Halal Haram Perniagaan Online

Dalam beberapa bulan lepas saya ada sempat secara tak sengaja tengok Nasi Lemak Kopi O.

Memang kalau gandingan Fizo Omar dengan yang lagi tiga memang semangat sikit nak tengok. Lawak.

Sedang tengok ada satu segment tu diorang bincang pasal “perniagaan internet”.

Kalau dalam TV atau Youtube bila ada siaran mengenai bisnes internet ni memang saya tunggu tunggu kan sangat.

Supaya saya dapat tips dan juga lebih yakin akan bisnes yang saya buat masih lagi pada landasan yang terbaik, insyaAllah.

Kadang kadang takut juga, kita berniaga internet ni kan memang senang dapat duit, tapi peratus untuk rezeki yang kita dapat tu tak berapa cantik atau bersih tu sangat tinggi.

Itu la yang paling saya takut dalam perniagaan ni. Bukan sebab boleh dapat duit ke tak, sebab itu kita boleh usaha. Tapi yang halal haram ni.

Halal haram ni lah yang paling susah. Eh, senang sebenarnya, tapi takut kalau kita ni dikaburi mata nafsu dengan duit, habis halal haram pun kita langgar.

Kesian anak bini makan hasil daripada yang macam ni.

Tugas suami, bukan nak bagi nafkah zahir batin je, tapi nak bawa semua kaum keluarganya masuk syurga juga. Tapi kalau dah tak pasti rezeki nya, takut lain pulak yang jadi.

Jadi, insyaAllah.

Saya harap perkongsian ni dapat kita sama sama saling mengingati. Kita berniaga online, memang mesti dan tersangat perlu ambil berat dengan apa hukum hakam duit duit ni. Berkat ke idak.

Korang semua boleh pergi ke link bawah ni ke tonton.com.my dan tengok siaran Nasi Lemak Kopi O episode 129. Terus sahaja pergi ke minit yang 00:29.

Kiranya selepas setengah siaran untuk hari tu berlansung.

Anda kalau boleh luangkan masa juga dengan rumusan video ni yang saya buat, dimana saya ada relatekan dengan perniagaan kita dengan lebih dekat lagi. ( mengikut dengan apa yang saya faham lah )

Episode 129 – Nasi Lemak Kopi O – Click Di sini Untuk Tonton

Halal Haram Perniagaan Online

Saya tak boleh nak embed dekat sini, sebab tonton ni dia macam kedekut sikit.

So, anda pergi ke sana nonton kejap.

Lagi sekali ini episodnya Episode 129 – Nasi Lemak Kopi O – Click Di sini Untuk Tonton

Daftar dulu k….

Seperti yang anda boleh lihat Ustaz tu bukan yang tak pernah kita tengok pun. Ada websitenya.iaitu http://www.zaharuddin.net/

Alhamdullillah saya kenal ustaz ni dengan blognya sejak dari 2009 lagi kot. Kalau tak silap lah, masa saya mula mula belajar bisnes internet ni.

Ustaz Zaharuddin adalah yang pakar kewangan juga. Panggilan pun Dr Zaharuddin ( ini link facebook nya )

Jadi beliau memang antara yang paling sesuai untuk bawa topik ini.

Rumusannya

Baiklah, sekarang adalah rumusan apa yang saya boleh relatekan dengan perniagaan kita dengan lebih dekat lagi.

Ingat, ini rumusan daripada video, saya bukan Ustaz untuk bercakap pasal ni. Saya cuma ambil apa yang Ustaz cakap, penegasan atau point pentingnya yang sempat ambil dalam video itu sahaja.

Dan antaranya, ialah:

Yang pertama ialah: elakkan riba

Untuk mengelakkan riba pastikan ia bersifat win win. Kiranya, orang yang jual dapat manfaat, dan orang yang beli pun dapat product yang baik.

Katakan orang yang beli tak dapat product yang baik, kiranya mungkin product tu macam tipu tipu ke. Buat, tak menjadi pun kan. Pembeli berhak untuk minta jaminan wang dikembalikan.

Walaubagaimanapun, bagi saya ini subjektif.

Saya sendiri pun dulu, banyak produk perniagaan internet saya beli. Tapi katakan dalam 10 saya beli 1 je yang ok. Yang lagi 9 tu bukan tak ok.

Masalahnye, memang betul ke 9 lagi tu tak OK. Bila saya tengok tengok balik sekarang ni. Sebenarnya saya sendiri yang salah.

Sebab kekuatan diri tu kurang. Produk dah OK

So, topik ni subjektif. Kalau kita nak dikembalikan wang, fikir dahulu sama ada produk tu memang tak boleh bantu ke, atau kita sendiri yang salah. MALAS

Kedua – Harga Produk Pula – Bagaimana nak tentukan?

Alhamdullillah soalan ni pun ditanya oleh mereka di facebook.

Orang tu tanya, kalau kita dah memang letak harga sekian sekian, tapi sebabkan orang tu nak tempahan awal. Boleh tak kalau letakkan harga tinggi sedikit daripada apa yang biasa? dan adakah ia amalan riba?

Dan apa yang Ustaz Zaharuddin jawab ialah:

Ia tidak riba. Sabaliknya, HARUS. sebab dalam kes yang tanya tu, dia jual kain. Ibarat kalau dia nak buat production lebih, mesti kena kerah pekerja (diri sendiri ke) untuk dapatkan target lebih dari biasa kan. So ia harus.

Dan si penjual pun, mesti akan cakap yang harga akan naik sikit kan kepada pembeli. Dan kalau pembeli tahu. Maka ia telus.

Kalau perasan, perkara ni salu jadi masa kita beli ubat. Doktor main taruh je ubat apa tak bagi tahu harga kan.

Kita pula diam. Saya tak berani lah kata riba. Tapi nampak macam tak cantik sebab kita tak tau harga. Kiranya, akhirnya nanti bila dekat luar mesti terpinga pinga berapa lah kena kan.

Tapi ingat juga, salah kita sebab tak tanya ( perjuangkan ). So, kita orang islam ni pun kena juga bertindak dan bangun. Bila doktor bagi ubat, jangan redha je. Tanya harga juga.

Berapa harga nak ditetapkan.

Dalam video atas, Ustaz tak kata tak kesah berapa harga nak letak.

