Macam Mana Nak Tulis Artikel Yang Buat Orang Baca?

Sekarang jam pukul 9 14 pm. 19 July 2017. Saya harap, saya boleh siapkan artikel ini dalam tempoh 1 jam. Sebab lepas ni, nak tidor. Baru balik shift siang. Nanti lagi pagi pukul 4 nak bangun buat artikel untuk blog affiliate pula.

Ok. Apa yang saya nak kongsikan ni?

Tak lain tak bukan, cara untuk pastikan artikel kita kekal menarik/relevan untuk pelawat baca terus sampai habis.

Saya tahu, ramai yang kadang kadang takut nak tulis panjang lebar. Khuatir kan orang tak baca ya.

Untuk saya sendiri. Bukan lah confirm orang lain akan baca, tapi USAHA kan saja. Teori logiknya masuk dek akal juga.

Dan di bawah, adalah antara tindakan yang saya buat untuk artikel saya, kekal relevan.

1. Jangan tulis ayat yang panjang panjang.

Artikel panjang boleh tahan lagi, tapi ayat yang panjang panjang memang masalah. Anda fikir sendiri, bila anda baca. Agak agak suka tak baca ayat yang titik nya ntah ke mana? Rasa macam nafas yang ditarik tapi tak dilepas lepas kan. Serupa juga dengan penulisan. Ayat ayat pendek, bukan sahaja membuatkan pembaca lebih mudah baca. Malah lebih senang untuk focus dan hadam.

2. Write the way you talk.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Wife saya, pernah tergelak bila baca cara saya tulis artikel. Dia cakap,

Abang tulis artikel macam tengah bersembang dengan orang.

Memang kena macam tu pun. Ini bukan kertas karangan UPSR. Oh ya, dengan penulisan conversational tone macam ni, ia juga akan buatkan orang lebih mudah untuk tinggalkan comment. [so, sila tinggalkan komen, sebelum saya rasa malu]

3. Jangan LUPA subheading [ ini yang paling penting ]

Subheading sangat penting. Kalau anda perhatikan setiap artikel di blog saya. Mesti ada SubHeading.

Apa dia subheading ni? Subheading adalah seperti tajuk kecil kepada tajuk besar artikel saya.

Seperti contoh artikel yang sekarang ini.

Tajuk BESAR? Macam mana nak tulis artikel yang buat orang baca?

Tajuk KECIL? Yang point by point ini lah. Sekarang kita berada di no 3 kan? “Jangan Lupa SubHeading”.

Ini lah subheading yang saya maksud kan. Seperti pecahan kecil maklumat dalam artikel yang kita nak sampaikan.

Bayangkan dalam satu artikel, ada satu perenggan. Dan ada satu tajuk sahaja mewakili perkataan artikel yang cecah samapai 2000? Tak ke bosan?

Perasan juga tak, tak yah cari orang lain. Tanya diri sendiri tu. Anda pun, kalau baca artikel, tak berapa nak rajin kan baca semua satu persatu. Sebaliknya akan skip terus satu perenggan atau cari perkataan yang mana mata anda nak tangkap.

Bukan scanner sahaja boleh scan, mata pun suka juga nak scan scan

Ibarat macam satu kajian orang putih saya terbaca dulu lah. Orang yang baca artikel ni, sebenarnya bukan rajin sangat nak baca baca. TAPI SCAN.

Scan mana satu ayat atau perkataan yang dia lebih berminat nak tahu.

Dan dengan subheading. Sudah pasti mata anda lebih tertumpu pada subheading sahaja. Berbanding denga perkataan lain. Dan katakan saya berjaya untuk buatkan anda dapat faham roughly akan isi kandungan yang saya nak bawa, sudah pasti akan ada rasa lebih berminat untuk baca. InsyaAllah.

Subheading juga, membantu ranking SEO. Jadi, jangan lupa apply h1, h2, h3 tag yang saya ada mentioned sebelum ini.

4. Storytelling?

Antara dua artikel di bawah, mana satu artikel yang lebih selesa anda nak dengar dan baca?

Contoh 1

Untuk mendaftar akaun maybank, anda harus lah terus ke kaunter pertanyaan. Ambil form untuk pendaftaran. Selepas tu, boleh isi form dan datang semula ke kaunter untuk ambil nombor.

