Bukan Sahaja Bounce Rate, Tapi 4 Lagi Perkara Yang Harus Tahu

Baru baru ni saya ada terbaca di blog Kucha Lana definisi dan detailing tentang bounce rate.

Ini dia, bounce rate tinggi, adakah bermasalah?

Dan dalam penulisan saudara Kucha Lana ni, bounce rate yang lebih rendah adalah lebih baik dari yang tinggi. Yup, saya setuju ni.

Tapi bila katanya bounce rate ni adalah kena mengena dengan average session, dan session duration dengan content tu saya tak berapa pasti dah saya tak pernah pula terpikir sampai ke situ.

Kebiasaannya, saya akan lihat nilai bounce rate sebagai total.

Kalau Google Analytics katakan sekian sekian macam dekat bawah ni. Saya fikir yang tu jer.

Berikut merupakan bounce rate untuk blog saya SEO Cara Baik ni.

analyticsseocarabaik

Bagus ke tak 37 percent tu? Bagi saya mungkin bagus, tapi confirm tak bagus,  sebab bukan data tepat yang patut disandarkan.

Visitor blog ni ciput jer. Itu pasal lah..

Pendek kata, saya sejak bertahun dah langsung tak berapa nak kesah pasal bounce rate.

Macam yang Kucha Lana cakap, ia bukan lah tak penting. Dan bukan satu indicator yang khusus untuk bagi tahu blog kita ni ada tak problem dari segi user interaction nya.

Cakap omputih sikit tuh. Maksudnya, kalau user datang blog ni.

  1. Adakah akan di baca sepenuhnya?
  2. Adakah akan dirasakan kualitinya ( oleh manusia )?
  3. Dan yang paling penting, adakah google akan detect kandungan blog kita ni berkualiti (oleh system crawler Google)?
  4. ….dan pelbagai lagi…

Ada beza tau, nombor 2 dengan 3 tu.

Sebab kita nak bagi tahu visitor yang datang yang article kita baguih, lain caranya, lain pula caranya kalau kita nak bagi tahu dekat Google Crawler, sebab Google Crawler tidak berkepala hotak.

Dekat sini saya ada cerita sikit lebih detail bagaimana search engine berfungsi

Benda ni system, ia nya satu programming. Bertindak atau menilai kekuatan SEO untuk sesuatu page itu bergantung kepada apa yang telah deprogram kan.

Situasi yang paling asas untuk faham yang Bounce Rate bukan lah sesuatu yang sangat penting ialah berdasarkan apa yang dimaksudkan oleh bounce rate itu sendiri.

Yang mana…” percentage visitor yang visit satu satu page sahaja”

Kiranya, orang tu masuk blog kita. Dan terus blah keluar dari blog saya. Tak ada pula dia nak click ke tempat lain contohnya.

Ok, sekarang ni.

Cuba bayang kan.

Katakan, ada orang nak cari definisi apa itu SEO.

Dan, orang ni pun jumpa lah blog saya.

Dan di perenggan paling atas sekali, saya tulis.

“ok, untuk tahu apa itu pengertian SEO sila pergi ke blog ni”

Adakah bounce rate saya akan tinggi?

Sudah pasti, walaupun saya tulis panjang berjela. Tapi orang tu tak akan baca, sebab saya dah bagi jawapan kepada persoalannya orang ni awal awal lagi. Dan dia dah pergi dah pun.

Tapi adakah bounce rate saya tinggi dan bermakna performance SEO blog saya kurang?

Sudah pasti tak, sebab dalam penulisan saya masih lagi membantu visitor tadi.

Saya bagi jawapan dekat dia yang, kalau nak tahu tentang SEO pergi ke blog ini.

Orait?

Harap paham lah tu…

Apa apa pun, bounce rate bukan penentu sama ada orang tu baca blog kita ke, atau pun orang tu rasakan blog kita ni berkualiti kea tau pun Google terus detect blog kita ada problem.

Justeru.

Apa pula indicator yang buatkan Google mampu untuk detect sama ada blog kita ni orang ke tak kalau dah bounce rate ini bukan?

OK.

Sebelum tu, bounce rate ni bukan lah totally bukan. Maybe ada terselit faktornya dalam SEO.

Tapi yang pasti, Google memang ada guna indicator lain untuk tentukan kualiti sesuatu penulisan di blog.

Iaitu….

  1. pogo sticking
  2. dwell time
  3. click thru
  4. long click / Short Click

So ada banyak kan lagi.

Mungkin ada yang tak pernah dengar atau sudah.

Tak pa, mari kita sama sama renung renung kan kembali J

Mula dari Pogo Sticking.

