Cara Memilih Keyword Yang Tepat

Saya ada kongsikan tips untuk pilih keyword yang tepat dalam produk WordPress Kick Starts saya. Kalau anda rujuk di sana, insyaAllah lebih mudah nak faham sebab penerangan saya memang 100% video. Saya guna software mahal untuk rekod itu tau, harap anda dapat faham dengan jelas.

Apa apa pun, mana yang memang rajin membaca. Boleh terus kan. J

Keywrod yang tepat biasanya kita yang main SEO ini akan panggil sebagai target keyword atau pun focus keyword.

Kiranya nak bagi tahu, memang ini lah keyword atau kata kunci yang kita nak cuba dapatkan ranking nya di Google.

Untuk tentukan sama ada sesuatu keyword itu tepat atau tidak, anda perlu setkan dahulu, apakah tujuan utama untuk pelawat buat di website anda.

Seperti contoh, untuk apa yang saya boleh fikirkan sekarang ni

  1. Anda cari keyword untuk menjual barang
  2. Keyword yang anda nak cari lebih kepada nasihat atau pengetahuan umum pelawat

Pendek kata, setiap keyword mempunyai tujuan nya sendiri. Atau pun dalam salah satu istilah yang Google sendiri guna sebagai salah satu faktor SEO ialah Google Intent.

Sekarang saya akan bagi contoh yang sebenar supaya penerangan saya akan lebih mudah faham.

Saya jadikan niche diet sebagai contoh kita sebab banyak pilihan keywords. Jadi nya, lebih mudah untuk anda faham dan bezakan maksud nya.

**pandangan saya untuk setiap keyword di bawah mungkin berbeza sikit dari yang sebenar, tak salah saya pun sebab saya memang congak sahaja. Tapi motif utama saya adalah untuk bagi tahu, untuk setiap keyword ia nya mempunyai tujuan nya sendiri.

Dan tujuan kita yang duk buat website ni mesti lah nak cari yang untuk beli produk kan? Nanti saya akan bagi tahu jenis yang mana satu.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Untuk yang 1 dengan 2, ada tambahan ‘fast’ bermaksud orang yang menggunakan keyword ini lebih kepada nak dapatkan jawapan yang cepat. Mungkin juga dalam keadaan terdesak untuk dapatkan result yang cepat. Dekat sini, kalau anda ada panduan diet yang siap bagi tahu lagi timeframe bila akan kurus memang akan lebih mudah untuk di jual.

Seperti contoh, dapatkan produk ini untuk kurus dalam masa 2 minggu contohnya.

Nampak macam cepat kan.

Seterusnya… contoh lain, nombor 3, how to lose belly fat.

Yang ini bukan macam how to lose weight, ia lebih khusus pada satu satu tempat iaitu di perut. Ini kalau anda rekomenkan exersice perut memang sesuai. Kalau buat article yang cerita secara general untuk cara diet sahaja memang buat orang yang guna keyword ni akan rasa boring. Sebab mereka nak panduan yang lebih specific.

No. 8, exercise to lose weight pun sama.

Tak perlu sembang tentang pemakanan, focus pada jenis jenis exercise yang ada sahaja. Kalau saya, saya akan kembangkan lagi perbincangan artikel tentang exercise ini kepada ‘cara nak rajin senam’ juga.

Sebab, memang ramai yang dah tahu nak senam macam mana, tapi rajin ke tak, nak kekalkan focus tu yang masalah.

No 10, how to lose weight at home kalau tak silap saya, malas pula nak scroll ke atas. Apa yang anda boleh buat ialah, panduan article atau pun panduan produk yang anda nak jual tu jangan cerita ada gunakan peralatan gym pula. Kebanyakan mereka yang gunakan keyword ni mungkin:

  1. Tiada masa pergi gym
  2. Malas nak pergi gym
  3. Duit tak banyak nak bayar yuran gym
  4. Buat sorang sorang

Pendek kata jenis yang serba kekurangan, jadi anda buatkan article tu gunakan peralatan sekeliling macam kerusi, lantai, pumping, atau apa sahaja yang tak perlukan peralatan mahal. Atau kalau anda nak cadangkan produk juga, rekomen kan yang murah murah dahulu untuk tengok macam mana, diorang beli ke tak.

