pun tiada masalah

2.Sebagai calculator

Kalau nak capai caculator di smartphone, anda memang terpaksa cari semula mana dia apps calculator. LAMBAT. Kalau nak guna komputer, anda perlu tekan start à dan cari calcultor. Tapi kenapa tak guna Google sahaja, lebih mudah.

Seperti contoh, 21 ‘dash’ 54 dan terus tekan enter

Try lah sendiri untuk darab dan bahagi. Di bawah ni saya try kuasa 2. Tapi bahasa inggeris lah ya

Alamak, macam tak jadi. Benda ni terjadi sebab Google tak dapat detect penggunaan ayat yang betul, sekarang ni anda hanya perlu ‘select all’ sahaja perkataan ‘2 power of 2’ yang saya di buat di bawah. Nanti anda akan perasan Google akan suggest keyword yang betul.

Note : saya tersilap, anda tak perlu select all pun tak apa, hanya perlu letak cursur click pada search box Google. Dan terus click salah satu instant search yang Google rekomen tu.

Oh rupanya kena letak simbol tu. Ok ok..saya cuba

Jadi pun…

3. Sebagai direction

Untuk tahu jarak masa, atau apa sahaja maklumat perjalanan, tak perlu pun untuk anda buka Google Maps, ataupun cari satu persatu apps di smartphone anda. Terus sahaja buat carian seperti saya di bawah yang duk balik ipoh ni.

4. Cuaca pun boleh check dengan cepat

Mula mula saya ingatkan, bahasa inggeris sahaja boleh guna, tapi boleh juga guna bahasa melayu rupanya. Tengok screen shot di bawah

Perhatikan ada button temperature pre.. dan wind tu.

Kalau anda click wind akan dapat maklumat macam di bawah

Boleh la main layang layang ya.

5. Cari exact keyword

Yang ini saya tak bagi contoh ya. Tapi perasan tak kadang kadang kita nak cari lain, tapi dapat jumpa keyword lain. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan dua benda.

Pertama

Sebab Google masih lagi ada cacatnya, kiranya dia masih lagi tak mampu nak beri jawapan yang paling tepat pada apa yang kita nak cari. Tapi jangan salahkan Google terus, sebab Google detect apa yang anda mahu berdasarkan apa yang anda tulis, bukan dari hati ke hati.

Kedua

Sebab faktor SEO. Mungkin website owner itu pandai sikit main SEO, itu sebab dia akan paksa anda baca juga article dia walaupun ianya tak relevant.

Jadi, untuk cari perkataan yang betul betul anda nak, letakkan sahaja quote di awal dan akhirnya.

Seperti

“saya nak makan nasi”

Jadi google akan tunjukkan article yang hanya ada perkataan saya nak makan nasi sahaja. Sebab ada quote tadi tu.

Atau anda nak cari satu ayat, tapi dalam ayat tu tiada perkataan yang specfic. Seperti contoh, saya nak ayat ‘saya nak makan nasi’ tapi bukan nasi goreng.

Jangan tulis ‘ saya nak makan nasi tapi bukan nasi goreng’ ya. Anda tidak akan dapat jawapan yang tepat.

Sebaliknya, anda perlu untuk letak simbol minus di hadapan ‘goreng’.

Yang ini kalau saya tulis tanpa dash goreng

Perhatikan no 1, ada perkataan nasi goreng dan ayam goreng kan.

Yang ini pula contoh kalau saya letak minus

6. site….

Atau pun anda nak cari maklumat dalam satu satu website sahaja, kiranya tak nak cari maklumat tu daripada wesite lain, hanya website yang anda target sahaja.

Hanya perlu letak keyword seperti di bawah

Saya ulangi

site:namawebsiteinginkan.com + keywords

Carian yang dulu..

Ini mungkin tak berapa ramai orang nak guna, tapi andai kata perlu. Anda juga boleh buat carian untuk article yang zaman dulu dulu. Kiranya article tu mesti di tulis hanya pada tahun 2000 contoh. Hanya perlu click tools dan pilih custom range yang anda inginkan seperti di bawah

7. Nak tahu kandugan karbohirat pun lebih mudah

8. Kalau tersalah eja pun tidak mengapa

Tu Google dan betul kan.