Apa itu Pogo Sticking

Pogo sticking ialah situasi yang apabila, ada buat suatu carian di Google, anda pun click lah salah satu result page pertama. Tapi bila dah click dan view blog yang anda click tu, anda akan berpatah balik ke result page tadi. Iaitu kemungkinan besar anda tekan back button pada browser. Atau pun ada buat carian Google sekali lagi..

Sebab? Kemungkinan besar, anda tak dapat jawapan yang anda cari kalau pergi ke blog tersebut bukan?

Dan Google mampu detect situasi ini.

Pogo sticking ialah situasi yang apabila anda buat carian di blog Google, bila dah click “search” mestilah akan anda result blog yang berada di page pertama kan.

Seperti contoh saya cari guna keyword “ apa itu pogo sticking” di bawah:

contoh pogo sticking

Kemungkinan besar saya akan click binablogsendiri kan?

Tapi katakan dalam beberapa saat saya tekan back button untuk berpatah balik ke page result di atas. Dan mula click dan cari lagi, kemungkinan besar saya akan click disqus.com pula.

Dan bila dah click disqus…saya rasa penerangannya bagus dan saya STAY lama sikit.

Untuk situasi ni, pasti anda dapat agak yang mungkin penulisan di binablogsendiri tak ok kan. Kalau tak, kenapa saya patah balik kan. Dan katakana, dalam 100 orang pula yang buat macam ni?

So, Google mampu detect situasi ini. Kiranya, tadi anda pergi binablogsendiri kejap je, terus patah balik. Dan bila click disqus.com anda STAY lama sikit dari binablogsendiri.

Ini lah pogo sticking, lagi rendah lagi OK.

So, Google sekaligus akan detect page dari disqus akan lebih baik

Dan kalau betul lah situasi ni terjadi, lama lama page disqus kat atas tu yang ranking kedua sekarang, pasti akan jadi nombor satu.

Seperti contoh apa yang berlaku pada sorang Expert SEO ni, namanya Brian Dean.

Dia ada buat blogpost, tajuk “how to get high quality backlink”

Sudah mestinya tajuknya mengenai SEO kan. Dan ya memang page itu ranking pertama sekarang.

Tapi entah macam mana, tiba tiba dia detect keyword “how to get high” pun buatkan ranking page how to get high quality backlink ni tinggi juga di Google.

Tak silap saya ranking no 6.

Tapi sekarang cuba anda lihat kat mana page tu sekarang?

Page kedua.

Kenapa?

Sebab Google dapat detect, sudah pasti visitor yang guna keyword “how to get high” rasa quality page itu tak bagus sebab page tu bukan cerita pasal macam nak jadi tinggi, tapi cerita pasal quality backlink SEO. Sapa pula lah yang nak tahu kan.

Sekarang ni, cuba fikir. Katakan kalau kita buat sesuatu system, dan setiap possibility kita nilai dari satu satu tindakan dan arahan sahaja. Pasti tak bagus kan.

Serupa juga dengan indicator SEO Google ni. Kalau dia harapkan Bounce rate dan Pogo Sticking sahaja untuk tentukan kualiti sesuatu penulisan blog itu, pasti tidak berapa tepat kan.

Ok.

Kita pergi ke Dwell Time pula.

Apa Itu Dwell Time?

Saya paste semula screen shot yang atas untuk contoh Dwell Time pula.

contoh pogo sticking

Dwell time ialah kadar visitor daripada search result yang click pada satu satu page sebelum visitor ini kembali semula ke page result.

Contoh, saya click binablogsendiri untuk carian yang saya nak, dan saya pun view page binablogsendiri ni dalam masa beberapa lama.

Dan bila saya return kembali ke search result, masa yang saya view tadi adalah Dwell Time.

Alright?

Apa beza nya dengan Pogo Sticking? Pogo sticking dia lebih precise, sebab detect bukan sahaja visitor pergi ke search result malah sampai click result lain dah STAY. Itu pogo sticking.

Dwell time, sampai kembali ke search result sahaja.

Kalau anda perasan kan, dulu, bila kita buat apa apa carian di Google.

Bila kita dah duk cari cari tu, sampai satu masa dekat search engine aka nada tambahan perkataan ni “block all search result from binabogsendiri” ( contohnya )

Saya memang ada perasan dulu, tapi tak pasti bila.

Kenapa macam tu? Sebab Google boleh detect yang kita ni macam tak puas hati je dengan result page dari blog tu. Jadi itu sebab, Google terus bagi option pada user untuk terus totally block search result daripada nya.

Alright?

Tapi sekarang saya tak pasti ada lagi ke tak…Macam tak…

Mengikut kata Ann Smarty, antara mungkin puluhan Pakar SEO pempuan yang saya kenal katanya macam tak.