Tapi mengikut daripada apa yang saya dengar daripada ceramah Ustaz Kazim Elias. Harga berapa tak menjadi masalah. Sebab tiada tentu harga dalam berniaga.

Tapi Ustaz Zaharuddin ni ada tambah sikit. Biasalah,sebab ustaz ni pakar kewangan jadi penerangan dia akan lebih detail.

Apa yang Ustaz Zaharuddin cakap,

Lebih cantik kalau harga tu kita letak berdasarkan harga pasaran.

Sebab kalau rendah ia makruh, sebab akan jeopardize kan penjual yang harga lain.

Jangan sampai jual SEO harga 5 ringgit.

Nanti peniaga lain yang susah kan.

Kalau Buku Pink tu 120 kan. Lupa saya dah. Itu normal. Harga yang memang dalam pasaran kita.

Kalau dulu saya ada beli produk SEO Ammar Zahar, dalam RM 200 kot.

Maaf lupa dah. dua ratus lebih kot.

Walaubagaimanapun, bagi saya isi kandungan nya juga subjektif.

Sebab SEO ni luas, kiranya kena fikir juga sedetail mana penerangan yang diberi kan.

Kalau ebook pula berapa, kalau video pula saya percaya kita akan rasa ia tak da masalah kalau letak harga lebih sikit sebab penerangannya akan lebih mantap kan.

So, ia subjektif. Mungkin ada yang harga RM 400, tapi penerangan yang diberi pula ok kan. Kalau RM 100 pula macam mana kan.

Apa apa pun, seperti point rumusan pertama saya tadi. Kalau rasa tak berbaloi. Minta sahaja duit semula. Seperti point pertama saya tadi.

WIN WIN situation orang kata. kalau tak win, tapi nak masih kekal kan konsep barakahnya, bagi lah duit balik kan.

Contoh macam saya beli produk di clickbank. Sekurang kurangnya kan 2 kali dah saya minta duit balik.:)

Dan yang last.

Tentang Berapa Kita Dapat Komisyen

Ini Fizo Omar yang tanya sendiri.

Fizo Omar tanya, kalau kita yang dibayar upah sekian sekian.

Diceritakan pula pada pembeli berapa yang kita dapat….

Apa hukumnya?

Ustaz cakap direct. BERDOSA.

Kiranya, kita tak boleh bagi tahu berapa komisyen yang kita dapat kepada pembeli. Tak boleh cakap sikit ke banyak ke. Tak perlu.

Ustaz ada ceritakan kenapa macam ni dalam video tu.

Untuk siapa siapa yang masih lagi tak tengok video tu. Saya harap sangat anda luang masa untuk tengok sekejap. Tak lama pun, dari yang minit ke 30 siaran ni sampai ke minit 48.

Dalam 20 minit macam tu.

Ok lah..tu je..

Sekian..tq

7 Cara Buat Duit Online (Product Category)

Sebenarnya saya tak pasti nak buat title yang macam mana untuk post kali ini.

Tapi apa yang saya nak cerita ialah, bila kita nak buat duit secara online ni, apa jenis product yang kita boleh jual?

Apa yang orang biasa kata tu, buat duit rumah? Hurm saya tak nak kata terus apa yang saya akan kongsikan ini akan boleh jalan kan bisnes dari rumah. Sebab kalau anda ada bisnes online, dan anda ambil masa untuk keluar dari rumah. Kenalkan diri siapa awak, bisnes anda akan lebih baik. Profile branding namanya. Saya tak perlu pergi dengan lebih detail pasal ni.

Tapi yang pasti, untuk post ni saya akanberi focus pada jenis perniagaan internet yang boleh anda buat. Atau cara buat duit online itu sendiri. BAGAIMANA??

Maksud saya, join MLM ke, jual sofware ke, jual servis ke, jual product digital ke…Hah macam tu lah yang saya nak cerita. Kalau macam post saya yang sebelum ni, saya hanya focus kepada blog, iaitu saya sediakan anda 7 cara untuk anda buat dari blog.

Itu blog, ini bukan limit kepada blog, tapi segala jenis idea yang anda boleh buat untuk mula perniagaan internet anda.

Kalau lihat semula di title tu, saya ada tulis product kategori kan. So, ini focus kita untuk dalam post ni.

7 perkara yang saya akan nyatakan ni tak termasuk survey. Kalau antara orang kita ni, buat duit dengan survey lah antara yang paling popular kan. Dan saya ada perasan terlampau banyak iklan yang duk cerita product ni.

Suka saya nak ingatkan, yang anda tak akan jumpa cara buat duit online tu dalam 7 perkara ni.

Sebab, cuba fikir semula.

Sampai bila nak menjawab survery untuk buat duit nya?

Kalau anak tanya, ayah cari duit untuk sekolah kan kamu dengan menjawab survey. Setakat ni, dah beribu lah survey ayah jawab……

Tak ke rasa malang di situ? Buat duit dari survey saja?

Bagi saya, itu bukan perniaggaan online, itu lebih kepada anda membuang masa secara online.

Serupa juga dengan click dapat duit dari facebook, derma orang lain kita dapat duit, dan macam macam lagi. Anda mungkin tak tahu, tapi orang yang set program program macam tu semua nya orang yang cerdik dan berjaya membodohkan kita orang melayu.

So jangan lah join. JANGAN JOIN, dan paling jangan. Jangan pula ajak saya yang join.

Come on lah, sampai bila hang nak diderma untuk ada duit? Sampai bila nak menjawab survey untuk dapat duit?

Kalau ada yang balas, tak pe lah Syed, ini sampingan sahaja. Daripada duduk duduk main COC boleh juga dapat duit sikit sikit kan.

Maka?

Dapat lah duit sikit, dan manusia yang create program yang u join tu dapat banyak. Percayalah cakap saya. Boleh email saya, saya akan cerita secara detail kenapa sesuatu product tu membodohkan orang melayu. Terumatanya kawan saya sendiri.

So 7 perkara ni, adalah perniaggaan yang serius. Yang valid, yang kalau anda buat. Kebanggaan tu kira adalah, sebab anda ada style dan kelebihan yang bergantung kepada sendiri.

Ingat tu, diri sendiri. Kita tak harapkan orang lain nak bagi duit senang senang.

Ini adalah perniagaan internet yang serious. Yang bukan biasa biasa, yang bukan set and forget punya system dan yang macam bukan bukan lagi.