Jap…nasi lobak memang ada ke? Pening juga Google ni.

9. Tukar unit

Haha, ingat lagi, benda ni baru berlaku bulan lepas. Masa tu saya kat kilang tengah kerja malam kot. Kawan maintenance tanya, nak tukar unit. Punya la dia jenuh nak cari website nak tukar unit.

Saya dengan selambanya, buat kat Google macam di bawah

Tapi malam tu bukan lah search untuk m to km. malu lah sikit kan. Ada unit pelek pelek sikit. Saya lupa dah, micron kot.

Baiklah, itu sahaja.

Ini baru untuk carian yang kebanyakan orang. Kita yang buat SEO ini ada lagi keyword keyword special khas yang perlu kita tahu supaya senang nak main SEO.

Apa apa pun, terima kasih sudi baca.

Kenapa tak Facebook? Atau Whatapps..apatah lagi WeChat?

Ok..

Cuba jawab..

Sebab ya?

Sebab ianya memerlukan masa dan timing yang selalu. Dan kena kekal macam tu selama mungkin.

Itu sebabnya.

Baik.

Maaf lah kalau tiba tiba terus terbang ke kesimpulan.

Maksud saya diatas adalah medium untuk mencari customer secara maya ni.

Kita biasakan dengar, orang cari customer gunakan wechat.

Antara product yang saya biasa nampak ialah, beg beg tangan semua tu. Helmet pun ada.

Untuk yang Facebook tak perlu nak sembang berjela lah. Apa sahaja yang anda boleh fikir, insyaAllah ada yang jual.

Whatapps?

Pun ada juga, memang ada pun yang ajar cara untuk close sale dengan whatapps.

Tak silap saya Saudara Aqif Azizan.

Dan saya langsung tak suka, dan tak berapa minat dengan medium iklan seperti whatapps, dan wechat ni.

Facebook boleh terima lagi lah, sebab ia akan bantu sesuatu topik itu menjadi viral dengan kos yang murah.

Tapi Wechat? Whatapps? Adui.

Salah satu blog perniagaan saya, yang saya duk ceritakan dalam kes study RM 1000 ni.

Guna whatapps lah. Adui, dah berkecamuk. Saya pun tak pasti mana satu kawan mana satu customer sebab nama macam kawan dan juga customer.

Malas nya nak follow up, sebab terlampau manual.

Mungkin ada yang kata, Facebook tak berapa nak manual. Sebab ada software yang automate.

Ya, tapi nak setup tu? Still lagi masa.

Nak predict and plan apa yang post yang nak buat lagi masa depannya. Still masa.

Dan paling saya tak berkenan.

Katakan anda jual beg. Dan masa tu ada 1000 like page anda.

Tiba tiba bila dah sampai 2000 likers, ada tak terasa lagi nak submit beg yang masa 1000 like tadi tu?

Mesti lah ada kan.

Rasa macam rugi.

Jangan la harap sangat nak likers scroll down sampai berketul ibu jari tu ke bawah ya.

We Chat pun sama.

Pendek kata, apa yang anda promote, hanya akan di nampak oleh visitor time itu, masa itu sahaja.

Kalau dah terlepas tu sudah lah. Buatnya ada 10 page macam yang anda buat. Memang lagi gelap lah harapan kan.

Tapi masalah ini tidak dengan SEO.

Cewwah.

Maaf lah, bukan kutuk medium lain. Nanti saya ada clarify sikit di bawah ya.

Jangan ngamuk lagi ya.

Lagi sekali, tapi tidak dengan SEO.

SEO, yakni dengan blogging, kalau post itu yang anda construct interaksinya dengan visitor, sampai lah kiamat ia akan berada di atas.

Itu pun kalau ranking page pertama, dan kedudukan pertama lah.

SEO pun, kalau ikutkan sala silah cara nak mula nya, kita namakan sebagai keyword research.

Keyword research ni, nampak sahaja sekadar 2 patah perkataan.

Tapi kalau dihurai secara detail, ia boleh cecah 952 patah perkataan, seperti yang saya nukilkan di post kelebihan buat seo yang lepas.

Terus terang kata, itu baru sedikit. Saya pun tak perasan sampai nak 1k words dah.