Kalau anda baca page Ann Smarty tu, tulisnya mesti sekurang kurangnya 1 minit, untuk Bing detect sesuatu page itu berkualiti. Google pula mesti sekurang kurangnya 2 minit. OK, yang ini jangan terlalu rely on sangat. Tak perlu takut, tak perlu kesah sangat……Hanya focus pada kuality article sahaja. Insyallah semua setel.

Saya boleh pergi lebih detail tentang bounce rate dengan dwell time lagi ni, tapi saya simpan untuk post baru saya sahaja. Kita focus point by point sahaja dulu di sini ya.

Click Thru rate pula

Click Thru rate yang dimaksudkan di sini ialah di search engine result.

Saya guna screen shot yang atas lagi lah…

contoh pogo sticking

CTR ialah percentage visitor click atau pilih blog kita di search engine result macam kat atas.

Contoh, kalau nak diikutkan normal orang akan lebih click binablogsendiri seperti di atas untuk dapatkan jawapan kan. Sebab? Dia yang paling pertama.

Tapi tak tentu juga. Sebab kita boleh kawal dengan penggunaan title yang lebih menarik atau yang lebih menangkap pembaca.

Seperti contoh tajuk yang digunakan di atas ialah:

Apa itu Pogo Sticking Problem | Bina Blog Dot Sendiri

Apa itu Masalah Pogo Stick & bagaimana Cara untuk…

Pogo Stick – Wikipedia, the free encyclopedia

Jadi itu dia.

Adakah penggunaan tajuk artikel itu terbaik? Saya tak berani nak kata tidak, mungkin webmaster tu rasa tak perlu kot. Janji dah boleh ranking, dan memang ya dah ranking dah pun.

Namun kalau nak diimprove kan lagi.. Mungkin boleh guna ayat seperti dibawah sebagai tajuk..

Maklumat Lengkap Apa Itu Pogo Sticking, dan 4 yang lagi….

Saya tak pasti anda, tapi visitor akan lebih nak click kalau meraka Nampak sesuatu penerangan tu adalah solusi yang lengkap atau terakhir untuk diorang tahu supaya tak perlu mencari di tempat lain lagi.

Dan juga tajuk yang macam ada macam sifat curious sikit. Seperti yang saya letak 4 lagi tu. Apa pulak yang empat lagi kan? Serupa macam tajuk yang saya guna kat article ni juga.

“Bukan Sahaja Bounce Rate, Tapi 4 Lagi Yang Harus Tahu”

Saya guna title ni sebab ramai orang kita macam cukup arif dengan Bounce rate, tapi tak ramai pula yang duk cita pasal yang pogo sticking ke apa. So title saya ni macam kasi shock sikit lah.

Yang insyallah akan likely akan lebih diclick.

Untuk cerita pasal tajuk ni, memang banyak boleh dihurai, untuk tips yang selebihnya anda cuba jangan buat macam contoh no 2 di atas. Dimana tajuknya terlebih daripada apa yang ditunjukkan oleh Google tu. Tak bagus tu…

Ah sebelum saya terlupa, Meta Description juga membantu untuk CTR, ia menguatkan lagi orang untuk click website anda di search result macam atas tu.

Meta description juga membantu revelensi search carian juga, kalau anda perasan katakana keyword yang kita guna di kotak search box tu, kalau sama dengan apa yang ada di meta description ia akan bold kan.

contoh meta description

So, ini buatkan MATA visitor akan lebih tertumpu ke arah itu, yang kemungkinan besar mereka akan lebih nak click blog kita.

Long Click dan Short Click Pula.

Untuk pengertian anda, dua ni anda mesti rasa sakit hati sikit sebab macam Dwell time dan Pogo Sticking yang atas pun ada.

Saya pun rasa macam tu tapi lama juga saya cari kat tenet takut takut ada ayat yang mengatakan Dwell time itu ialah short click. Tapi tiada…

Sebab short click ialah tindakan apabila visitor dari search result, click pada mana mana blog di search result dan kejap sahaja terus patah balik ke search result semula. Kiranya, nak bagi tak puas hati dengan blog mula tadi lah ni. Macam Dwell time kan?….

Long Click pula, macam tadi juga, dari search result. Click pada mana mana blog di SERP. Dan terus stay lama di situ. Kira nya tak patah balik semula ke search result dalam masa yang dekat.

Pendek kata, long click ni paling bagus untuk Google detect sama ada visitor puas hati ke tak, yang sekali gus menunjukkan kualiti isi kandungan sesuatu blog tersebut.

