Kenapa tak Facebook? Atau Whatapps..apatah lagi WeChat?

Ok..

Cuba jawab..

Sebab ya?

Sebab ianya memerlukan masa dan timing yang selalu. Dan kena kekal macam tu selama mungkin.

Itu sebabnya.

Baik.

Maaf lah kalau tiba tiba terus terbang ke kesimpulan.

Maksud saya diatas adalah medium untuk mencari customer secara maya ni.

Kita biasakan dengar, orang cari customer gunakan wechat.

Antara product yang saya biasa nampak ialah, beg beg tangan semua tu. Helmet pun ada.

Untuk yang Facebook tak perlu nak sembang berjela lah. Apa sahaja yang anda boleh fikir, insyaAllah ada yang jual.

Whatapps?

Pun ada juga, memang ada pun yang ajar cara untuk close sale dengan whatapps.

Tak silap saya Saudara Aqif Azizan.

Dan saya langsung tak suka, dan tak berapa minat dengan medium iklan seperti whatapps, dan wechat ni.

Facebook boleh terima lagi lah, sebab ia akan bantu sesuatu topik itu menjadi viral dengan kos yang murah.

Tapi Wechat? Whatapps? Adui.

Salah satu blog perniagaan saya, yang saya duk ceritakan dalam kes study RM 1000 ni.

Guna whatapps lah. Adui, dah berkecamuk. Saya pun tak pasti mana satu kawan mana satu customer sebab nama macam kawan dan juga customer.

Malas nya nak follow up, sebab terlampau manual.

Mungkin ada yang kata, Facebook tak berapa nak manual. Sebab ada software yang automate.

Ya, tapi nak setup tu? Still lagi masa.

Nak predict and plan apa yang post yang nak buat lagi masa depannya. Still masa.

Dan paling saya tak berkenan.

Katakan anda jual beg. Dan masa tu ada 1000 like page anda.

Tiba tiba bila dah sampai 2000 likers, ada tak terasa lagi nak submit beg yang masa 1000 like tadi tu?

Mesti lah ada kan.

Rasa macam rugi.

Jangan la harap sangat nak likers scroll down sampai berketul ibu jari tu ke bawah ya.

We Chat pun sama.

Pendek kata, apa yang anda promote, hanya akan di nampak oleh visitor time itu, masa itu sahaja.

Kalau dah terlepas tu sudah lah. Buatnya ada 10 page macam yang anda buat. Memang lagi gelap lah harapan kan.

Tapi masalah ini tidak dengan SEO.

Cewwah.

Maaf lah, bukan kutuk medium lain. Nanti saya ada clarify sikit di bawah ya.

Jangan ngamuk lagi ya.

Lagi sekali, tapi tidak dengan SEO.

SEO, yakni dengan blogging, kalau post itu yang anda construct interaksinya dengan visitor, sampai lah kiamat ia akan berada di atas.

Itu pun kalau ranking page pertama, dan kedudukan pertama lah.

SEO pun, kalau ikutkan sala silah cara nak mula nya, kita namakan sebagai keyword research.

Keyword research ni, nampak sahaja sekadar 2 patah perkataan.

Tapi kalau dihurai secara detail, ia boleh cecah 952 patah perkataan, seperti yang saya nukilkan di post kelebihan buat seo yang lepas.

Terus terang kata, itu baru sedikit. Saya pun tak perasan sampai nak 1k words dah.

Saya memang boleh pergi panjang berjela lagi. Sebab bila kita treat SEO secara serius dan pada peringkat yang tersangat detail, insyaAllah, potensi SEO yang anda nampak tu akan lebih berkembang lagi.

Mana yang masih lagi blur dengan SEO.

Saya ada kongsikan hampir 3 jam duk cerita tentang SEO sahaja di WP Kick Starts.

Mungkin anda boleh luangkan masa 3 jam sahaja dalam beberapa tahun yang saya guna untuk faham SEO.

Saja nak refresh balik, saya buat SEO sejak tahun 2009 kot. Atau 2008. Saya rasa 2009.

Masa tu saya beli product Munawwar ke Munawwir. Lupa dah, tapi abang tu dia jual product Adsense lah.

Dia lah start saya belajar SEO yang beli buku panduan, harga RM 80 kot. 50 kot.

Lepas tu saya ada juga beli product si Ammar Zahar, time tahun tahun itu juga. Dalam 2009.

Rasanya harga product tu dalam 210 kalau tak silap. RM 150 kot.

Saya lupa dah, yang pasti, saya pinjam duit abang saya time tu. Ye la, baru graduate kan.

Dan sejak tahun tu, sampai lah 2016 ni, minat saya SEO makin kuat.

Dan saya boleh kata, 2 2 ebook tu sudah tidak releven lagi dengan SEO sekarang.

*panduan atas tu boleh kata 80% ebook. Kalau Ebook Adsense Munawwir tu lagi lah 100% ebook.

Alright?

Disclamer and Clarification sikit.

Saya juga percaya keberkesanan Facebook tu memang menjadi. Sebab kalau kita buat ads dia ( kena ada duit modal ya ), kita boleh target customer pada tahap yang tersangat detail. Seperti umur berapa, dah koje ke idok, interest nya dengan apa.

Saya juga percaya yang kalau orang kenal hati budi dan perangai kita di Facebook, ye la facebook kat personal. Hang g mana share share kat orang tu, kan orang rasa lebih dekat dengan anda kan.

So benda ni, kalau jual apa pun, insyaAllah la ada yang nak beli.

Sampai kan, kalau product tu cokya sekali pun, orang tak kutuk.

Sebab? Sebab anda popular.

**tahun 2017, saya nak cuba try FB juga lah.

Untuk mana yang Facebook, WeChat dan Whatapps tu. Kalau terasa yang anda segan untuk promote product yang berulang kali, sebabkan likers atau friend dah makin ramai.

Lain kali, text yang anda promote tu, jangan letak gambar product sahaja. Selitkan juga url website anda.

So nanti, bila terkemudian orang yang tak sempat tengok atau sempat tengok tapi tak rasa nak click, boleh tengok lagi sekali. Sebab anda sudah pun sediakan gedung atau kedai jualan anda sendiri. InsyaAllah lah diorang boleh pilih pilih di situ.

6 thoughts on “Kenapa tak Facebook? Atau Whatapps..apatah lagi WeChat?”

    1. Salam Along, kalau betul lah bahasa tinggi. saya nak cakap tengkiu lah. Tapi kalau tak, meme saya malas sikit nak review balik apa yang saya tulis. So kadang kadang macam tunggang langgang bila saya baca semula selepas beberapa lama. Contoh macam satu guest post saya buat di blog Saudara Hasrul. Tunggang langgang bahasa. Apa apa pun, saya akan lebih hati hati bila meng writing nanti. tq 🙂

  1. Salam bro Syed…. Saya pun memang suka bab SEO ni lebih lagi bila mana entri atau artikel kita berada di page pertama.

    Nak tahu power ke tidak SEO kita, boleh masuk contest SEO.

    Sekarang ini ada 2 contest masih berjalan, yakni Contest SEO Belajar Buat Blog dan Kerja Dari Rumah Dengan iLancee.

    Harap-harap nak tengok bro join.

Leave a Reply

You have to agree to the comment policy.