Baiklah, saya rasa kita boleh mula kot.

Macam biasa untuk permulaan.

Saya akan review dulu satu satu dahulu pointnya, nanti kita akan pergi lebih detail.

Wokeh?

Okeh la tuh…..

1. Sertai Program Affiliate – terbahagi kepada dua, digital dan fizikal

2. Google Adsense – ni yang banyak orang sembang click dapat duit tuh, selain tu jugak, kalau cukup 1000 orang view. pun dapat jugak duit jugak

3. MLM – amboi, tanya lagi?

4. Buat duit dengan blog anda.

5. Services – provide service anda sendiri

6. Buat product sendiri..keluarkan product sendiri seperti panduan ebook contohnya

7. CPA – Cost Per Action

Saya tak akan pergi terlampau detail untuk setiap cara di atas, tapi saya akan beri penerangan yang sekadar untuk anda faham bagaimana ia berfungsi.
Kalau ada yang rasa saya patut tambah sesuatu, sila tinggalkan komen. Nanti saya akan consider macam mana.

1. Sertai Program Affiliate

Ok, ini adalah cara buat duit yang paling popular sekali. Baik di Malaysia atau di dunia pun. Anda hanya perlu join affiliate program product lain. Promote kan product tu dan dapat komisyen.

Advertiser perlukan kita sebagai affiliate, supaya diorang ni tak susah susah untuk cari pembeli. Jadi kita sebagai promoter yang buat promotion akan dapat komisyen sebagai hasil jualannya.

Product kebiasaan nya merangkumi dua perkara, product digital dan product fizikal.

Product digital kalau mudahnya ialah product yang boleh anda download, macam ebook contohnya. Ada company yang buat software pun ada program affiliate yang anda boleh join dan dapatkan komisyen.

Website yang paling popular dalam perniagaan digital ialah ClickBank.com. Di Malaysia pula, adalah Ashadee dan KIikjer. Anda hanya perlu daftar program affiliate mereka ni, dan boleh start jual product yang ada dalam tu.

Jumlah komisyen berbeza mengikut product, tapi kalau macam clickbank. Ada product yang sampai 75% daripada jualan. Saya rasa ada yang lagi tinggi kot daripada 75%. Untuk clickbank transaksi dalam dollar. Jadi sebagai orang Malaysia, ringgit. Agak banyak lah jugak. Boleh kata anda mudah untuk cari product yang jumlah komisyennya 25 dollar.

Tapi kena ingat, product dari clickbank kebiasaannya adalah yang sangat competitive. Maksudnya banyak pesaing. Tapi ada persaingan pun bagus juga, maksudnya product tersebut mampu buat duit.

Untuk tahu lebih lanjut tentang product di clickbank, mungkin anda perlukan maklumat dariada CB Engine. Website ni akan beritahu apa product yang paling popular di clickbank, selain itu juga dia akan bagi berapa jumlah atau rate product return. Kiranya kalau product di Clickbank tu ada yang tak suka, dan nak pulangkan balik. Anda boleh dapatkan maklumat disitu. Dan macam macam lagi lah.

Bila anda daftar, anda akan dapat unique link, unique link itu yang anda perlu promote. Supaya pembeli akan beli daripada link anda.

Product fizikal pula, product yang macam almari, meja semua tu. Yang boleh dipegang lah. Laptop, Hp sebagainya.

Yang paling popular Amazon. Selain Amazon, macam biasa, ebay. Dan untuk Malaysia. Lazada, Zalora itu semua.

Contoh macam Amazon, komisyennya adalah 4% untuk setiap jualan. Dan kalau anda dapatkan sales yang konsisten dengan beberapa syarat yang saya malas nak cerita ia akan naik ke 7%.

7%? Sikit. Memang sikit 7 percent. Tapi ini Amazon. Jualan sales untuk 2014 Amazon hampir cecah 89 billion. Di bawah data yang saya ambil dari Statista.

amazon selling ranking

Amazon juga, saya pasti e commerce yang lain juga. Contoh kalau saya promote product A, tapi si pembeli tak beli pun product A. Dia tutup laptop dia, dan esoknya pula dia terus pergi Amazon dan beli product B. Saya masih lagi akan dapat komisyen daripada product B.

Sebab Amazon akan letak cookie di browser pembeli tadi selama berapa lama saya tak pasti. Maksudnya, setiap kali dia akan beli saya akan dapat. Walaupun product tu saya tak promote pun.

Tapi saya tak pasti berapa lama cookie tu akan stay dalam browser, of course kalau dia tak clear browsing hilang juga lah. Tapi kalau Lazada, dalam tempoh satu bulan.

Caranya?

Macam clickbank juga, pergi dekat bahagian bawah website dia akan nampak link yang macam affiliate program untuk anda join.

Bergantung juga, ada company yang perlukan approval untuk kebolehan anda promote product mereka. Contoh macam anda mesti ada blog yang popular contohnya.

Kalau di Malaysia, yang sibuk orang cerita sekarang. Jual tudung kan. Ada juga company yang ada program affiliate. Anda hanya perlu daftar dan jual product mereka.

2. Google Adsense

Ini boleh kata popular sangat lah. Bila saya cerita dekat kawan saya sendiri pun, saya cakap. Saya buat bisnes internet.

Apa yang diorang terus cakap ialah, hang buat duit click dapat duit ke? biar aku click link tu untuk hang. huhu

Salah tu.

Untuk buat duit gaya macam ni yang paling popular ialah Google Adsense.

Bila anda daftar, macam biasa akan dapat codenya. Letak di blog anda, dan kalau visitor anda click. Anda akan dapat duit. Komisyen lah tu.

Code itu akan jana keyword atau jenis iklan yang akan keluar berdasarkan isi kandungan blog anda. Contoh macam katakan anda cerita pasal insurance. So iklan dari insurance company yang akan keluar. Secara mudahnya lah

Kalau visitor anda click untung komisyennya berbeza mengikut keyword atau nichenya.

Contoh kalau insurance tadi, saya pernah dapat 2 dollar untuk satu click. Tapi itu 2009 dahulu. Sekarang saya tak aktif sangat dengan Google Adsense.

Code tadi juga ada banyak size, ada yang sesuai letak di sidebar, footer, header blog anda, atau pun tengah tengah content.