Yang kemungkinan besar juga akan juga naikkan ranking blog yang macam ni…

Ok? Setel? Saya dah habis merepek dah ni….

Last word.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan secara lumrah tak semestinya kalau kita pergi page pertama di search result dan berpatah balik ke page yang lain menandakan yang page pertama tadi confirm akan losing trust dari Google.

Sebab banyak situasi orang ni. Tak semuanya sama, walaupun indicator tu boleh kita klasifikasikan sebagai cara yang terbaik untuk Google detect quality sesuatu article. Tapi ia masih lagi bukan yang palinnnnnng tepat.

2 cara untuk improve lump sum semua idea di atas..

So tadi. Kita tahu bounce raye. Pogo sticking dan sebagainya.

Tanpa perlu tahu begitu sangat detail, anda hanya perlu buat 2 bende ni sahaja setiap kali buat article.

  1. Jangan lupa internal linking. Bila kita buat internal linking sebenarnye ia membantu untuk long click. Sebab pencari tidak berpatah balik ke Google. Ok mungkin dia akan pth balik juga. Tp at least kata dapat data sikit yang pasti akan berlaku long click sikit sebb kita dah letak internal linking.

Dengan internal linking saya percaya idea ni akan setel semua problem di atas. Kecuali CTR

  1. Fokus pada quality article. Mungkin agak subjektif bunyinya. Tapi memang ini sahaja jawapannya. Buat article yang bantu orang lain, jangan sekadar nak piki periuk nasi sendiri je. Cewwah, ada sedikit marah di situ…

Ah lagi satu quality yang saya masudkan di atas bukan pada articl sahaja malah termasuk kuality blog.

Salah satu contoh ialah bila saya masuk blog nye mesti sekurang kurang 5 pop up untuk saya pangkah kan. Saya tak pasti anda. Tapi terus terang saya menyampah kalau macam tu. Buang masa dan buat handphone saya blur

Mungkin, article ni akan buat anda keliru sikit, sila tinggalkan komen atau contact saya. Nanti saya akan tambah sikit point bila balas….

Ataupun kalau dah paham sangat, antara banyak banyak factor atas, yang mana anda rasa factor yang paling kuat mempengaruhi mutu penulisan kita oleh Google atau SEO khas nya?

Bounce rate? Pogo sticking? Dwell time? And bla bla….

11 Cara Tingkatkan Ranking Tanpa Perlu Backlink Lagi

tingkat seo website

Teknik seo ni sesuai diaplikasikan untuk mereka yang perlukan ranking dengan mudah dan juga untuk ranking keyword yang agak sukar untuk anda dapatkan backlink.

Mungkin tiada tempat untuk anda dapatkan backlink yang relevant ataupun, anda rasa anda nak focus kepada satu satu post ranking sahaja.

Seperti contoh, salah satu contest seo yang hangat berlaku sekarang ialah yang ditaja oleh Lynk.my.
Anda bukan nak selamanya ranking keyword tu kan.

Jadi teknik teknik yang saya akan share ini mungkin ada sikit guna nya untuk anda manipulasi ranking anda untuk seketika.

Alright, without further ado. Let’s get started 🙂

Saya listkan dulu, apa point pointnya. Dan kita akan pergi lebih details satu per satu untuk mana yang jarang jarang anda dengar sahaja. Saya pasti anda pernah dengar ke tak. Saya anggap je la apa yang saya rasa ye tak 🙂

1. internal linking – ada 2 teknik internal linking yang anda boleh buat
2. aplikasikan fungsi no follow tag
3. linkout to authority sites
4. word counts
5. google suka blog yang update
6. alt image – jangan lupa buat
7. letak video yang berkuality dan relevant dengan topic artikel anda
8. url pendek dapat memudahkan crawler datang ke site anda – tapi tak significant sangat kot
9. jangan lupa apply h1, h2, h3 and so on. tapi cukup samapai h3 sahaja
10. structured data – schema
11. improve webpage speed

1. Buat internal linking dengan betul

Saya pasti anda tahu apa itu Link Juice.

Link juice adalah “ranking value flow”. Link juice kebiasaannya di seratakan atau dibahagikan dengan internal linking.

Bila link juice pass through ke sesuatu page lebih daripada page yang lain. Page itu akan ranking lebih lebih baik.
Seperti contoh, anda ada 4 backlinks point to page A. Dan ada 2 backlink point page B.

Yang mana page yang akan dapat ranking lebih baik? Sudah pasti page A.

Sebab backlink yang dibawa lebih banyak yang membawa maksud lebih kandungan link juicenya.