OK..stop… Sekarang kita tengok contoh 2

Contoh 2

Pagi tu, aq blur juga. Macam mana lah nak daftar akaun simpanan Maybank ni. Tapi tak pe lah. Aq redah kan aja. So sampai lah ke kaunter. Dekat kaunter tu, macam biasa. Terus tanya si akak tu, minta dia bagi tahu cara buat permohonan akaun baru.

Mula mula, kak tu macam tak layan juga. Mungkin bz kot. Tak pe lah, aq tunggu sekejap lagi. Nanti kalau failed dengan kak ni aq nak tanya yang lagi sorang tu pula.

Stop cerita 2.

Hasil daripada 2 contoh ni? mana satu yang lebih selesa di dengar dan buatkan anda lebih mudah untuk tangkap? Sudah pasti contoh 2 kan? Harap betul lah ya.

Sebab? Contoh 2 ia lebih bersifat penceritataan yang selalunya dari pengalaman. Bila kita tulis, dan kita kongsikan pengalaman yang telah berlaku pada kita. Ia memang buatkan orang lain rasa teruja nak tahu. ya lah, sapa lah yang tak suka kalau tok kadok bercerita kan?

  • Print
  • Google+
  • facebook

Image Credited – I Scoop

Serupa juga dalam artikel. Masukkan sedikit penceritaan atau pengalaman yang sudah berlaku pada anda. Sebab ia akan buatkan orang stick lebih lama sikit.

**Itu sebab saya cerita pasal wife saya yang tergelak bila baca saya tulis atas tadi. Sebab ia buatkan orang lain akan rasa lebih berminat untuk beri focus

Kelebihan lain, situasi ini juga kemungkinan besar dialami oleh orang lain juga. Perasan kan, orang yang tulis copy writing web jualan. Di perenggan pertama, punyai la kemain.

Saya faham dengan apa yang awak rasa. Saya pun berada di tempat anda juga dahulu..

Saya sendiri geli nak baca, tapi nak buat macam mana. Itu yang dah memang terbukti MENJADI.

5. Untuk no 5, boleh kata berlaku sepanjang penulisan yang anda baca ni.

Kalau salah satu point di atas. Saya ada cakap, jangan buat ayat yang terlalu panjang kan. Untuk point 5 ni pula. Jangan buat perenggan yang terlalu berlapis. 3 atau 4 lapisan ayat dalam 1 perenggan sudah cukup.

Ini akan buatkan artikel anda lebih mudah di baca.

Ok. Itu la lebih kurang. Sekarang pukul 9 46. Wife saya tengah duk wasap tu. Nanti lah saya balas. Saya nak habiskan sikit lagi.

Bahagian yang seterusnya pula nak merujuk kepada Saudara Hanafi. Macam mana nak tulis artikel yang macam yang saya maksud kan…

Pendek kata. Artikel istighfar Saudara Hanafi ni. Apa yang kita boleh buat supaya ia TAMPAK lebih berminat untuk suruh orang baca.

Buatkan point subheading kepada yang maklumat yang lebih detail.

Kita sudah ada tajuk besar kan. Untuk tajuk subheading jangan di copy pula tajuk besar tu untuk perenggan pertama. Nampak sangat nak kencing SEO. Dan tidak profesional. Sebaliknya buat kan ia tajuk kecil kepada maklumat yang lebih detail dalam artikel anda.

Seperti contoh, tajuk besar saya “macam mana nak tulis artikel yang orang baca sampai habis” kan. Sub heading saya pula, adalah untuk perkara yang lebih detail. Iaitu 5 tindakan penerangan satu persatu yang anda sendiri boleh buat.

Di susuli pula dengan bahagian yang kita baca sekarang. Saya buat bahagian khas focus untuk bantu artikel Saudara Hanafi.

Sekarang saya cuba nak brainstorm sub heading yang Saudara Hanafi boleh guna

Heading + SubHeading TANPA Bantuan Google

Definisi Istighfar – Siapa Suruh?

Awal awal cerita, mesti lah kongsi definisi nya sikit.