Saya memang boleh pergi panjang berjela lagi. Sebab bila kita treat SEO secara serius dan pada peringkat yang tersangat detail, insyaAllah, potensi SEO yang anda nampak tu akan lebih berkembang lagi.

Mana yang masih lagi blur dengan SEO.

Saya ada kongsikan hampir 3 jam duk cerita tentang SEO sahaja di WP Kick Starts.

Mungkin anda boleh luangkan masa 3 jam sahaja dalam beberapa tahun yang saya guna untuk faham SEO.

Saja nak refresh balik, saya buat SEO sejak tahun 2009 kot. Atau 2008. Saya rasa 2009.

Masa tu saya beli product Munawwar ke Munawwir. Lupa dah, tapi abang tu dia jual product Adsense lah.

Dia lah start saya belajar SEO yang beli buku panduan, harga RM 80 kot. 50 kot.

Lepas tu saya ada juga beli product si Ammar Zahar, time tahun tahun itu juga. Dalam 2009.

Rasanya harga product tu dalam 210 kalau tak silap. RM 150 kot.

Saya lupa dah, yang pasti, saya pinjam duit abang saya time tu. Ye la, baru graduate kan.

Dan sejak tahun tu, sampai lah 2016 ni, minat saya SEO makin kuat.

Dan saya boleh kata, 2 2 ebook tu sudah tidak releven lagi dengan SEO sekarang.

*panduan atas tu boleh kata 80% ebook. Kalau Ebook Adsense Munawwir tu lagi lah 100% ebook.

Alright?

Disclamer and Clarification sikit.

Saya juga percaya keberkesanan Facebook tu memang menjadi. Sebab kalau kita buat ads dia ( kena ada duit modal ya ), kita boleh target customer pada tahap yang tersangat detail. Seperti umur berapa, dah koje ke idok, interest nya dengan apa.

Saya juga percaya yang kalau orang kenal hati budi dan perangai kita di Facebook, ye la facebook kat personal. Hang g mana share share kat orang tu, kan orang rasa lebih dekat dengan anda kan.

So benda ni, kalau jual apa pun, insyaAllah la ada yang nak beli.

Sampai kan, kalau product tu cokya sekali pun, orang tak kutuk.

Sebab? Sebab anda popular.

**tahun 2017, saya nak cuba try FB juga lah.

Untuk mana yang Facebook, WeChat dan Whatapps tu. Kalau terasa yang anda segan untuk promote product yang berulang kali, sebabkan likers atau friend dah makin ramai.

Lain kali, text yang anda promote tu, jangan letak gambar product sahaja. Selitkan juga url website anda.

So nanti, bila terkemudian orang yang tak sempat tengok atau sempat tengok tapi tak rasa nak click, boleh tengok lagi sekali. Sebab anda sudah pun sediakan gedung atau kedai jualan anda sendiri. InsyaAllah lah diorang boleh pilih pilih di situ.

Google Keyword Planner Back To Normal?

Maaf, post ini sudah tidak relevant lagi. Saya akan update satu post lain untuk cover post ini malam nanti.

Update, Ini dia post yang saya maksud kan

http://www.seocarabaik.com/keyword-research-software/

Assalam.

Dalam beberapa lama yang lepas, hampir 2 bulan kot.

Saya rungsing juga dengan update terbaru Google Keyword Planner.

Sebab, kebiasaan bila buat keyword research untuk SEO, Google keyword planner tu dia akan tunjukkan data seperti di bawah :

google-keyword-planner

Kiranya kita akan dapat exact volume untuk ‘mailer’ yakni 18 100.

Tapi entah kenapa dalam bulan lepas jadi macam bawah ni.

google-keyword-planner-23

Search volumenya sudah jadi range pula.

So memang memang tersangat problem untuk SEO dan juga mereka yang gunakan Google Adwords.

Mula mula, saya ingat kan ini update terbaru dari Google. Dan ramai internet marketer luar negara juga dah buat post macam macam tentang ni. Kiranya diorang plan untuk cari cara lain untuk dapatkan keyword exact tu semula. Sebab yang range range ni, memang tak boleh la nak buat apa.

Pendek kata, susah nak predict berapa visitor yang kita akan dapat dalam sebulan.