Katakan pula, ada page C yang juga ada 2 backlink, dan page A tadi yang ada 4 backlink, buat internal linking ke page C pula. Seperti contoh di bawah:

cara meningkat seo website

Sudah pasti Page C akan lebih tinggi ranking sebab Page C dapat serap lebih link juice daripada page yang lain. ( Secara teorinya lah, banyak lagi faktor kalau betul betul nak consider ranking )

Di sebabkan principal search engine ranking sudah memang macam ni.

Kenapa tak, anda cari post atau page di blog anda yang ada banyak backlink, linkkan sahaja ke page yang anda nak dapatkan ranking?

Persoalannya bagaimana nak cari webpage anda yang ada backlink lebih banyak dari yang lain?

Teknik SEO Untuk Internal Linking Cara Pertama

Method 1: Guna top content daripada Ahrefs.

Katakan sekarang saya ambil contoh untuk analisa website dari Yoast SEO dengan url https://yoast.com/seo-blog/

Ahrefs seo tool

Seperti anda lihat, url ni ada jumlah backlink seperti dibawah.

ahrefs teknik seo tool 1

Tapi yang mana satu webpage yang ada backlink lebih banyak? Di bahagian content tu, click “top content”

cara tingkatkan seo blog

Bila saya click, ia akan list semua pages daripada blog yoast beserta dengan jumlah backlinknya sekali.

seo tool untuk blog

Anda sort kan dahulu untuk kotak merah di atas. Dan WALLAH……itu dia. Tak pelek pun kalau plugin dia dapat lebih banyak backlink kan.

Perhatian juga jumlah Social sharing. itu pun salah satu signal link juice. Jadi, carilah juga page yang ada banyak vote dari Social Sharing. Internal linking kan juga. Alright?

Method 2 – Ahrefs dia tak mampu untuk kesan semua blog.

Tambah lagi kalau blog yang tak popular macam saya. Untuk ini, anda hanya perlu pilih satu satu kalau tak bosan. ALright lgi…

APA APA pun, bila buat internal linking. pastikan ia relevant anchor text. Jangan guna exact match.

Teknik Internal Linking Ke 2

Tadi kita cari yang backlink banyak di page kita kan? Sekarang kita cari post yang paling tinggi di search engine yang saya consider sebagai post yang paling popular lah.

Kalau anda memang betul betul tracking keyword rank anda menggunakan SERPBook atau seangkatannya memang tak da masalah lah. Ini bermaksud anda memang update dengan ranking blog anda. Dari sini, boleh terus sahaja buat internal linking.

Tapi untuk yang tak pasti.

Anda pergi ke Google Search Console.

google search console

Di bahagian tepi tu, click “search traffic” –> click “search analytics”
Active kan Clicks, Impressions, CTR dan Position seperti yang anda lihat saya buat di atas. Scroll bawah sikit.

google search console search analytics

Seperti di atas, blog post “apa itu seo” saya yang paling banyak tinggi CTR. Click thru rate. Anda perlu sortkan dahulu.

Dan apa tunggu lagi, buat internal linking di page anda yang paling banyak pengunjung. Pastikan internal linking di bahagian atas, atau 100 patah perkataan perenggan terawal anda.

Apa beza internal linking dari backlink yang banyak dengan internal linking dari post yang popular?

Jawapannya adalah link juice untuk yang pertama, kedua ialah blog engagement.

Blog engagement adalah satu faktor penting untuk ranking seo. Kalau anda mampu buat visitor anda pergi ke page lain, sama ada dari thumbnail dari sidebar atau di mana, ranking anda akan lebih baik.

Dalam case ni, internal linking adalah yang paling dekat dengan visitor sebab ini tempat diorang baca kan. Ia akan membuktikan kepada Google, yang blog page anda ada kuality, sebab berjaya tarik minat pembaca untuk terus baca di blog anda. Berbanding dengan bila mereka sampai sahaja di blog post anda diorang terus akan pergi keluar ke tempat lain kan.

Anda mungkin tak perlu guna teknik ini untuk cari yang paling popular sebab belum tentu tak ranking, visitor tak banyak kan. Sebab kemungkinan juga anda dapat traffic banyak dari social sharing contoh macam facebook.

Untuk itu, saya sarankan anda gunakan indicator “user flow” daripada Google Analytics seperti yang saya tunjukkan di bawah:

user flow screen shot dari GA

Click di bahagian User flow, anda akan dapat lihat page mana yang paling banyak visit untuk anda letakkan internal linking.

PASTIKAN IANYA RELEVANT.

Wokeh, setel di internal linking. Sekarang kita pergi ke teknik kedua pula. Iaitu No Follow tag

2. Advantage dengan no follow tags

Saya lupa nak cakap, yang kita bahagi bahagikan link juice tadi, hanya bila link tersebut bersifat do follow.