Ganjaran Pahala Orang Yang Mengamalkan Istighfar 100x dalam sehari

Macam berzikir, kan ada kadar kadar ganjarannya kalau ulang berkali kali. Dalam mathurat pun ada tulis, ganjaran setiap satu zikir dan munajat di dalam nya. Ini lah subtopik yang saya maksudkan di subheading yang ini. Kiranya kita kongsi kan ganjaran pahala kalau kita buat secara berkala.

Nak Tahu Berapa Banyak Imam Ghazali Istighfar Sehari?

Sejarah atau pengalaman memang buatkan orang tertarik. So selitkan nya juga di bahagian ini

Sirah/Sejarah Khasiat Istighfar

Bahagian ini pula, kita boleh kongsikan contoh contoh peristiwa kemenangan para sahabat yang mungkin berlaku bila menggunakan Istighfar.

Rasanya dah cukup baik dah ni.

Tapi, adalah lebih baik lagi, kalau kita jadikan Tajuk besar kita, dan tajuk subheading menggunakan keyword yang memang mendapat sambutan pencari yang tinggi di Google. Dengan ini, confirm lah artikel kita di BACA.

Disclaimer – Saya janji, tak tipu tau, 4 points di atas. Adalah hasil brainstorming saya tanpa menggunakan Google.

Dengan Google + Simple SEO Teknik

Sepatutnya, subheading saya lepas ni akan jadi lebih baik. Bukan sahaja pecahannya lebih mudah difahami oleh Google. Malah kita pun sudah pasti, kalau dah majoriti pengguna menggunakan keyword yang hasil daripada Google suggest kan. Confirm memang ada traffik.

Saya gunakan Mangools. Anda boleh gunakan Google Keyword Tools, tapi Mangools lebih tepat.

PUKUL 10 16 pm. Saya stop sekejap buat artikel ni. Internet slow. Nanti saya sambung ya..

Sekarang 3 53 pagi..Ok saya sambung…

Heading + SubHeading Selepas Bantuan Google

Ada dua cara. Satu saya terus paste perkataan ‘istighfar’ di Mangools.

Kedua saya paste ayat istighfar di Google. Sebab kita nak tengok di bawah sekali, iaitu related keywords.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Sekarang saya akan klik bacaan istighfar, kita tengok apa keyword lain yang muncul pula.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Dan screen shot di bawah, adalah bila saya Klik Kelebihan Istighfar

  • Print
  • Google+
  • facebook

Dan seterusnya, saya akan pilih mana mana keyword dari Related Google ni ke Mangools. Untuk detect berapa banyak orang guna dalam tempoh sebulan. Nanti saya screen shot kan di bawah…

Dan selepas beberapa minit. Tak sampai 30 minit pun. 10 minit sahaja kot. Saya sudah mampu hasilkan pecahan subheading yang jauh lebih baik daripada sebelum ni.

Bukan setakat pecahan maklumatnya lebih tersusun, malah keyword yang kita pilih pun punyai permintaan yang tinggi di Google.

Tajuk Besarnya…

Pengenalan Bacaan Istighfar Yang Lebih Sempurna

SubHeading:

Kelebihan Istighfar 100x

Kelebihan Istighfar Kalau 1000x Pula

Apa Dia Sayyidul Istighfar [Penghulu Segala Istighfar]

Doa Istighfar Yang Dibaca Rasulullah SAW

Dan penerangannya…

Ingat tak, di brainstorming yang pertama subheading tadi, saya tulis ‘khasiat istighfar’ kan?

Rupanya, kalau saya gunakan perkataan ‘kelebihan istighfar’ ia jauh lebih baik. Sebab perkataan ni, ada volume 1000 searches setiap bulan.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Begitu juga, kalau saya tulis istighfar sahaja. Berbanding dengan tambah lagi satu perkataan iaitu ‘Bacaan istighfar’

  • Print
  • Google+
  • facebook

Pendek kata, subheading yang saya sediakan selepas brainstorming dari Google, mampu buatkan target pembaca saya lebih ramai, berbanding subheading yang saya hentam sahaja mula mula tadi.

Tak pe, jum kita kira sama sama.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Tambah lagi bacaan istighfar – 720

OK tak?

Kita bukan sahaja buatkan artikel lebih menarik untuk baca. Malah subheading yang kita pilih pun merupakan perkataan yang memang biasa pelawat Google guna.