No 9 – tips to lose weight

Untuk siapa yang guna perkataan ni tips ni lebih kepada nak dapatkan maklumat FREE. Itu sahaja yang saya boleh cakap.

Sekarang no 11 pula, keyword yang paling saya tak sabar nak kongsikan ni.

Ini lah keyword yang paling sesuai kalau nak jual produk macam ebook atau apa sahaja panduan digital. Sebab, ia terus bagi tahu lagi nak ikut program apa supaya boleh diet dengan jayanya.

Anda sendiri pun boleh agak kan, keyword yang lain lain mungkin boleh menjual barang juga. Tapi keyword no 10 lah yang paling terbaik.

TIPS

Kalau anda nak dapatkan lebih kepastian, boleh gunakan harga CPC (cost per click) dari Google adwords sendiri untuk tahu sama ada keyword itu boleh buat duit ke tak.

Lagi tinggi nilai Cost Per Click tu lagi berbaloi lah keyword tersebut. Kalau tak, kenapa orang sanggup bayar mahal untuk dapatkan satu click adwords kan.

Untuk 11 senarai keyword yang saya snap di atas tadi, adalah daripada 200 jumlah keyword yang saya tapis. Bila saya buat kan table, sort kan CPC yang paling mahal di atas, yang paling rendah di bawah macam kat bawah ni..kita akan nampak lebih jelas, kenapa keyword ‘program’ tadi terbaik.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Anda tengok sendiri keyword apa yang antara paling mahal

  • Print
  • Google+
  • facebook

Sekarang saya bagi contoh niche insurance pula. Niche ni juga antara niche yang paling hangat kat US

  • Print
  • Google+
  • facebook

Memang car insurance ada carian yang tinggi, sampai 1 juta.

CPC 14.4 dollar

Tapi kalau saya sortkan CPC tu kepada yang paling mahal di atas.

  • Print
  • Google+
  • facebook

Anda perasan ada banyak keyword ‘quote’ sebab siapa siapa guna perkataan quote ni memang confirm nak sign up. Itu sebab dia lebih berminat untuk cari harga. Kiranya, dah tau dah polisi, dah tahu dah kelebihan semua. Cuma nak dapatkan perbandingan harga sahaja.

Ok?

So, jadikan CPC atau cost per click adwords sebagai salah satu sebab kenapa anda pilih mana mana keyword adalah sangat berguna.

Ini mungkin lebih kepada perkara asas. Untuk lebih advance kalau perlu anda mungkin nak juga dapatkan data yang lebih detail, seperti contoh.

  1. Orang yang search keyword ni biasanya akan ada kelulusan atau tidak, kalau ada kelulusan, mungkin kerja nya baik. Mungkin lebih moden, jadi nak beli internet mungkin lebih arif
  2. Umur berapa – memang setiap keyword ni akan kita boleh specific kan orang yang dalam umur berapa akan gunakan. Seperti contoh, ‘cara nak dapatkan kerja’ – yang ini lebih kepada budak baru habis study, mereka ni mungkin lebih kepada masih lagi tak punya kewangan yang masih kukuh. Jadi kalau anda offer apa apa, jangan kecik hati kalau tak beli.

    Selain tu, untuk keyword yang biasa umur 30 tahun ke atas cari mesti menunjukkan mereka ni sudah ada duit. Jadi nak jual barang mahal sikit boleh la cuba cubaak

  3. Laki atau perempuan
  4. Status single atau tidak

Dan macam macam lagi..

Harap anda buat keputusan yang bijak, tak salah kalau ambil masa sebulan untuk tentukan keyword yang tepat. Yang penting nanti tak menyesal dan rugi masa.

Leave a Reply

You have to agree to the comment policy.