Kalau yang no follow, ia adalah option dari Google sendiri untuk kita TIDAK pass kan link juice ke page yang lain. Kebiasaannya anchor text yang luar daripada domain anda.

Jadi, mungkin di page popular tadi, anda perlu untuk linkkan ke domain yang lain kan. Kalau anda tak buat no follow, link juice nya akan separate ke domain tersebut. Jadi anda buat no follow tag pada url tersebut untuk Google Crawler detect sebagai, tak perlu pass link juice ke url atau domain yang lain.

Caranya adalah edit code anchor text seperti dibawah

<a href=”http://www.website.com/” rel=”nofollow”>Link Text</a>

Tambah no follow kan. Kalau kita nak edit setiap kali nak buat, memang leceh. Lagi nak cari code nofollow ni lagi.

Lagi nak click itu ini. Takut tersalah buat.

Untuk itu, supaya lebih mudah, anda guna plugin ini. No Follow Tag

Apa yang plugin ini buat, ialah setiap kali anda nak buat internal linking atau click “insert link”. Ia akan tambah satu kotak kecil untuk anda tick untuk tambah coding no follow tag atau tidak. Seperti dibawah:

no follow plugin

Ah pastikan anda limitkan url di sidebar, di footer ke page page yang lain. Sebab ini juga akan pass link juice yang dapat ke sesuatu page. Tapi kalau anda dah letak internal linking anda di perenggan yang pertama ia sudah memadai. Sebab nanti kalau anda edit semua takut ada page yang kena di index pula sebab Goog Crawler tak dapat detect. Kalau terlampau ekstrem Page Rank pun akan turun.

Sebab internal linking di pereggan pertama lebih baik internal linking di perenggang yang bawah nya. Sebab crawler Google jumpa link itu dahulu. So, kemungkinan ia akan pass juice lebih berbanding dengan anchor text yang di akan jumpa selepasnya.

3. Linkout website yang lebih tinggi nilai authoritynya

OBL, out bound link. Ini normal, linkout to authorities bila ianya relevant. Tak perlu buat no follow tag. Sebab google akan detect anda macam berat sebelah. Buat sahaja do follow.

Tapi tak perlu banyak.

4. search competitor anda buat article lebih panjang

Faktor ini saya biasa sebut. Lihat competitor anda, tengok articlenya berapa patah perkataan.

5. pastikan anda update blog anda

Google, suka post yang update. Pastikan anda update, tambah tambah ayat ayat sikit dekat post itu dan buat new post.

6. jangan lupa aplikasikan alt image

Jangan lupa, gunakan LSI keyword untuk alt image anda. Anda juga di galakkan untuk guna LSI di perenggan pertama untuk tambah revelansi pada Google.

7. letak video untuk tinggikan bounce rate

Selain daripada anda mampu buat visitor click anchor text anda yang saya cakapkan tadi disebabkan faktor blog engagement mampu tingkatkan ranking.

Kalau anda buat visitor anda lepak lama di blog anda juga boleh bantu ranking. Letak lah video atau sebarang quiz untuk visitor anda sertai.
Letak lagu? boleh juga kot. Tak pun, letak game.

Dulu zaman zaman masa ada lagi friendster, saya memang sengaja datang ke profile kawan saya. Bukan nak baca update friendster dia.

tak ingin pun.

Jantan kot.

Gemuk pulak tu.

Tapi sebab ada game snooker. 🙂

8. pastikan url anda pendek

saya perlukan penjelasan lebih untuk ini secara detail. Tapi tak pe lah. Lain kali. Setting permalinks anda.
10. jangan hanya focus pada backlink, tapi juga pada social sharing.

Google plus jangan lupa

Ya, jangan hanya facos pada backlink. Post kan page anda ke Google Plus atau facebook mintak diorang vote. Manusia ni makin tua makin manja, semua nak kena suap. buat sendiri tak nak. Jadi suap diorang dengan send di facebook profile anda sendiri untuk diorang LIKE. ah jangan lupa like post saya juga kan.

Sapa tak like, dia orang tua.

9. jangan lupa h1, h2, h3.

Title mesti h1.

Lepas tu, h2 pula dengan subtopic header anda.

H3 detail detail yang mana anda rasa sesuai.

jelas kan?

UPDATE

Saya update bahagian ini sebab ada yang minta. terima kasih. 🙂

Jadi, ianya macam ni, h1, h2, h3. Biasanya sampai h4 sahajalah. Tapi sepanjang saya hidup buat blog ni. Saya akan focus sampai h3 sahaja.

Code ni boleh dikatakan macam sequences untuk Google crawler detect keyword structure di blog kita.