“Real Life” Example Nak? Saya Nak Tunjuk Salah Satu Result Yg Saya Dapat…

Berikut adalah contoh, salah satu artikel yang saya buat gunakan teknik yang kita duk sembang dalam artikel ni.

Saya tak boleh la share keyword apa ya. Tapi search volumenya adalah 1 900 sebulan.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Artikel ni, saya first publish pada 6 april 2017.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Dalam bulan April, page views lebih kurang 78 kali sahaja.

Untuk bulan May – 364 page views.

Untuk bulan April dan May, saya percaya traffik page views datang dari Internal Linking + sidebar yang saya buat.

Adsense untuk dalam tempoh ini pun langsung sekupang pun tiada.

Tapi, masa awal awal bulan June, post ni mula berada di page pertama Google. Lebih kurang dalam tangga 6 dan 7 page Google. Paling tinggi pun boleh naik sampai ranking ke 5 sahaja.

Walaupun hanya di ranking ke 5, total earning untuk adsense, post ini sahaja, cecah sampai 17.47 dollar.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Saya tak pasti, sama ada boleh ke tidak saya tunjuk graph ni. Sebab takut langgar TOS adsense. Ada komen?

Masa ni saya fikir apa tau. Wah ini terbaik. Sebab saya memang plan mana mana keyword focus yang saya berjaya dapatkan page pertama. Saya nak post/page ni buat sekurang kurangnnya 0.5 dollar sehari.

0.5 darab 30 hari = 15 dollar sebulan untuk satu artikel.

Tapi post ni, sudah lah belum lagi cecah ranking pertama. Baru tangga 5 di page pertama. Tapi sudah dapat 17 dollar.

Lantas, saya pun roll out semua strategy SEO saya balik.

Saya dapat rasakan ada potensi yang besar dengan keyword ni.

Oh ya. SEO jangan buat bila masa mula nak publish sahaja. Sebaliknya, setiap beberapa bulan. Anda mesti review dan perbaiki semula artikel tu. Sebab confirm, mesti ada benda yang kita tertinggal.

Antara yang saya buat untuk improve ranking SEO post ini ialah:

  1. Tukar tajuk supaya CTR saya lebih baik
  2. Improve LSI Keyword
  3. Improve panjang artikel ( mesti ada flow satu per satu, contoh macam artikel yang ini pengenalan à teori best practise à practical part sikit à result )
  4. Tukar gambar daripada warna muram kepada yang lebih striking. ( saya ada tukar theme juga )
  5. Improve introduction supaya lebih senang ranking
  6. Keyword tags
  7. Dan buatkan penulisan saya lebih engaging, lebih menarik untuk orang baca.

IMRPOVE CTR

Dalam 7 points yang saya buat tu. Saya jelaskan no 1 sahaja, iaitu CTR.

Atau Click Thru Rate

Ini adalah percentage yang kita dapat bila berada di page Google.

Maksud saya…..

Ok..saya stop dulu. Sekarang 5 20 pagi. Nanti saya sambung balik lepas habis kerja…

Sekarang pukul 8 37 pm. 20 July. Saya nak sambung dah ni…

Saya nak terangkan apa itu CTR dulu.

CTR ini adalah kadar blog kita di click oleh pelawat daripada search engine result Google.

Seperti contoh di bawah…

  • Print
  • Google+
  • facebook

Yang mana satu title yang buat kan kita lebih terasa nak click?

Memang lah yang paling atas kan. Tapi ‘game’ nya di sini. Kita kena buat tajuk artikel kita ada nombor. Atau perkataan tambahan lain yang menarik perhatian untuk memilih blog kita.

Seperti contoh, katakan tajuk ’16 ways to lose weight’ lebih ramai orang KLIK dan STAY (kalau tak faham apa maksud dengan stay, sila tanya di comment). Lama lama kelamaan, memang authoritynutrition akan jatuh ke bawah punya.

Selain penggunakan nombor, ada banyak lagi ayat yang boleh bantu Klik. Seperti contoh’ Step By Step’. Ways. Simple.

Dan untuk CTR teknik yang saya gunakan pada post saya tadi ialah Nombor. Plus dengan bracket. Sebab Bracket pun boleh bantu CTR juga.

Seperti contoh

16 Ways to Lost Weight [FASTER THAN YOU DID BEFORE]

Kalau duk fikir fikirkan, ayat dalam bracket tu saya buat macam result nya. Supaya orang lebih tertarik.

