Cara Menggunakan Google Search

Sejak daripada 1996 Google ditubuhkan, sehingga kini, selepas lebih 20 tahun, company ini bantu kita macam macam dah. Sedar tak sedar sahaja. Daripada tak berduit kepada berduit, daripada susah jadi senang. Sangat sangat banyak perubahan yang Google dah buat.

Memanglah, banyak juga search engine yang lain, Yahoo, Yandex, Bing dan lain lain. Tapi Google juga lah yang paling terserlah.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Untuk kita, Google ini adalah tempat untuk mencari jawapan. Kebiasaannya, rujukan kita adalah daripada article yang disediakan oleh website owners. Tapi tahu tak sebenarnya search engine Google ini punyai lebih lagi kelebihannya daripada sekadar mencari article?

Meh saya tunjukkan beberapa makluman yang saya boleh kongsikan, kita masih lagi akan menggunakan seach box Google, cuma cara kita menulis keyword tu akan lain sikit:

1.Tukar dollar to ringgit

Mesti ramai yang duk masih lagi gunakan mana mana website untuk tukarkan dollar kepada ringgit. Tapi sebenarnya, tukaran asing yang anda nak buat itu lebih mudah dengan hanya di search box Google sahaja.

Contoh, katakan saya nak tukarkan 100 dollar kepada duit kita ringgit. Tak perlu pun pergi mana mana website, terus tulis 100 dollar to ringgit di search box google.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Mudah kan? Nak tukarkan satu dollar pun tiada masalah

  • Print
  • Google+
  • facebook
2.Sebagai calculator

Kalau nak capai caculator di smartphone, anda memang terpaksa cari semula mana dia apps calculator. LAMBAT. Kalau nak guna komputer, anda perlu tekan start à dan cari calcultor. Tapi kenapa tak guna Google sahaja, lebih mudah.

Seperti contoh, 21 ‘dash’ 54 dan terus tekan enter

  • Print
  • Google+
  • facebook

Try lah sendiri untuk darab dan bahagi. Di bawah ni saya try kuasa 2. Tapi bahasa inggeris lah ya

  • Print
  • Google+
  • facebook

Alamak, macam tak jadi. Benda ni terjadi sebab Google tak dapat detect penggunaan ayat yang betul, sekarang ni anda hanya perlu ‘select all’ sahaja perkataan ‘2 power of 2’ yang saya di buat di bawah. Nanti anda akan perasan Google akan suggest keyword yang betul.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Note : saya tersilap, anda tak perlu select all pun tak apa, hanya perlu letak cursur click pada search box Google. Dan terus click salah satu instant search yang Google rekomen tu.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Oh rupanya kena letak simbol tu. Ok ok..saya cuba

  • Print
  • Google+
  • facebook

Jadi pun…

3. Sebagai direction

Untuk tahu jarak masa, atau apa sahaja maklumat perjalanan, tak perlu pun untuk anda buka Google Maps, ataupun cari satu persatu apps di smartphone anda. Terus sahaja buat carian seperti saya di bawah yang duk balik ipoh ni.

  • Print
  • Google+
  • facebook
4. Cuaca pun boleh check dengan cepat

  • Print
  • Google+
  • facebook

Mula mula saya ingatkan, bahasa inggeris sahaja boleh guna, tapi boleh juga guna bahasa melayu rupanya. Tengok screen shot di bawah

  • Print
  • Google+
  • facebook

Perhatikan ada button temperature pre.. dan wind tu.

Kalau anda click wind akan dapat maklumat macam di bawah

  • Print
  • Google+
  • facebook

Boleh la main layang layang ya.

5. Cari exact keyword

Yang ini saya tak bagi contoh ya. Tapi perasan tak kadang kadang kita nak cari lain, tapi dapat jumpa keyword lain. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan dua benda.

Pertama

Sebab Google masih lagi ada cacatnya, kiranya dia masih lagi tak mampu nak beri jawapan yang paling tepat pada apa yang kita nak cari. Tapi jangan salahkan Google terus, sebab Google detect apa yang anda mahu berdasarkan apa yang anda tulis, bukan dari hati ke hati.

Kedua

Sebab faktor SEO. Mungkin website owner itu pandai sikit main SEO, itu sebab dia akan paksa anda baca juga article dia walaupun ianya tak relevant.

Jadi, untuk cari perkataan yang betul betul anda nak, letakkan sahaja quote di awal dan akhirnya.

Seperti

“saya nak makan nasi”

Jadi google akan tunjukkan article yang hanya ada perkataan saya nak makan nasi sahaja. Sebab ada quote tadi tu.

Atau anda nak cari satu ayat, tapi dalam ayat tu tiada perkataan yang specfic. Seperti contoh, saya nak ayat ‘saya nak makan nasi’ tapi bukan nasi goreng.

Jangan tulis ‘ saya nak makan nasi tapi bukan nasi goreng’ ya. Anda tidak akan dapat jawapan yang tepat.

Sebaliknya, anda perlu untuk letak simbol minus di hadapan ‘goreng’.

Yang ini kalau saya tulis tanpa dash goreng

  • Print
  • Google+
  • facebook

Perhatikan no 1, ada perkataan nasi goreng dan ayam goreng kan.

Yang ini pula contoh kalau saya letak minus

  • Print
  • Google+
  • facebook

6. site….

Atau pun anda nak cari maklumat dalam satu satu website sahaja, kiranya tak nak cari maklumat tu daripada wesite lain, hanya website yang anda target sahaja.

Hanya perlu letak keyword seperti di bawah

  • Print
  • Google+
  • facebook

Saya ulangi

site:namawebsiteinginkan.com + keywords

Carian yang dulu..

Ini mungkin tak berapa ramai orang nak guna, tapi andai kata perlu. Anda juga boleh buat carian untuk article yang zaman dulu dulu. Kiranya article tu mesti di tulis hanya pada tahun 2000 contoh. Hanya perlu click tools dan pilih custom range yang anda inginkan seperti di bawah

  • Print
  • Google+
  • facebook

7. Nak tahu kandugan karbohirat pun lebih mudah

  • Print
  • Google+
  • facebook
8. Kalau tersalah eja pun tidak mengapa

  • Print
  • Google+
  • facebook

Tu Google dan betul kan.

Jap…nasi lobak memang ada ke? Pening juga Google ni.

9. Tukar unit

Haha, ingat lagi, benda ni baru berlaku bulan lepas. Masa tu saya kat kilang tengah kerja malam kot. Kawan maintenance tanya, nak tukar unit. Punya la dia jenuh nak cari website nak tukar unit.

Saya dengan selambanya, buat kat Google macam di bawah

  • Print
  • Google+
  • facebook

Tapi malam tu bukan lah search untuk m to km. malu lah sikit kan. Ada unit pelek pelek sikit. Saya lupa dah, micron kot.

Baiklah, itu sahaja.

Ini baru untuk carian yang kebanyakan orang. Kita yang buat SEO ini ada lagi keyword keyword special khas yang perlu kita tahu supaya senang nak main SEO.

Apa apa pun, terima kasih sudi baca.

2

No Responses

Write a response

Shares
Share This

Share This

Share this post with your friends!