Keyword Research – Software Selain Drpd Google Keyword Planner

Salam.

Saya ada sediakan review satu software keyword research yang saya baru sahaja gunakan sejak akhir tahun 2016. Sampai sekarang, saya sangat berpuas hati dengan fungsi dan kelebihan yang ada pada software ni.

Sila tonton video bawah dan tinggalkan komen pendapat anda.

Anda boleh beralih ke website >>>>Mangools dan gunakan code ‘carabaik20off’ untuk dapatkan potongan harga sebanyak 20%. Lebih kurang dalam 26 ringgit penjimatan setiap bulan.

Atau click sahaja gambar di bawah untuk terus automatik set harga kepada yang lebih murah.

Untuk pengetahuan anda, saya ada kongsikan cara untuk menganalisa backlink website yang kuat secara detail.

Ini dia – Do THIS When You Have – Serious Backlink Research

Anda tak perlu copy cara saya di post ini, sebab focus saya untuk kongsi andai kata kalau competitor niche anda betul betul kuat sahaja.

Dan  software saya gunakan dalam backlink research ni, tak lain tak bukan adalah dari software yang sama ni juga.

Ini dia article nya sekali lagi, Do THIS When You Have – Serious Backlink Research

Do This When You Have to – Serious Backlinks Research

Terus terang saya cakap, dalam pengalaman SEO saya, monetize SEO, on page ke off page ke.

Tak pernah dalam pengalaman saya untuk cuba outrank website website besar yang punyai backlinks yang sangat kuat.

Sebab kebiasaannya, sudah memang sudah menjadi perkara no 1 ‘wajib’ yang kita buat….

Iaitu, ‘kena cari keyword yang sangat sangat low competition’ tapi masih lagi punyai permintaan atau jumlah search volume yang masih lagi ramai.

Kenapa kena cari yang saingan SEO yang low competition?

Supaya untuk kita ranking website akan jadi lebih mudah.

Ranking website kita tu pun akan lebih cepat naik, kalau yang terlampau tinggi saingan ni entah entah selepas 2 bulan pun masih lagi takat yang sama juga.

Sedangkan kita sepatutnya aim dalam sebulan sudah ada dekat dengan page pertama tau. Paling teruk page ke 3.

Lebih mudah lagi – sebab website tu tak monitize SEO dengan baik, so kita tak perlu habis masa untuk apply faktor seo on pages terlalu lama. Keyword research pun tak perlu ambil lama.

Tak semua keyword untuk ranking ke atas mesti ada backlink yang point ke arah website anda. Untuk yang low competition atau orang putih kata low hanging fruit ni kadang kadang tak perlu backlink pun. Buat article sahaja sudah boleh ada page pertama.

Tapi….

Andai kata saya TERPAKSA juga untuk beat website website besar?

INI YANG AKAN SAYA BUAT!!!!

Kenapa saya kongsi semua ni?

Article ini memang ambil masa sikit untuk anda habis kan. Itu sebab bila baca article saya, jangan fikirkan nak habis baca article cepat, sebaliknya fahamkan maksud atau maklumat yang cuba saya nak sampai kan. Lagipun saya tak pernah tengok article ni di Malaysia, mungkin saya terlepas.

So saya buat..Untuk mengelakkan anda tak buat silap…

Kita ambil contoh satu niche iaitu weight loss.

Weight Loss memang niche yang popular, dan bukan mudah untuk ranking website niche ini.

Kalau anda lihat di Mangools pun, kebanyakan keyword niche ni memang susah untuk outrank mana mana website.

Dengan menggunakan software keyword research daripada Mangools, saya jadikan keyword “how to lose weight fast ” sebagai keyword focus.

Mangools àKW Finder sendiri sudah bagi signal awal awal,yang keyword ni memang susah untuk kita jadikan sasaran. Sampai 65/100. Level Hard

Namun untuk contoh ni, saya jadikan juga keyword “how to lose weight fast” sebagai keyword focus kita.

Bila saya click open serpchecker di Mangools result yang lebih detail kita akan dapat

Dan website pertama yang kita akan mulakan analisa backlink sudah pasti authoritynutrition.

Memang website ni tersangat kuat kekuatan seonya. Kalau anda perasan, saya pernah cakap, walaupun DA atau Domain Authority nya tinggi, tak bermakna kita tak boleh lawan. Sebab kebanyakan website PA nya akan rendah. Kiranya, faktor PA lagi tinggi.