Ok kan suka ayat ayat macam ni.

Contoh ayat lain.

How to lose weight right after your wedding day

Atau pun

How to lose weight within 2 months from now.

Bila artikel tu melibatkan portion result. Itu akan buatkan orang lebih suka….

Dan hasilnya…

  • Print
  • Google+
  • facebook

saya guna app serpmojo ( rm 20 ringgit kot )

Dalam 6 July tu, ranking page ni jatuh sedikit. Ini normal, kalau tak silap. Rasanya time ini lah saya tukar tajuk baru. Tajuk yang lebih buatkan orang nak click. Dan juga improve SEO untuk artikel ni. Untuk rekod sekarang, memang berada di ranking no 2.

Oh ya. Sebab kan artikel ini agak panjang lebar [tapi dalam 1000 words je pun], lebih detail berbanding dengan artikel lain. Bila sudah panjang, saya juga dapat fokus lebih banyak keyword. Maka, tak terkejut lah. Kalau page ini, bukan sahaja boleh ranking baik dengan keyword yang 1 900 tadi sahaja.

Malah keyword keyword yang lain juga.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Untuk keyword utama, iaitu yang 1 900 dalam table tu. Tadi di ranking screenshot serpmojo ranking no 2 kan?

Saya letak satu, sebab bila saya check di Chrome, manually. Saya tengok dah ada di ranking pertama. [ya, saya memang sudah clear history browser chrome ini juga dulu]. Saya juga ada minta wife screenshotkan ranking di phone dia. Masih 1 juga. So betul lah kot.

Dan google search yang kami gunakan, ialah Google.com, bukan Google.com.my

Kesimpulannya!!!

Buat artikel anda tu macam penting untuk orang baca…

Harapnya anda jelas ya. Ini kelebihan yang kita dapat kalau kita rancang betul betul artikel atau content di blog.

Bukan setakat artikel ni buatkan orang nak baca, malah boleh buat duit juga.

Post ini agak cemerlang juga. Sebab baru dalam tempoh bulan 3 publish. Sudah buat duit 17 dollar dari adsense.

Tapi itu lah, bukan semuanya disangka mudah…

Sekarang bulan 7. Ranking saya untuk post ini jauh lebih baik dari bulan June. Tapi hanya generate 0.46 sen dollar sahaja.

Saya pun tak tahu kenapa.

Saya nak lengkapkan bulan July ini dahulu. Ada lagi 10 hari. Nak tengok apa yang jadi. Untuk sekarang, saya fikir positif sahaja lah. Anggap lah advertiser yang iklan dalam adsense ni dah stop campaign dia.

Itu sahaja…

Ok.. Sekarang 9 23 pm. Tamat.

Selebihnya, saya akan ambil masa untuk touch up touch up, dan betulkan ejaan saya pula.

9 47 pm. Siap dah ni kot. Tapi ngantuk nya. Pagi esok saya publish…

Oh ya. Kononnya nak tulis dalam 1 jam. Lastnye meleret 2 hari.

Sorry, tuk sapa yang rasa lama tunggu artikel ni. ikutkan boleh sahaja saya sembang di wasap. Tapi, kalau sembang macam tu. susah saya nak anda faham kan. Susah juga tuk saya terangkan. Dan dengan artikel ni, harapnya lebih mudah untuk anda faham overview secara keseluruhannya.

Tak semestinya guna cara saya. Setiap bisnes tu kan ada bedanya.

Hah.. Lagi satu, keyword 1 900 tadi. Adalah traffik bahasa melayu. Bukan bahasa Inggeris.

Tahniah..sebab da baca 2 ribu 5 ratus 4 puluh 5 patah perkataan…

12

10 Responses

  1. mrhanafi
    July 20, 2017
  2. Azeni Ahmad
    July 21, 2017
  3. Kamil Salleh
    July 21, 2017
  4. Elih Japahar
    July 24, 2017
  5. Farah@ez-vitamin
    July 28, 2017
    • Syed
      August 7, 2017
  6. Haidar
    August 1, 2017
  7. Naimah Wahab
    August 12, 2017

Write a response

Shares
Share This

Share This

Share this post with your friends!