Advance Keyword Research Plan Strategy

Serba Sedikit Cara Buat Keyword Research ( Advance Mode )

keyword research pasaran luar negara

Semalam, ada kenalan yang baru beli produk untuk berniaga online yang harganya mencecah hampir RM 500.

Dan dia minta saya komen sikit dengan keyword yang dia cuba untuk ranking.

Dan keyword tersebut ialah “gps running watch”

Hari ini kita sembang direct sahaja supaya saya tak nak anda ulangi kesalahan saya yang lampau.

Sebenarnya sampai sekarang pun kadang kadang saya masih lagi tersilap bila buat keyword research, walaupun dah bertahun dan hampir setiap bulan saya buat keyword research.

Termasuk lah dengan Cabaran RM 1000 sebulan yang saya plan di blog ni.

So, macam sudah pasti kita akan salah bila keyword research. Mungkin didorong oleh sikap yang tak sabar sabar nak dapat kan duit sangat kan. Tak pun, sikap yang rasa, “alah boleh lah ni, boleh ranking punya, tak pe lah, kita tengok dulu”……..Ni bukan kata orang lain tau, diri saya sendiri yang rasa macam ni.

Berbalik dengan keyword “gps running watch” tu, bila beliau tanya saya, saya perasan beliau ada rasa sikit kecewa dengan apa yang saya balas.

Saya minta maaf tau. Sebab terpaksa cakap macam tu. Tak pe lah, terasa lah dulu, nanti lepas setahun akak mesti akan teringat saya dan rasa apa yang saya bagi setahun yang lepas ni betul.

Pernah dengar pepatah inggeris? berbunyi…..Syed, the man you can trust… huhu

Sebab kalau kita buat keyword research salah, yang lain selepas itu apa yang kita buat pasti akan big failure punya.

Percaya tidak kalau nak ranking untuk keyword di atas tu memerlukan masa lebih dari setahun?

Mungkin ada tak percaya, mungkin ada yang percaya.

Yang percaya, terima kasih sebab percayakan saya,

Yang tak percaya, terima kasih juga,

Sebab sebenarnya keyword tu confirm akan ambil masa bertahun untuk ranking di google.com ( US Market )

Confirm.

Kalau ada yang boleh ranking kurang daripada setahun, dan ianya datang dari Malaysia. memang saya solute, sebab dia memang hebat.

InsyaAllah, sama level dengan Expert SEO macam Neil Patel, Brian Dean dan Rand Fishin, dan ramai lagi.

Tapi saya percaya, kalau lah yang 3 orang expert seo itu pun, dia tak akan buang masa untuk ranking keyword ni walaupun mampu. Sebab? BUANG MASA

Dalam post  saya yang sudah, satu pun tiada focus tentang pasaran luar negara?

Kenapa? Sebab ianya terlalu competitif. Bukan senang nak ranking di Google.com

Keyword research kalau buat 2 3 jam memang tak cukup. Saya pernah buat keyword research dekat 1 minggu. Sebab, bukan senang.

Eh jap, yang saya cakap 1 minggu tu bulan lah berejam ngadap komputer setiap hari pasal benda sama, tapi tempoh nye lah. Kiranya brainstorming lagi, saya masuk keje semua lagi.

Maka, rasanya elok saya share cara untuk anda buat keyword research, andai kata anda masih lagi nak teruskan berniaga di luar negara. Ini serba sedikit pengalaman dan pengetahuan saya.

Sebelum kita pergi lebih detail, saya akan bahagikan plan strategy ni kepada 4 bahagian.

Pertama – Bila Boleh Ranking
Kedua – Research Market
Ketiga – Testing
Keempat – Pergi Step Kedua Semula

Sebenarnya, 4 step tu tak pula saya guna pun. Tapi saya sengaja bahagiakan begitu untuk anda lebih faham overviewnya.

Alrite, kipidap..sekarang kita pergi satu satu penjelasan 4 hal tu.

Pertama – Bila Boleh Ranking?

Ini penting, target mereka yang biasa buat SEO di luar negara ialah 6 bulan.

In fact ( cewah nak in fact in fact pula ), case study challenge yang Neil Patel buat dekat blog dia, bukan RM 1000 sebulan macam saya buat, tapi 100 000 USD in revenue katanya. 2 3 bulan pertama memang tak akan ranking punya. Sebab? Sebab Google Sandbox dan macam macam lagi.

Google tak akan senang senang bagi blog kita ranking, tambah lagi kalau blog kita memang nampak sangat nak menjual barang amazon. Blog mesti ada value kepada user, kalau setakat nak jual barang memang susah nak ranking punya.