Setiap h1 sampai h4 itu kalau di lihat dari segi fizikal size lah kan. h1 word yang paling besar yang biasa kita letak sebagai title. Macam saya punya punya title ni “11 Cara Tingkatkan Ranking Tanpa Perlu Backlink Lagi” ini saya set sebagai h1.

Kalau anda view secara code html ia akan jadi macam ni:

<h1>11 Cara Tingkatkan Ranking Tanpa Perlu Backlink Lagi</h1>

Kalau di perhatikan ia akan mula dengan <h1> akhir dengan </h1>, ada slash( / ) tu kan. Itu biasa lah. Kalau semua code html dia akan end kan code tu gunakan tambahan slash tu.

Kebiasaannya, title ni memang setiap theme sudah set sendiri. Jadi anda tak perlu tukar apa-apa.

Yang problem ialah, anda kena buat sendiri h2, h3 dan h4. Macam saya cakap tadi, kebiasaannya saya buat sampai h3 sahaja.

Kalau anda perhatikan, tajuk kedua saya yang saya besarkan di atas ialah “1. Buat internal linking dengan betul”

Saya preentscreen kan image nye kat bawah dalam kotak oren ni.

contoh cara nak guna h1 dan h2

Macam saya cakap tadi, title kita sudah memang biasa H1, sekarang kita nak cari sub title untuk kita buat h2 pula. Dan yang tajuk di atas ini yang saya buat h2.

Bermaksud, kalau kita lihat dari segi html code, ia akan jadi macam ni.

<h2>1. Buat internal linking dengan betul</h2>

Alright?

Cara nya ialah, anda pilih sahaja satu option di bahagian atas bila anda nak edit atau buat posting. Seperti yang saya screen shotkan di bawah:

bagaimana nak buat h1

Seperti di atas, pilih sahaja “paragraph, dan pilih jenis Heading ( h1, h2 and so on ) yang anda prefer. Lepas dah siap, jangan lupa Update post 🙂

Sekarang anda dah buat. Bagaimana nak check dan confirm kan?

Caranya, ada dua.

Saya biasa guna cara yang pertama sahaja. Iaitu, bila anda layari blog anda tu. Right sahaja dan “view page sources”, tak kesah la chrome atau mozila.

Macam contoh saya buat kat bawah ni saya guna Chrome.

check page sources

Bila sudah click “view page source” di atas. Akan terpampang lah berlambak nya coding coding kan. Tak perlu check semua satu satu.

Anda hanya perlu “control-f” untuk search. Dan dalam box tu anda letak kan “h1” atau “<h1”, nanti click sahaja next neck sampai anda jumpa macam saya screen shotkan bawah untuk confirmkan yang apa kita setting tadi berjaya.

setting h1

Anda boleh cuba dengan h2 dan seterusnya.

Sekarang cara ke dua pula. Kita guna tool free.

Ini free tool yang saya maksudkan, seoreviewtools.com/html-headings-checker/

Di sana nanti, masukkan Url post anda, bukan url domain tau. Dan search.

Anda akan dapat result seperti dibawah:

contoh heading h1 h2 h3Itu semua heading h1 h2 yang saya setting untuk post ini. h1, h2 dan sebagainya.

Supaya? Supaya Google dapat detect relevansi keyword kita dengan mudah.

Sekarang saya nak tambah lagi satu point:

Apakah cara terbaik untuk gunakan heading tag ni?

Biasa mesti orang guna exact match title kan sebagai heading mereka. Tak kesah lah untuk H yang berapa pun. Itu sebenarnya ok juga. Tapi tak digalakkan. Sebaliknya anda tambah modify word atau added word untuk nampak lebih natural dan mesra sikitlah dengan Google, tak nampak macam nak game system dia sangat.

So cara dia. Saya ambil contoh “contest review lynk.my 2015” tukar kepada

<h2>Kenapa Anda Mesti Sertai Contest Review Lynk.my 2015?</h2>

Kalau anda perhatikan, orang nak baca pun tak rasa pelek.

Ok lah, saya rasa itu sahaja kot.

Sebenarnya ada juga teknik untuk anda buat pemilihan penambahan modify keyword tu. Maksud saya bila saya tambah “kenapa anda mesti sertai…” tu.

Kita tak boleh tambah ikut suka hati sahaja. Ada sebab kenapa untuk anda buat pemilihan macam tu.

Tapi tak pe lah. Lain kalau saya cerita. Untuk ini, saya harap jelas.

terima kasih pada yang bertanya.

10. Aplikasikan Structured data. Schema

Schema Structured data adalah kolaborasi antara Google, Yahoo, Bing dan Yandex. Kenapa diorang ni buat kolaborasi? Sebab nak seragam kan lah.