PA = page authority

Tapi website ni, PA nya memang dah tersangat tinggi.

Kalau saya sendiri, saya tak akan cuba nak ranking kalau website competitor saya lebih PA = 25. Biasa, saya akan cari competition yang belas belas sahaja.

Tapi tak mengapalah kita teruskan juga.

Saya gunakan ahrefs untuk analisa backlinks

Selepas saya hit button search oren tu, saya akan dapat result seperti di bawah

Mengikut ahrefs. Apa yang saya boleh huraikan ialah:

Page ni berkedudukan 8 828 untuk kesemua website yang ranking di Ahrefs, ibarat macam Alexa juga lah.

UR dan DR adalah rating daripada system ahrefs sendiri. Ibarat macam kita PA dan DA. Tapi PA dan DA dari syarikat lain, Moz. Saya sendiri memang tak berapa arif dengan UR dan DR ahrefs ni, sebab ikutkan pengalaman, kalau kita tahu value PA dan DA sudah cukup tepat.

Kalau anda ke bawah sikit,kita akan maklumat lain juga.

Saya nak tunjuk screen shot atas ni sebab nak bagi tahu tab ‘Organic search’ sangat sangat langsung tak tepat. Jadi jangan percaya. Jauh lari saya rasa. Jadi, anda gunakan ahrefs untuk faham backlink profile sahaja.

Bila saya cakap backlink profile, maksudnya:

  1. Berapa banyak backlink
  2. Backlink tu daripada website apa, adakah website yang sembang tentang diet juga.
  3. Berapa banyak percentage website yang datang dari sembang tentang diet atau yang relivant, berapa banyak pula backlink yang datang daripada website yang tidak relivant.
  4. Jenis jenis platform, adakah backlink tu banyak dari komen, article, video, blogspot dan macam macam lagi.
  5. Backlink dari gov website pula berapa. Dan macam macam lagi…

Semua ni kita akan ambil kira. Competition ni memang betul betul high level ni, jadi jangan skip sangat, nanti kita juga susah sebab tak berapa faham cara website ni dapatkan backlink.

Seterusnya,

saya copy semula screen shot yang atas tadi ya, tak perlu anda untuk scroll up semula ke atas.

Kita juga dapat tahu, jumlah backlink ialah sebanyak 16 ribu. Referring domain pula 1 ribu 400.

OK, done. Itu sahaja.

Untuk ‘organic keywords’ saya tak sentuh dalam article ni. Nanti tak selesai tujuan utama kita.

Di bahagian tepi ahrefs pula…

Saya nak click ‘Backlinks’ atas sekali tu, tapi kita kena pergi ke referring IPs dahulu

Dekat sini, apa yang kita boleh tahu, backlink yang banyak banyak tadi pun bukan sekadar banyak, tapi memang datang daripada IP yang berbeza. Bermaksud backlink yang dapat memang natural. Bukannya di buat oleh owner.

Atau kalau boleh saya bagi contoh, katakan anda ada website A.

Anda setup juga website B, C, D untuk dijadikan backlink pada website A. Lantak sampai website Z pun.

Semua itu masih lagi kemungkinan dalam IP yang sama.

So Google akan anggap semuanya:

  1. daripada 1 backlink
  2. atau backlink yang berkualiti rendah,
  3. atau Google detect anda terus sebagai Spammer. Kalau ini terjadi, website anda memang langsung tak boleh ranking apa apa keyword pun. Itu sebab penting untuk kita tidak berlebih lebihan dalam SEO. Dan itu sebab juga lah, penting untuk anda link kan website anda dengan Google Search Console.

**anda boleh sahaja guna software berbayar untuk dapatkan IP yang berbeza kalau nak.

Kita teruskan lagi, dan kali ni saya nak click di BACKLINKS pula.

Tapi. Terlupa pula, ada lagi satu signal yang saya boleh kongsi.

Ingatkan kat atas tadi saya ada cakap ‘backlink profile’ berserta dengan 5 faktor huraiannya.

Ahrefs pun ada sediakan juga. Di sebelah kanan. Saya paste nya juga di bawah.

So dekat sini, apa yang boleh kita faham, memang backlink website ni datang daripada platform yang pelbagai. Ini bagus untuk SEO. Contoh, katakan anda dapatkan backlink semata mata dari comment sahaja. Ini di mata Google akan nampak tak berapa cantik, jadi pelbagaikan platform backlink anda.

