Kelebihan Bila Buat Keyword Research

Hai..

Seperti yang kita tahu, langkah pertama bila untuk ranking dalam SEO adalah buat keyword research dahulu.

Tujuan nya, macam biasalah supaya kita dapat cari keyword yang mudah untuk ranking di muka depan pertama Google.

Ye tak?

Memang itu lah matlamat utamanya, tapi bila di belek belek bukan itu sahaja kelebihan yang dapat. Malah banyak lagi yang lain, Cuma sedar tak sedar sahaja.

Tak pa lah, harapnya lepas ni kita sama sama sedar dan ambil berat ya.

Dalam article ni, saya akan kongsikan dalam 10 pecahan kelebihan yang kita boleh dapat melalui keyword research.

Yang Pertama…
  • Print
  • Google+
  • facebook

Macam biasa, tak perlu cakap banyak. Tindakan ini akan bagi jaminan yang lebih baik untuk kita dapat ranking yang baik di Google.

Keyword target atau keyword yang sesuai dengan topik yang kita nak rankingkan memang banyak. Cuma masalah mampu atau tidak kita ranking sahaja.

Yang Kedua – Kita akan lebih faham dengan topik itu..

  • Print
  • Google+
  • facebook

Keyword research juga membantu kita memahami sesuatu topik tu dengan lebih baik juga.

Kiranya tak ada lah anda buat article, post post setiap hari tu benda yang tak kena mengena dengan topik focus.

Sebab bila kata faham, mesti akan ada sahaja yang boleh diulas untuk dijadikan blog post.

Nanti kalau ada yang suruh, saya akan huraikan lagi apa lah yang kita boleh faham akan satu satu topik tu bila buat keyword research. InsyaAllah, ada contoh lah juga kalau saya rajin. Tapi itu pun kalau ada yang nak tahu ler ye.

So, untuk penerangan point yang kedua ini, saya buat ringkas sahaja, dengan ayat “anda akan lebih faham dengan satu satu topik”. Kalau nak, saya akan huraikan lebih detail…

Ketiga – Site Navigation

Site navigation ni macam apa yang anda biasa lihat di menu.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Biasa kita akan nampak macam ni.

Home | About Me | Topik 1 | Topik 2 | Topik 3

Tindakan buat menu di atas, akan buatkan site navigation anda mudah untuk pengguna.

Dan Google suka benda macam ni, dan ianya untuk ranking juga.

Untuk normal menu macam yang saya bagi contoh itu lah..

Yang itu mungkin tak bantu sangat ranking, tapi kalau anda buat macam bawah ni. InsyaAllah ok.

Saya bagi contoh SEO lah:

Home | Tentang Saya | SEO | On Pages | Off Pages | Contact Form

Lebih kurang macam itu lah,

Yang SEO, ON Pages, Off Pages itu pula mungkin dropdownnya seperti di bawah ni.

 

site-navigation
  • Print
  • Google+
  • facebook

Rasa macam susah pula kan.

Tak pa, saya bagi contoh lagi satu.

Tentang kucing…

 

seo-site-navigation
  • Print
  • Google+
  • facebook

Ok?

Itu contoh lah.

Atau pun, dongak sikit, tengok menu header di menu atas blog saya ni.

Macam tadi, bila anda buat macam ini, user akan lebih senang nak belek belek blog tu.

Keempat : Sekuat Mana Skill SEO Yang Diperlukan

Seperti yang saya katakan sebelum ni, seo ni ada lebih kurang dalam 200 perkara.

Dan sememangnya lah, dalam 200 tu, dan selepas anda buat keyword research, anda pun dapat lah tahu, competitor anda, Site A contohnya, mampu ranking untuk ‘keyword A’ dengan hanya 30 perkara dalam SEO sahaja.

So, sebabkan kita dah tahu kekuatan SEO competitor kita, apa lagi, buat lebih kurang dalam 30 ke 40 perkara sahaja lah.

Tak perlulah terlampau focus kan.

Atau pun, mungkin anda lebih banyak kan focus pada keyword yang lebih sukar untuk ranking.

Orite?

Kelima : Google Suka Blog Yang Tersusun Dan Memudahkan User

Ini lanjutan pada tindakan yang kita buat site navigation tadi tu lah.

Bila anda mudahkan visitor, memang akan bantu ranking juga.

Iklan pun tak merata rata sangat. clik sini pop up, click sana pop up.

Memang betul kita optimize seperti itu untuk dapat komisyen, dapat earning, duit. Tapi cuba fikir kan macam ni.

Siapa yang suka kalau blog tu banyak iklan?

Kiranya, click sini , click sana semua popup iklan. Macam saya bukak website animeshow.tv untuk tengok One Piece. Menyampah tau.

Bila orang tak berkenan, ini yang problem. Ibaratnya, anda sudah lose trust, kiranya kemungkinan besar, visitor itu akan beredar dari blog anda.

Kalau ini yang berlaku maksud nya apa?

Sudah pasti bounce rate anda, long click anda, short click anda, pogo sticking anda, dwell time anda “terganggu.”

Sedangkan, semua faktor faktor tu ada penting untuk ranking SEO.

Dah tu tak perlu letak iklan lansung?

Naya juga kan kalau tak letak lansung, maksud saya, biarlah berpada pada.

Jangan terlampau ekstrim.

Macam mana nak set berpada pada tu? Tak lain tak bukan, kita terpaksa testing sendiri.

Kiranya, dalam sebulan cuba letak iklan berlambak, bulan seterusnya, kurangkan iklan tu kepada separuh. Atau pun yang macam saya buat, saya hanya aktifkan kedudukan iklan yang banyak dapat click sahaja.