Dan untuk dapatkan ranking dalam tempoh 6 bulan. Ada beberapa perkara yang saya boleh tulun.

Pastikan PA kurang daripada 25

DA tinggi tiada masalah (depends juga), asalkan tiada keyword title yang sama, seperti contoh kita sekarang “gps running watch”. Kalau ada keyword ni dekat page pertama, henti kan lah.

Tengok list page pertama tahun website tersebut di bina. Kalau semuanya 10 tahun tiba tiba blog awak yang baru umur setahun jagung nak compete dengan diorang? logik ke tak logik? so henti kan ler.

Kalau jumpa website amazon di page pertama? Lagi lah hentikan lah. tambah lagi kalau harapkan semata mata blog walking untuk backlink.

Kalau jumpa web authority di page pertama? lagi lah kena hentikan hasrat tu. Tak kan boleh lawan punya. Website macam ni, belanja ribuan dollar untuk ranking.

Contoh macam Amazon, saya lupa dah siapa. Tapi yang upah buat SEO Amazon tu cost nya at least 10 000 USD per month. Sekurang kurangnya tau.

Tiba kita pulak, yang modal tak sampai RM 500 nak out rank diorang? Amboi…

Kedua pula..

Research Market – cara yang terbaik untuk ranking di US adalah?

Guna keyword yang pelek.

Maksud saya keyword yang tak biasa orang guna.

Seperti contoh, katakan keyword gemuk. Saya pasti ramai yang guna keyword “gemuk” berbanding keyword “berbadan besar”. Betul tak,

Serupa juga dengan

Debab

Badan macam tong drum

obesity

makan kuat

ngabehkan boreh ( menghabiskan beras di taman )

 

Maaflah, mana yang terasa, saya rasa macam gumbira pula brainstorm keyword gemuk.

Tapi itu yang saya maksudkan, ANTARA yang terbaik untuk ranking keyword di US ialah menggunakan keyword yang jarang atau yang tak biasa di gunakan oleh orang ramai. Walaupun ia lebih kurang competitive, yakni cariannya mungkin sikit. Tapi jadi lah, daripada tak da lansung.

Ada orang kata, cari keyword long tail kan.

Hehe, idea guna keyword longtail ni boleh kata lapuk bagi saya. Tapi still boleh lagi lah, even saya sendiri guna keyword yang panjang dalam 5 perkataan untuk ranking.

Cuma sekarang ni, bukan senang juga untuk ranking guna long tail keyword di sana.

So, pandangan saya, yang terbaik kita cari keyword yang tak biasa digunakan juga.

Faktor Long Tail + Keyword Pelek  = Lebih Baik ler…

Nak cari macam mana? Nanti saya share kat bawah. Tapi tak banyak sangat tau. ni pun dah 1000 words

Ketiga – Testing

Kalau dah jumpa, gabungan terbaik long tail dengan keyword yang unik. Apa lagi, test ler..

tengok di ranking page pertama website yang macam mana yang dah berjaya ranking.

Anda perlukan add on Moz, SEO Quake untuk lebih mudah..

Keempat – Patah Balik kalau tak jumpa

Kalau tak jumpa, anda terpaksa pergi ke step kedua balik.

Jangan nak memandai mandai buat juga. Tak jumpa, patah balik.

Kalau tak jumpa juga, cari niche lain.

Kalau tak juga niche lain, meh datang Malaysia balik.

Ataupun, narrow market anda untuk pasaran UK, Canada, Aus, Singapore, tak pun Filipina.

Thailand? try lah..

Ok. Siap..

Sekarang kita tengok pula keyword “gps running watch” ni di Google.com.

Screen shot di bawah saya ambil 30 December 2015. Besar juga.

cara untuk buat keyword research

Kalau kita gunakan Moz dan SEO Quake memang nampak lebih jelas dengan detail setiap website tu. Kita tahu umur website, kita tahu Page Rank berapa, Moz pula, bantu PA dengan DA value.

Dua tool di atas FREE, jadi tak ada masalah.

Kalau macam saya, lebih selesa guna Long Tail Pro.

Tak ada beza mana pun kalau guna dengan dua tool tu, tapi ia lebih mudahkan saya untuk process keyword research nanti.

Di bawah, screen shot yang saya buat daripada Long Tail Pro pula.

Anda akan nampak lebih clear dan jelas sikit..

long tail pro

Seperti di atas, kita akan dapat maklumat dengan lebih mudah dan jelas lagi.