Dan akhirnya, kita boleh click pada BACKLINKS tadi…

Seterusnya kita akan click ‘one link per domain’.

Persoalannya, kenapa kita pilih one link per domain. Kenapa tak analisa satu per satu backlink walaupun dari page yang sama?

Baca slow slow yang ni…

Sebab faktor SEO untuk dapatkan backlink daripada 1 website atau domain lebih tinggi berbanding anda dapatkan backlink daripada website yang sama.

Seperti contoh.

Website Anda, Website A

Ada 100 backlinks daripada website B.

Wao, banyak tu ya. Tapi semuanya datang daripada Website B? So tak berapa bagus.

Lebih baik anda buang masa, untuk dapatkan 10 backlinks daripada website yang lain. Masa lebih jimat dan backlink pun lebih berkualiti.

**untuk 100 website yang sama VS dengan 10 backlink website yang lain tu, saya bagi contoh sahaja, untuk betul betul punya calculation. Google sahaja yang tahu.

Berbalik kepada screen shot di atas tadi. Saya paste semula di bawah ya

Ada 1403 unique domains yang kita perlu analisa. Tapi sebelum tu, saya nak tapiskan nya lagi. Tak perlu tengok semua satu persatu, sebab bukan semua nya backlink berkualiti.

Ideanya sekarang kita nak cari backlink yang berkualiti sahaja.

Review backlink nya satu per satu.

Fahamkan backlink profile nya bagaimana.

Dan cuba usaha perkara yang sama.

Sekarang saya akan click button Export di sebelah kanan untuk transfer semua data ni ke excel

Saya click button ‘FULL REPORT’ à pilih Open Office à Start export

Sekarang saya akan buat table di excel, setting setting sikit. Bagi cantik cantik sikit untuk sejukkan mata memandang.

Pernah saya buat backlink research depan adik saya, umur die 26 kot sekarang. Koje government. Dia terkejut tengok data yang saya duk scroll down sampai 800. Hehe, ingat saya rajin sangat tengok semua? Biasa saya tengok yang di atas sahaja. Serupa juga yang macam saya akan tunjukkan sekarang ni.

Saya tak terang satu persatu di excel cara buat table semua ya. Saya buat satu short video tak berlagu di bawah untuk anda tengok sendiri.

Kalau anda perasan, apa yang saya buat ialah.

  1. Mula mula saya delete dahulu mana satu column yang tak perlu maklumat nya untuk kita tahu.
  2. Saya buat table
  3. Saya sort column backlink status untuk hanya tunjukkan daripada ‘blank’ sahaja. Bermaksud mana backlink sudah removed tak perlu ada dalam senarai kita.
  4. Saya save – yang penting tukar format kepada ‘excel workbook’
  5. Selepas tu saya bukan semula dan highlightkan Url Rating dan Domain Rating.

Sehingga

Total backlink by domains sekarang ialah 1404 backlinks.

Tapi saya nak tapiskan lagi, dan untuk itu saya aplikasikan konsep 80/20 rules.

80/20 rules atau pun Pareto Principles memang diguna pakai oleh pakar SEO, seperti contoh Neil Patel.

Apa yang dimaksudkan rules ini ialah, 80% kejayaan adalah datang daripada 20% usaha.

80% – result

20% – usaha

Atau kalau kita definasikan dari segi backlinks.

80% traffic (result) datang daripada 20% backlinks (usaha/effort)

Atau kalau snap pelbagai lagi contoh untuk apply rules ni dari Wikipedia,

Kesimpulannya, kita tengok mana yang penting/kuat/berpengaruh sahaja. Contoh, 80% company profit come from 20% customer. Nampak sangat dia cari customer yang boleh bayar mahal sahaja. Ataupun customer yang sudah pernah membeli.

Harap jelas ya. Kiranya kita hanya perlu usaha kan 20% sahaja. 80% tu akan dapat result nya. Andai kata kita tak dapat 80%, kemungkinan besar usaha kita yang 20% tadi salah. Atau pun, backlink yang kita buat research tu salah.

Harap jelas.

Sekarang saya akan teruskan lagi dengan excel tadi.

Apa yang saya buat. Saya kira 20% daripada 1404 = 280 backlinks sahaja.

Berbalik pada excel tadi, saya akan sort kan URL rating yang terbaik mesti ada di paling atas.

Dan delete mana backlinks yang daripada urutan 281 sampai ke 1404.

Dan save.