Contoh macam di WP Kick Starts, predict saya ialah, dalam 30% sahaja jumlah visitor yang anda akan dapat.

Seperti contoh tadi kita tengok kat atas mailer tu ada 18 100 search volume kan?

Kiranya, kalau kita berjaya dapatkan ranking SEO blog kita ni page pertama untuk keyword mailer, mungkin akan dapat 18 100 sebulan kan?

Tapi, berdasarkan video yang saya kongsikan di WP Kick Starts, jawapannya tidak.

Dan ia hanya 30% sahaja.

Bermaksud..

Jumlah Search Volume di Google Keyword Planer x 30% = 5430 orang sahaja visitor sebulan.

Yakni, 5430 bahagi 30 = untuk dapatkan sebulan.

Ok stop cerita tu…

Tapi alhamdullillah.

Rupanya, ia adalah kesilapan teknikal sahaja.

Maksud saya yang keywor range tu lah. Sepatutnya memang patut tunjuk exact match tu.

Ini ada satu sembangan antara Internet Marketer dengan orang Google, di twitter

Selain daripada twitter tu, ada lagi tempat tempat clarification yang lain macam di bawah ni:

https://www.searchenginejournal.com/significant-change-keyword-planner-google-restricts-access-adwords-accounts/166899/

https://www.en.advertisercommunity.com/t5/AdWords-Announcements/Updates-to-the-Keyword-Planner-Tool/m-p/601961#

https://www.seroundtable.com/google-keyword-planner-data-ranges-campaign-only-22506.html

https://www.searchenginejournal.com/significant-change-keyword-planner-google-restricts-access-adwords-accounts/166899/

Apa yang orang Google tu cakap, dia akan back to normal semula. Tapi saya tak pasti bila.

Ikutkan apa yang terjadi pada saya, kita akan dapat semula result exact iaitu tanpa range range ni bila sudah mula aktifkan satu campaign di adwords.

Memang saya ada buat sekejap untuk WP Kick Starts.

Nanti saya akan update semula bila ya.

Setakat hari ni, kalau anda nak buat keyword research, nak tak nak terpaksa lah actifkan satu campaign.

***Article ini saya buat dalam masa tak sampai 1 jam.

Kiranya saya tak cukup masa lagi untuk study betul betul apa yang telah berlaku. Nanti insyaAllah saya akan update lagi. Saya akan cuba study study dan korek korek lagi apa yang telah berlaku.

Pernah dengar dengan Google Intents

Untuk yang sudah lama dengar, Alhamdulillah lah.

Untuk yang baru macam saya, meh saya nak kongsi sikit.

Ilmu ni saya baru sahaja faham dalam 2 minit yang lepas. Dan untuk membuatkan saya tak lupa, saya share kat sini.

SEO ni, walaupun ia satu bidang yang mudah di fahami, tapi agak luas juga. Seperti contoh google intents ni, google dah duk story kat Youtube sejak 2011 lagi. Tapi saya baru tahu lepas sahur 2016 ni. Tak pe lah, at least tahu juga kan.

Definisi Google Intents

Penting untuk kita tahu tentang google intents ni sebab ia sangat berkaitan semasa kita buat proses yang paling awal dalam SEO, iaitu keyword research

Tujuan Google Intents adalah untuk memahami apa kehendak pengguna pada tahap yang lebih mendalam lagi.

Saya tak pasti post sebelum ini yang mana satu, kalau tak silap Advanced Keyword Strategy ini.

Atau pun post yang pertama, apa itu SEO.

Tak kesah lah, tapi yang pasti saya ada sentuh satu term yang saya namakan sebagai ‘keyword behavior’.

Term ini bukan lah satu panggilan khas dalam SEO, apatah lagi yang sememangnya diguna ramai oleh SEO di luar sana.

Tapi lebih kepada idea saya sendiri yang nak membawa erti, bahawasanya, setiap keyword yang kita focus, punyai focus peribadinya tersendiri.

Seperti contoh, keyword seperti ‘buy shoes’ dengan ‘shoes’.

Shoes – seperti yang anda tahu ia tampak lebih general.

Buy shoes – yang ini pula ia nampak lebih specific, bermaksud? Akan ada ‘buy button’ contohnya.