JANGAN sesekali suruh orang lain click iklan tu, tambah lagi kalau google adsense. System dia bagus sangat, kalau anda cuba sekali sahaja mesti account anda sudah akan diblock.

Selain google adsense, ada juga bidvertiser, dan kalau untuk Malaysia. Nuffnang.

Cara dia? macam biasa, daftar dan dapatkan code.

Update daripada Adi(TQ) di bahagian comment untuk buat duit dengan google adsense selain daripada nak harapkan click:

Seterusnya, impressions dan klik. Dua kaedah ni dah dapat duit. Tak kisahlah orang klik atau tidak,impressions sentiasa jalan.

Setiap 1000 impressions bukan 1000 visitors!
Impressions dan visitors 2 perkara berbeza. Katakan iklan saiz 300 x 600 pixels, Google paparkan 1 iklan. Tetapi, kadangkala pada saiz berkenaan Google bahagikan kepada beberapa iklan mungkin 2, 3, 4 atau 5. Kalau 5 iklan bermakna sekali pelawat masuk sudah ada 5 impressions. Iklan AdSense boleh letak maksimum 5 dalam satu-satu page daripada pelbagai saiz. Ini membawa maksud impressions yang bakal diterima paling minimum 5 dan mungkin mencecah 15 impressions (bergantung pada saiz dan iklan yang muncul) sekali pelawat masuk untuk baca artikel yang anda tulis.

Senang cerita, duit AdSense sentiasa berjalan janji semua polisi dijaga dengan baik. Nak dapat duit banyak bergantung pada jumlah pelawat, rajin-rajinlah buat artikel yang baik lambat laun pelawat akan berduyun masuk.

Nanti saya buat artikel sendiri, ini komen tak boleh panjang-panjang sangat 😀

3. MLM – Multi Level Marketing

Saya rasa saya tak perlu cerita detail kot.

Saya pun tak suka orang kita join MLM ni.

Menganggu orang je. nanti kalau dia ni buka mulut, akan cerita pasal MLM dia je.

Jadi…itu sahaja. kita pergi ke point seterusnya pula

4. Buat duit dengan blog anda.

Erm untuk point ni saya sudah pun buat article dengan penuh detail untuk anda faham selok beloknya. Ada 7 cara yang anda boleh buat duit kalau anda ada blog. Boleh baca di sana nanti.

Ini dia postnya, 7 Cara Bagaimana Buat Duit Dengan Blog (Berserta Contoh)

Anda buat duit dengan blog, anda perlukan pengetahuan SEO.

Boleh luangkan baca di sini tentang definisi SEO,

Dan post yang ini lebih kepada step SEO ini yang akan anda lalui andai kata anda akan start SEO nanti.

Kalau anda masih baru dalam SEO, post saya yang ini mungkin tak perlu baca lagi kot. Ini bukanlah teknik advance SEO, malah ia boleh dikatakan asas SEO yang anda perlu faham dan tahu nak buat. Tapi, jangan lah juga. Sebab saya dapat banyak aduan yang ramai tak faham apa saya tulis tu.

Nanti kalau ada masa saya akan sambung buat panduan seo ebook SEO percuma saya. Khas untuk orang yang masih baru sangat sangat. Tengok lah kalau rajin.

Kita pergi ke point seterusnya ler..

5. Services – Buat services anda sendiri

Dalam 7 cara buat duit dengan blog kat atas tadi pun ada termasuk cara buat duit dengan blog.

Tapi yang sini dia lebih kepada yang tak perlukan blog la yang saya nak cover.

Anda jadi freelancer.

Boleh daftar dekat fiverr, freelancer.com, odeks.com ( dah bertukar jadi upwork dan sebagainya.

Nak buat services apa? Tak kesah lah. Asalkan anda rasa ia menarik dan orang lain yang nak upah.

Anda hanya perlu pergi ke website website yang macam saya bagi tahu kat atas tadi dan cuba tengok iklan iklan diorang. Cuba relatekan dengan anda. Dan buat lah.

Antara yang popular, buat article, translate dari Melayu ke english, ke espana ke. Apa ke. Malayalam ke.

Buat blog ke, setting html code ke. Apa apa lah. Pegang sign board ke( kena muka cantik).

Kalau anda lihat kat fiverr, ada yang akan hantarkan postcard anda ke taman taman di US pun ada.

Memang gila deme ni. Tapi bagus juga, unique tak berapa orang nak buat.

Tak kesah lah kalau saya pun nak hire yang hantar post card ke taman taman tu.

So, itu dia, freelancer. Basically anda boleh buat service sendiri lah.

Kalau ada yang biasa buat atau bertindak sebagai wedding photographer. Pun boleh juga. Buat blog dan promotekan lah.

6. keluarkan product anda sendiri..

Ini boleh kata macam servis juga.

Tapi dalam kategory yang lebih detaillah yang saya nak cerita ni.

So, anda ada kelebihan sesuatu. Pandai buat website ke, buat sahaja ebook pasal tu dan jual. Faham bahasa arab ke, mungkin anda sebagai engineer yang dah keje bertahun tahun, apa salahnya buat ebook ceritakan pengalaman anda dan jual.

Asalkan anda tahu apa apa lah. Buat product sebagai ebook ke apa. Dan jual.

Kiranya anda yang jadi advertiser untuk product dari website clickbank tadi.

Anda boleh promote sendiri atau letakkan sahaja di  klikjer atau ashadee supaya akan ada orang yang macam saya yang akan promote.

Untuk jenis jenis product yang nak dibuat boleh pergi ke clickbank sendiri untuk brainstorm niche.

Kalau anda rasa ada kelebihan sesuatu, buat sahaja panduan pasal tu.

Kalau anda tengok kat clickbank. Yang jual cara nak buat reban ayam pun ada.

Macam macam. Tapi tu lah, laku juga tu.

7. CPA – Cost Per Action

CPA ini dia special sikit.

Kalau macam program affiliate tadi, boleh kata semua orang boleh join.

Tapi CPA ni tak. Tak silap saya, CPA pun tak ada companynya di Malaysia ni.

Semuanya dari US.

Mungkin sebab cara buat duitnya yang lebih senang. Dan diorang ni takut kalau program atau iklan advertiser yang list dalam tu akan di spam kan.