Kalau saya perhatikan website website yang bawah semuanya URL rating nya ZERO. Jadi memang tak perlu buang masa untuk tengok nya satu per satu.

Contoh, dari myoability.com ni

Ikutkan ahrefs, Url Rating nya KOSONG, Domain Rating nya pun KOSONG.

Dan kalau saya paste dekat chrome untuk tengok berapa value PA dan DA dari Moz pun nampak tally dengan ahrefs punya signal

Hanya PA 1 dan DA 1 sahaja.

Article ini akan bersambung. Saya tak sempat nak siapkan. Nanti saya akan lengkapkan yang bahagian akhir nya.

Update selepas 1 hari…

Salam…

Selepas bertungkus lumus merajinkan diri, akhirnya saya tak berjaya juga tengok satu per satu backlink yang daripada 280 final backlinks ni. Tapi rasa macam bagus juga, supaya saya boleh beri perhatian khusus pada topik lain juga.

Jadi, saya akan bagi overview sahaja macam mana proses seterusnya di buat.

Recap semula.

Daripada beribu ribu backlink, ikutkan pada konsep 80/20 rules kita hanya perlu analisa 280 backlinks sahaja.

Setiap 280 backlink ni, kita perlu categorikan dia ikut pada kriteria yang di bawah ni:

  1. Berapa banyak backlink yang datang page authority nya PA dan DA 50 ke atas
  2. Berapa banyak pula yang 20 ke atas
  3. Berapa banyak pula yang 10 ke atas
  4. Dan 10 ke bawah
  5. Berapa banyak backlink yang contextual backlink
  6. Berapa banyak backlink dari comments
  7. Berapa banyak backlink dari article/gues post/platform lain…
  8. Ada tak kemungkinan kebanyakan backlink yang dibuat akan di click oleh pelawat?
  9. Ada tak kemungkinan backlink itu yang boleh directly copy cat.
  10. dan pelbagai lagi, bergantung kepada apa yang anda nak tahu…

Daripada 9 points atas tu kalau ada yang tak jelas sila tinggalkan komen nanti saya akan reply.

Setiap 9 points ni juga mesti di samakan bagi setiap point yang lain nya.

Maksud saya macam ni,

Commenting ni boleh kata antara backlink yang tak berapa nak kuat berbanding dengan yang lain. Lagi pulak kebanyakan backlink dari comment adalah no follow. Tapi jangan terus kata backlink comment tu tak kuat kalau ia datang dari page authority yang tinggi macam 50 ke atas contoh nya.

Guest post/article pun sama, memang antara backlink yang paling kuat, lagi pula ianya adalah contextual backlink. Tapi, kalau datang dari page authority nya hanya 1, pun tak berapa kuat juga.

Untuk itu, kita perlu buat table. Untuk saling saling kan kriteria nya…

data ni saya hantam sahaja tau.

Alright? Jadi apa yang kita boleh faham ialah….

Huraian 1

Ada 13 backlinks daripada article datang daripada page authority melebihi 50.

Huraian 2

Ada 54 article yang banyaknya sampai 54 article, tapi datang daripada PA yang kurang daripada 10.

Saya buat dua huraian sahaja ya daripada table tu, dan apa yang kita boleh faham ialah, walaupun sampai ada 54 article yang mungkin datang dari sponsored post ke, mungkin datang dari guest post. Tapi PA hanya di bawah 10. So untuk tackle backlink yang macam ni, anda hanya perlu buat bilangan yang sama sahaja, atau pun. Beri lebih focus pada website yang PA nya lebih daripada 20.

Bermaksud, kita tak perlu capai sampai 54 kali. Sebab PA kita 20. Mungkin hanya perlu buat 20 x sahaja contoh nya.

Sebab link juice daripada PA 20 jauh lebih baik daripada link juice oleh website yang PA nya hanya 10.

Yang lain nya, anda boleh teruskan sendiri.

Kesimpulannya.

Tak semestinya kita mesti dapatkan tempat backlink yang sama dengan competitor kita. Walaupun kalau nak ikutkan adalah lebih senang untuk kita dapatkan backlink dari tempat yang sama, sebab sudah proven pun competitor kita dapat.

Yang penting, kita faham kriteria kenapa website ni boleh ranking. Kiranya untuk berada di atas, kita kena dapatkan backlink profile yang macam dalam table tu.

Tapi itu hanya untuk faktor OFF Pages nya sahaja lah. On pages. Kita tak tengok lagi.