Antara yang saya boleh komen ialah:

  1. Ada website lain yang juga turut guna exact keyword title “gps running watch”, ini petanda tak baik..
  2. PA average adalah 45. Sedangkan saya kata target at least 25 kan.
  3. DA walaupun tinggi, 77.2 average, tapi tiada masalah sangat.
  4. Website Age tu yang paling naya. Semuanya dekat 10 tahun. So tersangatlah tak logik kalau kita boleh outrank website2 ni.
  5. dan banyak banyak lagi yang saya rasa tak perlu. Nanti tak tamat tamat post ni.

Dan sekarang cara kita untuk cari perkataan selain daripada “gps running watch”

Kemungkinan kita tak akan jual produk GPS ni nanti, tapi tak pe lah, yang penting kita dapat jual barang.

Di sini saya sediakan 5 cara untuk brainstorm keyword ideas untuk gps ni.

  1. guna tool daripada keyword revealer
  2. guna tool daripada long tail pro
  3. guna related search function daripada Google
  4. Guna Forum / Website QnA
  5. keyword snatcher

Keyword Revealer

keyword revealer

Kalau anda tengok kat screen shot atas tu, tool ni akan automatik detect related keyword yang ada.

Saya tak pasti sources keyword related ni, kemungkinan besar datang daripada apa yang user keyin dekat search box Google.

Ideanya sekarang, kalau jumpa keyword yang pelek pelek dengan tool ni terus sahaja search guna keyword tersebut dengan Google Keyword Planner atau Long Tail Pro.

Dan sekarang saya ambil contoh untuk guna keyword “gps running watch runkeeper” dengan long tail pro.

long tail pro screenshot

Tool ni yang mudahnya, dia ada funtion “Number of words” maksudnya berapa perkataan yang kita boleh set.

Focus kita nak long tail keyword kan. Jadi kita set lah yang banyak banyak. 3 perkataan ke atas ke. Macam kes ni saya pilih 4. Contoh sahaja. Dan kalau anda scroll down ke bawah, akan jumpa keyword keyword yang lain juga.

Tips nya, kalau beli Long Tail Pro ni juga, bukan bermaksudnya anda boleh tinggalkan Google Planner, pengalaman saya, ada juga keyword yang Google Planner tak jumpa, tapi Long Tail pro jumpa pulak. Dan sebaliknya. Pelek pelek..

Sekarang guna related keyword di Search Engine

related keyword google

Lagi sekali, kita ada peluang untuk cuba cari keyword yang lain juga.

Click sahaja mana mana, anda akan di bawa ke search yang lain kan. Pergi kebawah sekali macam kat screen shot atas ni, akan jumpa juga related keyword untuk click kan tadi. Click Click sampai anda rasa macam dia ulang semula keyword yang sama, atau pun yang anda rasakan ia tinggi juga saingannya.

Ini paling banyak masa sekali bagi saya, tapi percaya lah. Ianya berbaloi.

Guna Forum / QnA website.

Dua jenis website di atas juga antara terbaik untuk kita brainstorm keyword tapi perlukan masa yang banyak untuk buat research.

Di bawah ni saya bagi contoh, gabungan forum dengan “keyword suggestion” daripada Google.

Keyword suggestion ialah bila kita guna keyword apa apa di search box ia akan bagi idea lain.

Seperti contoh..

Bila saya search guna keyword di bawah untuk cari forum yang duk sembang pasal GPS ni..

buat keyword research dari forum

Di website ini, runnersworld atas tu saya jumpa ada perkataan yang selain daripada gps running watch digunakan, iaitu “interval”, kiranya macam salah satu function tambahan untuk barang ni lah.

contoh keyword research 2

Dan bila saya guna keyword “gps watch with interval timer”

Tengok apa yang keyword suggestion Google berikan..

google keyword suggestion

Dia ada suggest “watch that tells distance” dan sebagai bagainya kat bawah tu kan.

Dan bila saya search kat Google Keyword Planner, tengok apa yang saya dapat.

google keyword planner contoh

Ada 170 searches. Katakan anda dapat dalam 5 6 search macam ni, dah boleh dapat 1000 searches sebulan kan.

Dan bila saya try testing dekat Google, tapi guna long tail pro untuk lebih senang view.

contoh guna long tail pro

Tengok page pertama, age website tu turun kepada baru sahaj 2.8 tahun. dekat 3 tahun lah ni.

Tengok pula dekat bilangan backlink, kalau tadi berlambak lambak kan. Tapi yang ni, untuk page pertama tiada langsung backlink.