Tak silap saya, ada CPA company yang memang terus block terus access dari negara negara afrika ni. Saya lupa mana satu. Sebab spammer.

Sebab CPA dia mudah.

Kalau anda fikirkan, Clickbank, Amazon, dan semua semua yang saya ceritakan kat atas tadi anda buat duit berdasarkan Pay Per Sale. Maksudnya, anda dapat komisyen apabila orang lain buat belian.

Maksudnya duit tu dah masuk dalam account clickbank dan semua semua tu.

Tapi CPA. dia tak.

Dia Cost per action.

Maksudnya, visitor tak perlu keluarkan duit, hanya perlu buat sesuatu sahaja berdasarkan perbuatannya.

Contoh?

Di bawah

contoh offer untuk product cpa

So visitor hanya perlu, masukkan detail untuk dapatkan sample sahaja.

Kalau tengok kat bawah tu, Rolls into $19.99 monthly subscription after 30 day trial period. Cancel Anytime!

Bermaksud, visitor cost free. tak perlu bayar apa apa. Dan dapat sample hanya bila dia suka dan teruskan sahaja.

Dan komisyen untuk product di atas? 32 dollar USD

Bukan lah semua mcm tu, kebanyakannya dalam 2 3 dollar.

Contoh macam dating website yang anda biasa nampak tu. Masukkan email ke apa.

Setiap kali ada orang masuk email sahaja. Sudah turn into komisyen.

CPA, action, berdasarkan apa yang visitor buat.

Yang paling popular, kalau anda lihat. Daftar no telefon untuk menang dapat iphone tu kan. Dan hanya perlu letak no tel sahaja. Itu pun dah kira duit untuk orang yang buat iklan tu.

Itu pun CPA juga. Company dekat US. Tak silap saya, companynya Peerfly.

Selain Peerfly company yang buat CPA, ada banyak lain. Maxbounty, clickdealer, Triadmedia. Macam macam lah. Kalau anda baru jangan join ni. Susah nak approve.

Company yang saya join ialah Peerfly. Dah kena block pun dari diorang. Sebab saya guna promosi teknik salah.

Selamat saya dapat approval dari Adworks. Ok lah kan.

Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh pergi ke offervault.com

Kat situ, anda daftar dan letak sahaja keyword apa yang anda nak jual.

Nanti akan ada kategory per sale atau per lead.

Anda pilih yang per lead tu. Itu lah offer yang kita duk cerita ni.

Cara nak apply?

Macam saya cakap tadi, dia straight sangat.

Bila apply clickbank, mungkin dia perlukan email dan nama alamat apa tu semua.

Tapi kalau CPA company ni diorang perlukan website atau blog anda yang sudah popular.

Berapa visitor ada. niche apa. nanti anda nak promote product jenis apa. Anda asal mana. Contoh macam Malaysia, ada juga company yang block terus negara kita ni. Tak silap saya, maxbounty.

Lagi apa ye. hah no telepon.

Ada juga company CPA, yang akan call kita di Malaysia ni, nanti kalau diorang tanya. Anda jawab rilek je. Jangan ngelabah, takut tak lepas.

Dia tanya macam biasa, nak guna promosi apa. Berapa lama dah buat bisnes internet macam tu.

Dan semua semua lah. Macam bila anda buat interview.

Kalau anda ada blog yang memang dah establish tak ada masalah lah kot.

Saya sendiri pun sudah apply beberapa kali, tak da pula diorang Call. Tapi itu lah, mungkin sebab ada blog kot. Blog pun untuk yang berbahasa inggeris. Kalau melayu saya tak pasti.

Bila apply, nanti akan ada ruang. macam akan beritahu apa teknik promosi anda nanti.

Bahagian ni, anda kena tulis detail detail. Kalau perlukan 400 patah perkataan, tulis je semua.

Ini akan bantu nanti, kalau dia yakin. Anda pun dah macam hebat orangnya. Dia akan approve ler.

Macam saya 🙂

Ok. itu sahaja kot.

Kalau ada rasa apa apa boleh tinggalkan komen nanti teman jawab.

8. Buat duit melalui facebook

Terima kasih pada bloggerlelaki yang tambah idea untuk point no 8 ni.

Untuk buat duit melalui facebook pun antara cara buat duit yang popular juga.
Saya tak pasti secara detail bagaimana sebenarnya sebab saya tak pernah buat. Mungkin itu sebab saya terlupa nak taruh.
Tapi apa yang saya sendiri buat ia macam ada blog juga. Kita ada platform perniagaan kita. Fan Pages
Tapi fan page sebabkan dia aktiviti dalam facebook, jadi ia akan cepat viral.

7 Cara Bagaimana Buat Duit Dengan Blog (Berserta Contoh)

bagaimana buat DUIT dengan blog

Wokeh, Sebelum ni saya ada buat post cara nak buat blog sendiri. Sekarang, blog dah ada, cuma nak belajar bagaimana nak buat duit dengan blog pula.

Saya ada share teknik asas untuk bantu anda dalam keyword research di sini.

Katakan blog kita dah ada ramai orang. Pengunjung setia pun dah ada.

Sebulan tu, new visitor dalam 3 atau 4 ribu lah senang cita.

Bila mana, jumlah visitor yang tetap dan banyak sudah tidak menjadi masalah.

Bila dah capai tahap macam ni.

Tinggal masa nak buat duit sahaja kan.

Tapi macam mana?

Untuk entri kali ni, saya nak kongsikan 8 cara untuk buat duit dari blog dengan jayanya.

Perhatian, saya tak masukkan contest SEO sebagai cara buat duit di sini, sebab ia bukan nya income yang di anggap tetap. Belum tentu anda menang setiap kali ada contest. Contest pun bukannya tiap bulan.

Baiklah,
Saya akan listkan satu satu dahulu di bawah, kemudian kita akan pergi kepada yang lebih detail beserta contohnya supaya anda lebih faham dengan apa yang saya maksudkan.

Ok, itu dia. Ada 7. InsyaAllah, anda akan dapat rangkumkan berapa jumlah revenue bulanan anda sendiri nanti.

Saya rasa yang 7 point ni ada lebih lagi, tapi selepas beberapa hari juga untuk saya draft, catit catit sebelum buat article ini. Saya rasa saya dapat 7 point ini sahaja.