Serupa juga dengan ‘indian restaurant’ dengan ‘great indian restaurant’

Indian restaurant – lebih beri focus pada lokasi restaurant itu sendiri

Manakala

Great indian restaurant – ini lebih kepada untuk dapatkan review kan?

Maka, tak mustahil lah kalau di page google, kita akan dapat website Yelp ranking pertama.

keyword-intents

Sebab Yelp memang website besar yang memang beri focus pada review untuk setiap tempat. Siap ada rating lagi 3.5 lagi…Lagi lah Google suka untuk rankingkan Yelp.

Pendek Kata..

Setiap keyword yang dipilih:

  • jangan dinilai daripada volume searches bulanan nya sahaja
  • jangan dinilai daripada sama ada anda mampu ranking keyword tersebut atau tidak.
  • Dan sebagainya lah..

Sebab, ada juga faktor yang lebih penting iaitu yang kita bincangkan atas tadi, iaitu Google Intents.

Atau pun yang saya duk panggilkan sebagai keyword behavior.

Tak pelah, lepas ni, saya akan panggil sebagai Keyword Intents untuk lebih menjurus kepada focus Google.

Sebab Google pun ada sediakan video nya tentang ni.

https://www.youtube.com/watch?v=mTBShTwCnD4a

Apa yang anda harus lakukan selepas ini?

Mudah sahaja, kita tahu setiap keyword punyai focus peribadi tertentu atau tujuan tertentu.

Seperti….

Sama ada , nak jual, nak beli, atau hanya nak tahu, atau sengaja nak main main, dan sebagainya.

Dan setiap nya pasti punyai pendekatan yang berbeza.

Seperti contoh, katakan anda syarikat nak jual kasut, mesti lah memilih keyword yang untuk membeli atau pun yang nak dapatkan review atau testimony.

Cara Mudah Untuk Tentukan Keyword Intents

Bagi saya, yang paling mudah untuk kita rungkai setiap tujuan utama keyword ialah keyword yang biasa kita dengan sebagai long tail keyword.

Long tail keyword lebih jelas focusnya.

Seperti contoh…

Dalam beberapa tahun yang lepas 3 tahun kot.

Saya ada buat keyword research tentang weight loss di pasaran antarabangsa.

Dan saya ada jumpa keyword long tail ini:

How to lose weight with workout

dan

How to lose weight without workout

Berdasarkan dua contoh kita atas, kita memang jelas tujuan si pencari ini gunakan keyword di atas.

Berbanding dengan kita cuba untuk ranking keyword seperti ‘weight loss’ contohnya.

Keyword “weight loss” – bukan sahaja tidak mampu anda ranking kalau tiada ratusan ribu dollar, tapi kalau ada pun, belum tentu berbaloi, sebab anda tak akan boleh buat duit banyak kalau ranking keyword seperti ini.

Faktor lain untuk tentukan sama ada keyword tersebut berbaloi untuk di ranking atau tidak ialah jumlah kos PPC nya.

Saya juga ada kongsikan teknik ini untuk post sebelum ni, tapi lupa dah yang mana satu.

Kita tahu, PPC atau pay per click ialah system adwords oleh Google untuk advertiser bid mana mana keyword dan cuba dapatkan ranking di Google pada masa yang singkat. Asalkan bayar lah.

Dengan itu, kita boleh rungkaikan kepada 2 perkara:

  1. Pertama ia gunakan system bid, bermaksud lagi tinggi, lagi berbaloi lah keyword tersebut untuk diranking
  2. Kedua, kenapa ia berbaloi? Mudah, sebab ia memang betul betul hasilkan wang kepada advertiser tersebut.

Seperti contoh di bawah:

definisi-google-keyword-intents

Jumlah PPC untuk keyword kedua di atas lebih tinggi RM 25 berbanding hanya 5 hengget je untuk keyword pertama. Lantak lah search sampai 300k sekalipun.

Sebab? Perhatikan keyword intentsnya, lebih kepada untuk ketahui weight loss program yang dapatkan result pada kadar yang cepat.. bermaksud, advertiser boleh terus suggest mana mana product dan terus buat sales insyaAllah.

Baik lah, saya rasa itu sahaja kot.

Sekian dulu…

Untuk apa apa pencerahan…tinggalkan komen di bawah ya…