Baik lah, saya rasa itu sahaja kot.

Apa apa pun, cara yang saya tunjukan atas ni tak semestinya untuk website ranking yang susah susah sahaja. Yang senang pun bagus juga kita buat, mesti lebih semangat nak ranking kan.

Yang faktor 80/20 rules tu, kalau backlink competitor anda dalam 100 sahaja, tak perlu lah guna. Nanti tinggal 20 sahaja.

Ambil masa 1 atau 2 jam tengok satu satu.

Advanced Teknik

Untuk competition yang macam ni, biasa nya mereka yang betul betul budget banyak sahaja yang mampu keluarkan duit untuk belanja semua. So, approach mereka untuk dapatkan backlink adalah jauh lebih baik daripada kita yang buat cara cara biasa ni.

Saya nak share lagi satu teknik cara serious SEO nak dapatkan ranking. Iaitu curi curi tengok berapa banyak backlink yang terhasil dari hari ke hari. iaitu https://www.linkody.com/

Maksud saya, ada beberapa software yang boleh detect website competitor anda ni bila akan dapat backlink lagi. Kiranya, kita akan tahu progress nya.

Bagus juga tahu ni, sebab apa yang kita research adalah yang sudah lepas. Tak termasuk lagi apa yang sudah di plan, atau apa lagi backlink yang akan diorang dapat.

15 SEO Tools Yang Saya Selalu Guna

Salam,

Untuk post kali ni saya nak kongsikan sekurangnya kurangnya 15 aplikasi yang saya gunakan untuk bantu SEO saya. Saya mesti guna at least sekali dalam satu minggu. Ada yang juga yang berkali kali dalam sehari 🙂

Saya harap bila saya share tool SEO yang saya gunakan ni, anda akan nilai dan bagi tahu juga aplikasi apa yang anda guna supaya kita dapat bertukar tukar pendapat, dan sekali gus membuatkan teknik SEO kita semakin efisyen bersama..

Baik lah..

Saya mula ya…

  1. MOZ

Tool Moz ni boleh kata, saya guna at least satu kali dalam 3 hari. Toolbar Moz ni saya download pada Chrome, untuk saya lihat Page Authority dan Domain Authority competitor saya.

Moz toolbar

Untuk di search ranking pun boleh nampak juga seperti di bawah.

moz toolbar serp

Domain authority dan page authority bagi saya boleh dikatakan factor overall yang kita semua yang buat SEO mesti utamakan. Kita pun tahu dalam minggu lepas atau awal minggu ni. Hari ni ahad kan, Google update yang mereka akan buang Google Page Rank toolbar kan? Itu membuktikan yang Page Rank macam sudah tidak diutamakan lagi.

Lagipun, cuba anda tengok tengok balik, sudah berapa banyak Google Algo update, pegion, penguin, suruh guna https, dan macam macam lagi, tapi tiada pula sembang tentang Page Rank.

Dan kalau tak silap saya, last update Google Page Rank ni adalah pada tahun 2002. Sekarang? 2016 dah pun..

Update 1 April 2016

Di bawah merupakan update Google untuk Page Ranknya, overtime anda akan dapat lihat yang makin lama makin kurang. John Mueller dari Google Switzerland sendiri pun ada macam bagi sign yang Page Rank mungkin akan decrease dalam signal untuk SEO.

Maka, tool dari Moz ni, sangat sangat berguna untuk overall factor seo.

  1. Ahrefs

Saya pernah mentioned ni dalam post yang lepas. Tool SEO paling ok untuk tengok backlink ialah ahrefs. Anda akan dapat lebih banyak kuantiti berbanding dengan tool yang lain. So, sampai sekarang saya guna ahrefs.

  1. Majestic

Ahrefs, walaupun boleh detect lebih banyak backlink daripada tool lain seperti contoh majestic ni, tapi ada juga function Majestic yang tiada pada Ahrefs. Seperti trust flow dan citation flow, merupakan satu lagi indicator untuk kita nilai kuality sesebuah blog tersebut, dari seo SEO nya lah.

Dan juga, pecahan percentage anchor textnya lebih mudah difahami dengan berbanding ahrefs, seperti di bawah, sebab ia guna pie chart.

majestic preview anchor text

  1. Link Clump dan 5. Copy Urls to clipboard

Sebagai yang salu buat SEO ni mesti kita akan Terpaksa click into new tab di search engine kan. Untuk analisa setiap post atau page yang berada di page pertama.