Kalau ada yang nak tambah, jangan segan segan nak bagi tahu.

1. Sewa sidebar di blog anda

Buat duit cara ni boleh dikatakan normal lah. Semua orang buat blog pasti akan target ini punya.

Walaupun blog dia hanya dia sorang je yang datang. Macam blog saya ni :(. Minta maaf, saya tak ada masa sangat nak promote blog ni. Harap siapa yang dah datang dan terbaca blog saya, kalau anda rasakan penulisan saya dapat membantu idea perniagaan anda.

Saya mohon untuk anda share. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

Baiklah, tak mau sadis sadis. Kita teruskan.
Sewa banner ni bukan sahaja limit di sidebar sahaja, malah di header, footer, dalam post. Setiap kali akhir post pun boleh. Untuk rate harga bergantung kepada webmaster masing masing. Nak letak RM 40 sebulan atau berapa. Atau mengikut posisi iklan.

Atau RM 40 untuk satu minggu. Kalau yang macam ni, saya cadangkan anda guna plugin. tapi saya dah lupa nama plugin tu, tak pa. Kalau nak nanti saya cari kan. Tapi plugin tu siap akan off iklan kita sendiri. Contohnya, kita nak view sesuatu iklan tu dalam masa 1 minggu. Jadi iklan tu akan live selama satu minggu sahaja. Ini penting, sebab kita pun mungkin akan terlupa kan. Jadi, plugin ini akan bantu.

Contoh iklan sewa yang saya biasa perhatikan sejak dulu dulu lagi. Masa tu saya mula belajar buat duit perniagaan internet ni, dalam tahun 2010. Ialah blog daripada Ustaz Zaharuddin.

buat duit dengan sewa sidebarKalau anda pergi blog beliau, perhatikan di bahagian sidebar kiri. Akan ada ruang seperti di sebelah ni.

Bila anda click sahaja banner 240 x 50 tu akan point ke page untuk sewa iklan. Sekarang ni Ustaz tak berikan berapa jumlahnya terus. Tapi dulu, kalau tak silap saya dalam tahun 2010. Kos untuk banner yang kecil dalam RM 50 sebulan.

 

Kalau yang 125×125 size dah RM 50 darab 4 sudah RM 200

Untuk banner saiz lagi besar pun setiapnya ada harga harganya sendiri.

Nasihat saya : Bukan bermaknanya selagi ada ruang tu anda rent tau. Mungkin cukup dalam 2 3 iklan sahaja. Jangan la letak selagi boleh letak. Lepas tu pula jangan letak iklan yang lain daripada niche anda. Contoh macam blog ustad di atas, boleh pula ada pakej web e commerce dekat situ.

Bagaimana nak improve sales? : Untuk improve baik dari segi harga dan jumlah harga sewa anda adalah kualiti visitor anda sendiri. Contohnya, yang biasa kita lihat. Katakan seperti di atas, si tuan punya website pakej web e commerce di atas nak buat iklan di blog ustaz. Dan si ustaz pun bagi dengan sekian sekian harga.

Cukup sebulan, apa jadi? Sama ada tuan punya tuan punya website pakej tu akan teruskan atau pun tidak. Betul tak? Kenapa dia teruskan? Of course, bila ada sales datang dari blog Ustaz ni. Kalau dia tak teruskan? Ustaz Zainuddin akan tunggu advertiser dari yang lain. Bila dia tunggu ni, ini yang problem. Sebaliknya Ustaz Zainuddin harus track sales dari Si Advertiser juga. Ini akan buat si Advertiser lebih happy dan rasa berbaloi untuk terus menyewa iklan dengan Ustaz. Sekaligus akan menjadi penyewa tetap dan income tetap untuk blog ni. Kalau betul betul ok, kenapa tak naikkan harga sewa?

Atau lebih baik, buat iklan income per sales. Maksudnya, katakan si advertiser dalam sales 4x, so Ustaz akan dapat 4x sales commision daripada Si Advertiser tadi. Katakan tak dapat sales. So tak dapatlah si Ustaz ni payment. Ini bagus, sebagai kita orang Islam pun. Dia adanya Win Win Situation. Lebih halal gitu 🙂

Ah, kalau rasa nak lebih exposure atau nak try advertise blog blog di pasaran antarabangsa. Blog blog yang ada impression sampai berjuta juta. Boleh refer dekat website ni, BuySellAds

Seperti contoh, daripada education.com

buat duit dengan banner

Blog yang ada 35 juta impression. Kalau lihat pada harganya, owner website ini dia charge by impression. Jadi terpulang lah macam mana anda pilih.

buat duit dengan impression

2. Buat sponsor post atau review untuk product lain

Sponsor post saya tak pasti ramai yang buat di Malaysia. Tapi kalau di blogger US memang ini antara income utama bagi diorang. Biasa diorang akan charge dalam 200 USD. Paling rendah diorang charge saya 50 USD untuk satu article post review untuk product yang saya jalan kan. Tapi saya lihat idea idea ni sudah mula diaplkasikan oleh blogger bloger daripada Singapore. Di Malaysia pun ada, tapi kurang penekanan. Mungkin sebab advertiser masih lagi tak tahu betapa tingginya potensi post review ni.

Contoh, seperti apa yang anda boleh lihat blog Hafizul Hafiz buat. Dia list kan 10 blogger yang paling ramai pengikut di Malaysia. Dan bila saya lihat purata dalam 20 ribu pengikut setiap nya.

Katakan advertiser reach out diorang ni. Saya rasa product yang paling sesuai untuk ini ialah tuala wanita lah. Sebabkan 9 daripada 10 adalah perempuan. So, kalau company yang buat tuala wanita atau product untuk setel masalah keputihan. Ataupun cara nak mekup, atau pun cara nak pakai tudung.

Boleh selamba je letak diorang ni dalam RM100 atau RM200 untuk bagi dapatkan exposure untuk produt product tadi. Masa ni senang senang boleh dapat view dalam 20 000 kan?

InsyaAllah conversion rate akan lebih baik sebab 20 000 itu adalah pengikut setia blogger blogger ni. Jadi bila diorang ni udah rekemen. Mesti lah lagi ok kan.

Iklan di TV 3 contohnya perlukan ribu ribu tau. Tambah iklan sebaik sahaja Berita Buletin Utama. Rate sewa iklan mendadak naik. Memang lah exposure lebih tinggi. Tapi orang yang tengok tv kena pergi ke komputer diorang kan? baca baca dan maybe akan buat purchase.

