Cara Mengetahui Kata Kunci Yang Banyak Dicari

Untuk mencari sama ada kata kunci/keywords yang kita nak jadikan sebagai keyword focus dalam SEO ada pelbagai cara. Saya akan senaraikan 2 atau 3 daripadanya memandangkan maklumat yang anda cuba nak dapatkan ni agak berat untuk saya kongsikan percuma. haha

1. Guna Google Keyword Planner

Seperti yang saya kongsikan di post yang sudah,saya gunakan Google Keyword Planner ni sudah 7 atau 8 tahun. Memang ini lah satu satunya software yang anda boleh harapkan untuk tahu pasaran untuk niche yang anda nak cuba.

Saya ada buat satu panduan ringkas cara nak gunakan keyword planner ini di sini.

2. Guna Software Berbayar

Sejak akhir 2016, saya memang dah tak guna Google Keyword Planner dah, sebaliknya saya gunakan software ni. Mangools, boleh baca review saya di sana. Software ni murah sahaja, dan jauh lebih baik daripada Keyword Planner ni.

3. jumlah comment + tarikh comment di buat

Ini lagi satu cara, anda pergi mana mana website yang top atau website yang seakan sama niche yang anda cuba nak buat. Dan lihat jumlah comment.

Tapi jangan cari website yang anda fikir sendiri. Sebaliknya mestilah website yang berada di page pertama Google.

Seperti contoh di bawah..

  • Print
  • Google+
  • facebook

Oh ya, tak semestinya website, kalau comment di Youtube pun ok juga.

Contoh macam video youtube dari Aifa Haziqah ni, di bahagian comment Youtube akan ada function untuk anda tunjukkan comment yang baru atau yang paling top.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Jelas? Kita teruskan lagi..

4. Youtube Views Statistic

Kita masih lagi dengan channel Cik Aifa tadi.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Anda click ….More dan pilih statistic

  • Print
  • Google+
  • facebook

Dari statistic ini pun kita boleh tahu juga kan.

Ikutkan pengalaman saya, tak semua niche atau bidang yang kita nak niagakan boleh dapat maklumat dari Youtube. Antara niche yang sesuai untuk tengok market nya di Youtube yang saya tahu, adalah masak masak.

5. Reverse engineering.

Dan cara terakhir, orang putih panggil ni sebagai reverse engineering. Tak pasti lah kenapa boleh panggil macam tu, tapi apa yang pasti adalah kita cuba cari mana mana website yang popular dan dapatkan data daripada website yang popular ni, APAKAH KEYWORD YANG MEREKA SUDAH RANKING…

Ok?

Saya biasa gunakan tools daripada SEMRush…

Contoh di bawah…

  • Print
  • Google+
  • facebook

Dan bila anda click start now button tu, ada macam macam lah maklumat maklumat lain yang boleh tahu tentang website ni.

Dan kalau pergi ke bawah sikit, ada juga maklumat yang kita nak tahu. Iaitu mana satu keyword yang website ini sudah berjaya ranking.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Alright. Untuk sekarang itu sahaja 5.

Saya ada lagi beberapa teknik lain untuk pastikan niche yang saya nak rankingkan website dengan teknik SEO. Tapi untuk sekarang, anda cuba mahirkan 5 teknik asas ini dahulu. Percayalah, dengan tahu 5 benda ni pun anda sudah boleh kata tahu lebih 70% skill atau teknik untuk PENTINGNYA tahu hal hal yang macam ni..

2 thoughts on “Cara Mengetahui Kata Kunci Yang Banyak Dicari”

Leave a Reply

You have to agree to the comment policy.