Dan perhatikan, adakah earning anda merosot.

Kalau tak merosot bagus lah kan.

Tapi kalau merosot, jangan buat apa apa lagi, biar dulu macam tu dalam 2 bulan ke. 1 bulan ke. Tengok lagi macam mana, kiranya nak dapatkan data yang kukuh baru kita sampai ke kesimpulan.

Dan kalau merosot juga, anda boleh buat tindakan macam bawah ni:

  1. tukar kepada iklan adsense kepada iklan produk sebab komisyenya lebih.
  2. product itu pula, cari yang harganya tak berapa mahal, supaya kuantiti anda buat sale lebih baik, buat apa komisyen tinggi tapi x de orang mampu beli kan.
  3. macam google adsense, saya perhatikan, iklan di bawah tajuk article adalah kedudukan yang paling banyak dapat click. Begitu juga iklan yang selepas perenggan pertama. Sekarang ni, cuba letak iklan adsense, bukan sekadar di bawah title sahaja atau bawah perenggan pertama sahaja, malah selepas perenggan ke 3 dan juga ke 6 contohnya. Teknik ini, ada saya buat di blog omputih saya. Dan memang ia sedikit sebanyak dan sedikit lagi, bantu tambah beberapa click lagi.
  4. Jenis iklan, paling mudah kita ambil contoh adsense, antara text dengan image, mana lagi senang nak convert? so testing lah. Setkan tunjuk text sahaja, setkan tunjuk image sahaja. Dan cuba nilai nanti.
  5. lagi?..sudah tu ya..nanti panjang sangat.

 

Keenam : Hala Tuju Masa Depan

Jangan faham, bila keyword research hanya semata mata tahu kekuatan seo untuk ranking sahaja.

Tapi juga maksud dan matlamat keyword tu.

Seperti contoh, keyword “ How to lose weight’

Ok, yang kita faham, biasanya untuk ranking keyword ni, kita mesti fikir yang nak buat article tentang nya dan cuba ranking.

Praktis macam ini bukan lah salah, Cuma kalau kita nilai ia hanya sekadar seketul perkataan yang hendak di ranking itu macam sudah tak betul sikit.

Sebaliknya, cuba fikirkan ( tak perlu fikir, bila keyword research anda akan dapat jawapannya ) apa yang anda boleh buat untuk bantu visitor capai matlat untuk kuruskan badan?

Mungkin seperti post diet plan.

Mungkin juga anda boleh letakkan software atau tools seperti calculator di blog post anda. Ada sahaja wordpress plugin macam ini kalau mahu. Ini juga akan buatkan blog anda lebih interaktive dengan user.

Kiranya, apa sahaja yang boleh kita plan di masa hadapan untuk bantu user/visitor capai matlamatnya.

Ke Tujuh – Double traffic dan earning.

Double traffic itu macam susah juga saya nak terangkan.

Eh mungkin bukan terangkan, tapi bagi contoh. Harap anda faham lah maksud saya.

Tapi saya nak share tentang double earning tu.

Katakan anda jual produk kurus macam yang saya cakap atas tu.

Dan product tu mungkin berupa product ebook informasi atau video contohnya.

Tapi, bila anda buat keyword research dan fikir fikir secara logik, pasti diorang nak juga penimbangkan?

So apa lagi, jual la penimbang juga.

Ini lah maksud saya double earning. Jual apa sahaja, asalkan ia relate dan akan bantu pembaca.

Ke 8 – Mudah untuk target berapa visitor yang boleh anda dapat sebulan.

Pernah dengarkan ayat yang lebih kurang macam bawah ni..

“How to get ten thousand visitor per month?”

Baik dari pakar seo Neil Patel, pakar seo Brian Dean.

Semua duk guna ayat yang sama.

Bunyi macam gah la sangat.

Tapi lebih kurang juga. Kalau anda buat keyword research, pasti boleh sahaja target 10 000 orang sebulan.

Saya ada tunjuk actual result yang saya dapat di WpKickStarts.com

Di sana, saya bagi contoh macam anda boleh dapat betul betul punya.

Tp di sini, susah sikit saya nak share.

Tp saya buat kan anda faham juga.

Maksud saya macam ni

Setiap kali kita buat keyword research, pasti kita akan guna SEO Tool macam Google Keyword Planner kan.

Dan katakan di mana mana keyword tool bagi tahu yang keyword target anda ada lebih kurang 1000 jumlah search setiap bulan, itu pun kalau berjaya ranking di page pertama ranking pertama.

Dan video yang saya share di WPKickStarts sebenarnya bukan 1000 pun.

Lebih kurang dalam 30 % sahaja daripada 1000 orang.

Bermaksud…

Target keyword yang ada 1000 hanya dapat 300

So kalau nak target 10 000?

Buatlah math sendiri.

9 – yang terakhir kot.

Sebabkan anda betul betul buat keyword research tahap gaban.

Semua benda anda korek

Ini akan buatkan anda betul betul control niche ni.

Dan lama lama, website pun akan jadi authority dalam niche yang anda pilih.

Kalau sudah capai ini, tak ada masalah untuk dapat ranking dengan mudah.

No 10 pula?

Ini untuk anda tambah kan…

One thought on “Kelebihan Bila Buat Keyword Research”

  1. Terbaiklah tuan Syed. Ramai yang ingin belajar SRO. Bila dah ada artikel berkaitan SEO, pasti ramai yg mahu tahu.

    Apapun keseluruhan artikel ini baik, ads benda yg masih tak praktikkan.

Leave a Reply

You have to agree to the comment policy.