Tapi kalau post review ni, sebabkan ia memang nya di internet. so purchase to ibarat maca right away lah orang kata. Sebab memang sudah berada di platform jual beli.

Tak pastilah sekarang dah ada tv yang boleh beli barang dekat screen tv tu. Hebat ye tak.

Bagaimana nak improve sales bagi advertiser? Satu sahaja, pastikan blog audience mereka ni betul betul focus kepada sesuatu criteria atau product yang anda nak sales.

Contoh satu daripada Hafiz listkan di atas ialah blogger daripada Fatin Liyana. Saya pasti ramai yang kenal. Saya baru kenal 3 hari lepas, huhu. Itu pun sebab nak buat post ni.

Dan salah satu postnya tentang Si Fatin ni yang sudah pun berkahwin

Kalau anda perhatikan Fatin siap listkan kat mana dia tempah sejadah, buku yasin dan kad kahwin semua. Siap link kat sekali. Exposure ini yang advertiser perlukan. Saya yakin yang tempahan buku yasin dan sejadah akan skyrocket salesnya.

Dan sebabkan hampir 57k pengikut si Fatin ni. Macam saya cakap tadi, kalau dia rekemen apa apa mesti akan bagi si pegikutnya cair punya. Seperti contoh di bawah:

Untuk post Fatin di atas, saya nampak comment seperti dibawah:

buat comment

Contoh comment di atas, 3 orang ni rasa teruja sebab Fatin bagi madu. Saya pun tak pasti, kenapa Fatin bagi madu. Mungkin sebab nak buang perasaan akan di madukan tu jauh jauh kot. 🙂

Ini faktor yang pengikut si Fatin adalah dalam level yang BAGUS. Maksudnya, kalau si advertiser approach Fatin, minta Fatin rekemen apa apa. Mesti pengikut akan cair punya.

blog comment image

Ini lagi satu, Syu sengkang hada nak sangat si Fatin ni buat travel article. Jadi travel agency, kenapa tak belanja sahaja si Syuhada dan Fatin pergi melancong. Dan suruh diorang blogging pasal ni.

Pasti sales ticket penerbangan ini akan meningkat. Kalau nak buat iklan di TV macam saya cakap tadi, nak buat video lagi. Nak setting camera segala. Nak upah pelakon lagi. Habis habis adalah dalam RM 20 000 paling kurang. Lagi pula tv3 tahu Air Asia pulak yang nak buat iklan. Lagi lah kena tekan.

Sedangkan kalau sponsor post macam ni hanya perlukan?
Fatin + Syuhada / Fatin + Suami tercinta / Syed sorang = RM 300 kos penerbangan pergi balik
Sponsor post untuk Fatin = RM 200

Cost RM 500

haha, betul ke ni. Ntah lah.

Tak payah belanja makan dengan hotel pun tak pa, singgah di airport sana dan balik semula.

Jadilah, jangan terhempas sudah.

Idea ini dikukuhkan lagi dengan data yang saya dapat daripada Google.

Mengikut data daripada Google. di Malaysia untuk tahun 2014 sahaja.

Direkodkan 7 juta orang Malaysia buat belian di internet. Dan antara kategori yang paling banyak ialah dalam niche penerbangan ni. Tempah online lah kira. Lebih awal, lebih murah.

Kedua ialah orang yang tempah tiket wayang secara online. Kalau tak silap saya lah. Lupa dah saya.

Lagi sekali kita teruskan.

blog comment images 1

Kalau kita lihat Cik Nurdani perlukan idea untuk doorgift kan. Jadi si advertiser, apa tunggu lagi?

more comment image

Dua orang di atas pun macam Fatin, nak bagi madu dan siap minta harga lagi. Meriah lah sales si pemadu tadi kan. Tapi tulah. Tak ramai yang nak korek potensi ni.

Si Fatin ni juga seorang Doktor.

buat dengan sponsor article

 

Jadi, advertiser bagi je dia ni test tuala wanita atau panty liner apa ke. (saya tanya tunang saya ni, jangan salah faham, saya tak beraksi di malam hari)

Bila doktor yang try udoh ngate OK, lagi dengan pengikut nye ramai. Lu pikirlah sendiri.

Baiklah, kita teruskan ke no 3.

3. Sertai program affiliate

Ini boleh dikatakan yang paling popular. Di mana, kita tak perlu untuk hasilkan product sendiri. Hanya perlu daftar diri di Marketplace product dan jualkan sahaja product yang ada. Seperti contoh yang paling popular ialah Clickbank, di Malaysia saya tak pasti berapa. Klikjer kot.

Sebab saya ada nampak saudara Titan post di komisyen dari Klikjer

Dan juga review earning dari saudara Hasrul, untuk komisyen dari JObDiRumah

Macam mana nak tingkatkan sales? Pastikan anda jual product yang berkenaan dengan niche blog anda. Seperti contoh, buat blog cerita pasal wordpress. Tapi jual tudung? product hilangkan parut? Berhenti merokok? mestilah tak kan. Sebaliknya product yang berkaitan.

4. buat duit dengan Google adsense atau yang sekapal dengannya

buat duit dengan google adsense

Google adsense ni sudah terima blog bahasa melayu kan? Saya tak pasti lah. Saya rasa ya. Sebab saya tak focus Google Adsense sangat.

Buat siapa yang tak tahu, Google adsense ni iklan daripada Google sendiri. Perlu letak kan codingnya di blog kita. Bila ada orang click, dapatlah duit kan. 🙂

Di Malaysia, Nuffnang. tapi saya tak nuffnang ni adalah lagi ke tak. Sebab saya sudah lama tak menjenguknya. 🙂

Bergantung kepada focus buat duit blog anda. macam saya cakapkan tadi, bila visitor click kita akan baru dapat duit kan. Adalah dalam setengah dollar tu, disetengahkan lagi dollar. Normal conversion rate, dalam 100 orang akan adalah dalam 3 percent yang akan click. dalam 5 ringgit kot. Tinggi dah rasanya tuh.

Tapi anda perlu buat betul betul kaji untuk letak iklan ni. Sebab ideanya macam saya cakap tadi. kena tunggu orang click. Maksudnya, visitor kita akan pergi dari blog kita kan?