Ini adalah, indicator untuk Google dan search engine yang lain lain, lebih faham isi kandungan blog anda.
Adakah anda buat post video, adakah anda buat blog review, adakah anda buat article, adakah blog post anda focus pada search local traffic.

Setiap jenis jenis post ada structured data, atau nak lebih mudah codingnya yang tersendiri.
Supaya Google lebih faham isi kandungan anda.

Kalau anda perhatikan di search engine, kadang kadang ada 5 rate star kan. Ini sebab dia guna structured data untuk review product. Google tambahkan coding yang tunjukkan rating star ini.

Kadang kadang ada juga yang terpampang muka Si polan itu untuk structured data yang jenis Author. Seperti yang saya buat di about me page saya.

Baiklah. macam mana nak setting structured data?

Cara pertama guna tool dari Google sendiri.

Nanti dah siap anda test dekat tool ni.

structured data schema untuk seo

Click mana yang anda rasa sesuai. Movies ke, book reviews ke. Product ke. Event ke.
Hah kalau yang event tu kan. Dia akan nampak macam ni di search engine:

contoh structured data untuk event

Maksud saya yang tarikh tarikh tu, Thu, Nov 20 dan seterusnya 2 lagi tu.
Baiklah saya pilih “article” dan salah satu post di blog saya seperti dibawah, saya dah click start tagging di atas tau.

testing tool structured data

Sekarang kita akan set di bahagian tepi kanan tu.

Name = tajuk article
Author = Name Teman
Date Published dan segalanya.
Image tu, bukan muka teman. Tapi gamba kopi o tu.

Caranya, hanya perlu highlightkan saya tajuk di 7 cara buat duit dengan blog di atas. Nanti akan ada satu pop up muncul.

contoh masukkan code structed data dalam article

Seperti di atas, saya click je lah “name” sebab itu untuk tajuk. Bukan nama saya.

Dan bila anda click, di bahagian tepi kanan akan ubah lah dari Name = kosong ke tajuk yang saya telah pilih. Seperti apa yang saya buat di bawah.

buat html untuk structured data

Hah tu, saya dah buat sampai kopi o. Kalau anda ke bawah sikit Kopi O sebelah kanan ni akan ada button add missing tag.

add missing tag untuk structured data

Click sahaja untuk anda masukkan url. Sebab kita boleh highlight dan pilih kategori mana hanya di area web page sahaja. Area url kena guna add missing tag ni.

tambah url guna add missing tag button

Macam di atas, pilih URL dan letak url anda. Click save.

Tak perlu isikan semua. cukup yang ni kot.

Terus sahaja click button create HTML dan nanti akan ada satu page yang beritahu untuk kedudukan mana dan code apa yang anda harus letak.

Saya tunjuk je cara ni. Tapi tak guna pun.

Sebab saya guna plugin ni. All In One Schema Rich Snippet

Ada banyak plugin lain, tapi buat masa ni saya rasa paling senang plugin ni. Sebab dia ada option untuk kita letak gambar. Plugin ini juga ada lebih banyak jenis structure data dengan dengan plugin yang lain. Contoh macam Structure data untu Recipe untuk siapa yang buat blog makan makan.

Bila dah install, activate kan sahaja. Di dashboard plugin ni anda boleh setting setting juga. Tapi saya teruskan sahaja apa yang default.

Di bahagian post nanti, akan ada box seperti dibawah, Configure Rich Snippet. Untuk case kita. saya pilihkan sahaja untuk article seperti dibawah:

setting rich snippet

Isi sahaja ruang seperti dibawah:

setting untuk tingkatkan ranking seo

Last one. Pastikan webpage speed anda laju.

11. Improve Webpage speed blog anda.

Anda boleh gunakan W3 Total cache dan Smush it untuk squeeze gambar anda.
Pastikan anda tahu width post area anda. Macam contoh saya, image image yang saya letak di atas, saya cuba untuk limitkan dalam 650 px sahaja.

Sebab itu maksimum width post area saya boleh pergi. Kalau anda buat lebih. Contoh macam 900px. Dan walaupun anda set kan image anda hanya view size dalam 300px persegi. Kesan dia akan sama juga. Sebab original size gambar adalah besar.

Anda juga kena pastikan guna social sharing bookmarking plugin yang OK. Sebab antara sebab utama speed ganggu adalah dari plugin ni.

Tak pe lah.

Nanti, kalau ada masa saya akan buat video bagaimana untuk speed up kan webpage blog.
Saya tengah cari microphone sebab yang original daripada laptop ni garau bunyinye.
Lain kali lah ye.

Baiklah, apa apa pun terimas.