Tapi, masih lagi ada website amazon, masih lagi ada website authority macam apple. so jangan nak mandai ambik keyword ni. Saya bagi contoh jer.

Walaubagaimanapun, long tail pro tak akan beri jumlah backlink yang tepat. Biasanya akan lebih kurang daripada actual. Maksudnya, anda mungkin kena darab 2 atau 3 daripada jumlah kat atas tu.

151 x 2, 26 x 2..dan sebagainya…faham tak ni…?

Jam sekarang 7 19 pm. saya start tadi pukul 7 pm. Dah azan dah pun.

So saya ambil 20 minit untuk dapatkan result macam ni. Kira still ok lah banding dengan keyword GPS RUNNING WATCH tadi. Katakan saya ambil masa lebih daripada 20 minit ni nak buat keyword research.

Pasti akan lebih baik kan…InsyaAllah, saya usaha ke arah yang dikatakan terbaik sahaja. Result, masih Dia punya kuasa.

So itu dia, brainstorming daripada Forum dan Google suggestion. Tadi saya cakap 5 cara kan. Korang tambah je lah lagi satu. So ada 6 cara saya cite lah ni.

Tadi tu forum. Kita tak start lagi dengan QnA website kan, macam Yahoo Answer dan Quora contohnya.

Pandai pandai lah ye. Konsep still sama.

Kita pergi kepada cara yang last.

Iaitu tool daripada Keyword Snatcher

Dengan tool ni dia akan beri kita data daripada Search Engine Google. macam keyword related tadi, tapi lebih banyak lagi..Sampai berpuluh ribu…Kalau tunggu sampai  3 4 jam lah.

Tapi sepanjang pengalaman saya, kalau bagi tool ni run dalam 1 jam pun sudah cukup. Sebab selebihnya, kebanyakan keyword yang tool ini generated tiada jumlah searches yang baik.

Maksudnya, tiada carian sangat lah.

Tengok apa yang saya dapat kat bawah:

keyword snatcher

Seperti anda lihat, banyak lagi function yang kita boleh setting. Tool ni murah je. Dan sangat berbaloi kalau beli.

Link yang saya berikan tu bukan affiliate pun. Serupa juga dengan Long Tail Pro. Ye la, mana tau ada yang dengki kalau saya dapat komisyen pun.

Tak pe lah, saya tak kesah pun.

So kalau anda lihat kat atas, kita boleh setting jumlah keyword. Sampai ke 7 tu. Biasa saya buat 3 ke atas sahaja macam yang saya tunjuk tu.

Ada 4033 kan. Itu dalam 30 minit kalau tak silap saya. Atau 40 minit. Lupa dah teman.

Saya rasa, dalam 4000 tu, adalah dalam berpuluh yang insyaAllah berbaloi. Sikit kan. tapi at least kita dapat result.

Ini penting, supaya kita boleh ranking dengan cepat.

Malam ni juga saya akan post blog tentang blog challenge saya, ada satu keyword yang baru sahaja sebulan saya post tapi dah ranking page pertama, to be exact rank no 6.

Nanti malam ni saya tunjuk, kenapa saya boleh ranking no 6? Mudah..sebab bukan pasaran US, tak terlampau tinggi saingan sangat.

Step seterusnya,

Kita testing dan patah balik ke step kedua kalau tak jumpa kan.

Saya rasa, anda dah faham dengan cara testing tu, tadi pun saya ada tunjuk screen shot yang search 170 tu kan.

Yang kalau tak jumpa tu, terus sahaja pergi step ke dua.

Baik itu dia.

Kalau anda betul betul nak focus pada pasaran luar negara.

Ini yang anda mesti lalui. Untuk market secara SEO lah, kalau promote product guna Facebook, tak perlu.

So, kalau tiada panduan khusus untuk bantu, anda memang kena hati hati..

Takut buang masa setahun je…

Tapi itu lah, kalau ada capital yang baik, ilmu kurang pun tak pa, tapi ada duit untuk spend belajar.

Yang penting kena belajar SEO lebih lagi…

InsyaAllah boleh punya 🙂

Tapi kalau masih lagi baru, dan ragu ragu. baik focus pada pasaran yang mudah dulu.

Tapi kalau memang dah jumpa keyword yang memang tersangat kurang saingannya.

Apa tunggu lagi kan…banyak betul tapi saya….

baiklah.. saya rasa itu sahaja kot…

Terima kasih kerana sekali lagi membuang masa di post saya….