Sedangkan kita mahu diorang stay di blog kita kan. Melainkan kalau diorang click link affiliate. Kalau 3 percent tu, ada jugalah dalam RM 60 kalau per commision RM 20. Boleh la juga daripada dapat RM 5 tadi kan. 🙂

Tapi yang pasti, anda study sendiri correlation antara letak dengan tak letak. Kalau anda boleh dapat lebih Conversion rate di affiliate, kenapa perlu letak Google adsense kan?

Atau pun, kadar belian di affiliate anda masih lagi tak meningkat walaupun letak Google adsense.

Kenapa tak letak iklan Google Adsense? Dapat juga tambah 5 hengget. haha

NIlai sendiri… 🙂

5. Buat Service berdasarkan kepakaran anda sendiri

Yang ni ringkas sahaja.
KALAU DAH TAU BUAT BLOG, KENAPA TAK BUAT SERVICE BUAT BLOG ORANG LAIN?

tak perlu yang besar besar pun tak pa. Contoh macam setting HTML pun boleh. Tak pun, macam blog tempat saya yang saya gunakan sekarang ni ( mungkin akan tukar ) kalau anda perhatikan sebenarnya originally adalah di sebelah kiri, tapi saya rasa tak selesa pula. Jadi saya cari theme yang sebelah kanan. Buat meraka yang pandai html ni, kenapa tak cas je sapa sapa yang nak letak sidebar dari kiri ke kanan atau sebaliknya juga kan?

Tapi selamat saya dapat free je. Jimat jimat.

6. Kalau duit blog sudah stabil, Jual terus blog tu

Ini pun ringkas juga.
KALAU DAH TAU BUAT BLOG, BUAT DUIT DENGAN BLOG, JUAL SAHAJA BLOG TU.

Anda boleh jadikan flippa sebagai contoh. Marketplace blog paling popular dunia.

7. Keluarkan Product Sendiri / Coaching

So, anda dah tahu macam mana nak buat blog, anda pun dah tahu bagaimana nak buat duit dengan blog, tiba masa untuk ajar orang lain pula 🙂

Macam mana nak improve sales?
Salah satunya ialah buat case study. Visitor suka case study. Pembeli suka case study. siapa pun suka case study.

Contoh kalau macam niche kita sekarang, macam nak buat duit dengan blog. Anda buat case study post article seperti dibawah:

Bagaimana dengan visitor yang sama seperti bulan lepas 1000 orang, tapi sales yang lebih baik?

Maksudnya disini, visitor akan lebih teruja dengan teknik Conversion Rate yang anda telah buat.

Bagaimana caranya untuk improve bounce rate blog anda?

Bounce rate ialah indicator yang anda dapat dari Google Analytics, ia adalah percentage berapa lama visitor berada di blog anda.

Jadi, kalau bounce rate anda bulan lepas adalah 90%, tapi bulan ni ialah 50%. Kenapa tak share dengan orang ramai. Mesti ramai yang nak tahu. Sebab bila bounce rate rendah, ataupun kadar orang ramai visit blog kita lebih lama. Ini akan buat mereka lebih likely untuk beli nanti.

Seperti contoh satu case study yang dibuat oleh Nielsen Norman, yang dibahas oleh CrazyEgg. Ini recomended dari 2 website yang expert dalam SEO.

Apa yang diceritakan ialah, kita sebagai blogger, perlukan masa 59 saat sahaja untuk yakinkan visitor berada di blog kita untuk stay. Ntah ntah sesudah 10 saat kot.

Sebab ada satu kajian juga, visitor lebih banyak yang scan words daripada membaca secara betul betul dengan teliti. Saya sendiri pun macam ni selalu.

Maksud saya scan words ialah, visitor akan cari perkataan yang hanya tepat pada apa yang dia mahu sahaja. Contoh “buat duit” jadi keyword ini je lah yang dia cari.

Visitor juga, akan lebih focus pada article title berbanding dengan isi yang disampaikan. Maksud saya, kita mesti buat article yang compelling untuk buat visitor anda baca isi kandungan article.

Untuk anda yang betul betul baca post ini dari mula sampai akhir. Terima kasih, sebab dah lebih 59 saat ni. 🙂

Itu sebab, salah satu faktor SEO ialah, internal linking. Kita perlu linking post kita ke post yang lain. Sebab ini akan dapat improvekan bounce rate, dwell time dan pogo sticking. 3 perkara ni saya ada share free ebook yang saya edarkan di post pertama saya. Iaitu, apa itu seo.

Ah sebut pasal SEO.

Dalam SEO ini tidak ada bezanya. Seperti contoh, kita tahu yang SEO adalah teknik yang buat blog kita dapatkan ranking baik di Google kan.

Dan setiap kali si pembeli buat carian di Google, dan setiap kali itulah dia asyik jumpa blog kita di rank pertama.

Saya yakin, lambat laun dia akan buat belian juga 🙂

Berapa jumlah estimate bulanan earning untuk satu blog?

Untuk banner, at least akan dapat RM 400 sebulan kalau anda benar benar focus.

Sponsor post, RM 50 to 200 untuk satu article review. Katakan dapat 2 kali. = RM 150

affiliate – normal product affiliate dalam RM 20 untuk commision. Dalam seratus orang katakan paling rendah adalah 1 sales. So, setiap seratus dapat RM 20.

Kalau visitor 1000? 20×10 = RM 200 at least.

Servis buat blog – dalam 3 atau 400. saya pun tak tahu kenapa mahal sangat. Sedangkan buat sendiri jauh lebih murah.

Product sendiri – Macam ebook dalam RM 100. Coaching dalam 300 ke 500. Bergantung kepada jenis product juga.

Kalau nak estimate di atas memang senang. Sedap je nampaknya. Tapi nak buat nya, seksa juga.

Walaubagaimanapun. Cuba satu satu. Jangan gopoh nak tackle semua.

Tak terkejar tak terlari rezeki yang Allah nak bagi. cewwah.

Focus satu satu dan pada yang satu.

Jadi itu dia, 7 cara yang anda boleh apply untuk buat duit dari blog anda.

Kalau masih lagi tak dapat conversion rate yang baik.

Jangan segan segan email saya 🙂

Apa cara buat duit yang paling mudah bagi anda?