Seperti contoh apa yang saya buat di bawah, saya senga ja untuk guna keyword “ how to make money from blog”. Dan andai kata saya nak review satu per satu page, saya mesti right click open new tab sebanyak 10 kali. Satu persatu, leceh pula kan. Tapi dengan bantuan Add On Copy Urls to Clipboard ni, saya hanya perlu right click dan drab sahaja ke atas mana mana link yang saya nak buat dengan new tab..

seo software

Dengan Copy Urls to Clipboard juga saya boleh buka banyak url sekali gus, dengan hanya pastekan sahaja seperti di bawah.

contohpasteurl

Kalau nak diikutkan, function yang lebih baik untuk fungsi seperti di atas ialah dari URL Lister, tapi masalahnya setahu saya ia hanya untuk Add On Mozila sahaja. Saya cuba cari untuk chrome, tapi tak ada pula.

  1. bulk url opener – Chrome

Function ni lebih macam yang saya pastekan url di atas juga. Tapi ini dia lebih banyak function support juga. Seperti screen short di bawah. Saya click dulu iconnya di atas tu. Dan pop up seperti dibawah akan muncul.

bulk url opener

  1. GA

Google Analytics ni memang patut masuk dalam list ni pun. Rasanya semua pun sudah tahu apa itu Google Analytics..

  1. GSC – Google Search Console

Google Search Console dengan Google Analytics ini adalah tool yang mesti kita guna untuk setiap blog kita. Kalau tak, susah ler nak tahu apa apa kan..

  1. Google Keyword Planner

Google Keyword Planner…seperti yang kita semua tahu, antara tool seo yang paling pertama dan utama sekali kita guna….

  1. Photoshop

Photoshop software ni saya beli kat kedai software je macam biasa. Dan berkali kali beli sebenarnya, asyik expired je. Saya pun agak blur juga nak install. Photoshop amat bantu dalam edit gambar saya. Contoh macam image gif di atas, saya guna photoshop.

  1. Youtube

Youtube, kalau tak ada, rasanya, kita semua ni kena cas setiap hari dan setiap kali ilmu yang kita nak dapatkan. Dengan Youtube ia banyak bantu saya percepat pembelajaran photoshop contoh.

Macam gif kat atas tu, saya baru tahu buat semalam. Kiranya, yang plan untuk buat post ni lah.

  1. Lastpass

Lastpass ni saya guna dah dekat 5 tahun dah kot. Dan setiap hari juga lah.

Lastpass ni gunanya untuk ingatkan password kita yang banyak nya kena hafal. Tak akan nak guna semua password sama kan.

So lastpass sangat sangat membantu. Insyallah dalam masa terdekat saya akan buat review tentang Lastpass.

  1. Save to pocket

Save to pocket adalah function untuk save blog post atau video yang kita tak sempat nak baca sekarang. Kiranya nak simpan dulu lah. Biasanya, saya scan dulu mana mana blog yang duk sembang pasal SEO gunakan feedly di bawah, dan save to pocket untuk topik yang lebih penting dan perlukan saya berada di depan computer. Sebab biasa saya baca blog time berak.. Sori lah ye, ikhlas ni…

  1. Feedly

Feedly dengan save pocket kat atas tu ada aplikasi android nya. Jadi sangat sangat lah mudah. Boleh sync lagi. Kiranya, apa yang kita save di smartphone, akan kluar juga di computer. Bagus sangat lah kiranya ni.

  1. Chrome

Dulu saya asyik guna Mozilla dan Opera je. Tapi sejak 2 tahun ni. Saya lebih selesa guna Chrome. Ia lebih laju..Walaupun ada addon yang saya lebih suka pada Mozila.

Tapi tak pe lah, saya memang ralat kalau nak tunggu tunggu ni. So, dengan kepantasan chrome. Sangat sangat membantu saya.

  1. Excel

Excel, boleh kata saya guna setiap hari, dan setiap masa juga. Dari kat laptop ni sampai lah kat smartphone tu.

Function yang paling biasa saya guna ialah buat table.

Seperti contoh yang saya buat kat bawah ni:

Saya cuba cari keyword cara nak buat duit di Google Keyword Planner, download semua keyword dan masukkannnya dalam excel dan create table…

Image di bawah saya tunjuk kan cara saya download keyword ideas dari Google Planner, dan buka dalam excel, lepas tu buat table untuk lebih mudah proses analisa.

googlekeywordtool