Apa itu SEO? Cara Belajar Yang Lebih Mudah Untuk Faham

SEO, atau Search Engine Optimization adalah suatu teknik yang dilakukan ke atas blog atau website supaya rankingnya di search engine lebih tinggi dari kedudukan blog yang lain.

Terutamanya Google.

Contoh Search Engine Ranking di Google

Seperti contoh screen shot dibawah:

Bila saya key-in keyword “how to lose weight” seperti di atas.
Anda akan dapat lihat,

dietdoctor.com ranking pertama,
rd.com ranking ke dua
health.com ranking ke 3 dan seterusnya sampai ke 10th.
Dan kalau click page ke 2 pula.

cosmopolitan.com sebagai ranking ke 10 + 1 = 11th
wikihow.com sebagai ranking ke 12, sampailah ke puluhan page yang seterusnya.

Sebelum saya terlupa, ruang sebelah kanan, Marie France sampai Natural way to lose weight itu adalah ads dari Adword. Kiranya, kita kena bidding dengan webmaster yang lain, siapa yang lebih tinggi, website dialah yang paling tinggi.

Itu iklan, atau SEM. Search engine marketing. Kita SEO, yang disebelah kiri, ataupun organic search.

Persoalannya!

Kenapa Google letakkan dietdoctor.com berada di ranking pertama berbanding dengan website yang lain?

Seperti apa yang saya maksudkan tadi, SEO adalah suatu teknik yang dibuat ke atas blog supaya rankingnya di search engine seperti di screen shot lebih tinggi berbanding dengan web yang lain.

Dan seperti yang anda boleh lihat di atas, apa yang boleh dirumuskan website dietdoctor.com telah mengaplikasikan lebih faktor SEO berbanding dengan rd.com, health.com dan website website yang lain.

Pendek kata, dietdoctor.com lebih mesra search engine berbanding dengan website yang lain UNTUK KEYWORD “HOW TO LOSE WEIGHT”. Untuk keyword yang lain, tidak pasti lagi 🙂

Orait?

Sekarang, timbul apakah yang dimaksudkan dengan teknik SEO?

Kiranya apa yang perlu dibuat pada blog supaya lebih mesra search engine?
Untuk rekod, terdapat 200 perkara yang kita BOLEH buat untuk ranking website kita lebih tinggi di Google.

Ingat tu, saya cakap BOLEH, bukan PERLU.

Sebab? bukan semua webmaster follow 100% factor SEO, tapi masih lagi boleh ranking.
Kalau meraka yang berada di ranking atas ni pun tak buat semua 100%, kenapa perlu kita kan?

So, tindakan kita untuk follow 100% 200 faktor tersebut bergantung juga dengan faktor-faktor SEO yang telah pun dibuat oleh competitor kita.

Katakan competitor tu dah buat kesemua 200 perkara tersebut,

Kalau macam ni terpaksa lah kita pun ikut ya?

Jawapannya, senang sahaja. Cari keyword lain. Sebab nak ranking di page pertama perlukan banyak masa.

Rata rata mengatakan dalam masa 6 bulan diperlukan untuk pasaran antarabangsa untuk website yang baru DIBINA, maksud saya kalau anda cuba ranking website anda di Google.com. (Pasaran global, US)

Berbanding dengan Google.com.my untuk Malaysia, dan .id untuk Indonesia, saya percaya kalau competition yang kurang. Tak mustahil boleh ranking lebih awal.

Dan lagi satu, saya juga percaya yang ranking faktor 200 tadi adalah lebih daripada jumlah itu. Kita tak tahu melainkan Google.

200 perkara untuk ranking factor ini juga hanya sesuai untuk ranking website anda di search engine Google sahaja. Ini bermaksud kalau anda nak ranking website anda di Yahoo, Bing, ataupun Yandex, atau pun lain, saya tak rasa website anda boleh ranking kerana setiap ranking factor ini berbeza dengan search engine yang lain.

Kenapa hanya focus pada Google? sebab saya pernah banyak kali nak ranking di Google, tapi belum berapa lama website saya sudah berada di page pertama Yahoo. Walaupun saya di page pertama Yahoo, tapi blog saya masih lagi tiada visitor.

Kenapa Mesti Ranking Website di Rank Pertama?

Sebab sudah menjadi lumrah orang kita yang akan pergi dan click di ranking pertama dahulu, berbanding dengan page yang lain.

Kalau kita nak jual barang, tapi page ke 2, siapa yang nak beli? Sebab orang yang di page pertama pun dah jualkan 🙂

200 Teknik SEO?

Kalau saya nak buat entri 200 perkara ini memang sampai lusa pun tak siap. Dan dalam pengalaman saya ranking website pun tak pernah saya buat sampai semua.

Jadi tak perlu lah saya bincangkan di sini.

Tapi saya akan kongsikan 10 daripada 200 perkara tersebut. 10 perkara ni bukan lah yang paling utama berbanding dengan kesemua yang lain. Tapi ada antaranya yang lebih penting berbanding dengan yang lain.

Sebab setiap faktor SEO yang kita buat keatas blog kita dipengaruhi oleh kekuatannya signal rankingnya sendiri.
Maksudnya, katakan saya buat teknik 1, ranking blog saya masih lagi di page ke dua. tapi katakan saya tak buat teknik 1, tapi buat terus teknik ke 3.

Website saya terus di page pertama. So, setiap teknik mempunyai kekuatannya.

Walau bagaimana pun, ada banyak juga teknik SEO ni yang hanya perlukan sekali sahaja untuk anda setting.
Dan ada banyak juga teknik SEO daripada 200 perkara itu yang perlu anda lakukan setiap kali anda buat new post entri.

Dan ada juga faktor yang anda tak boleh buat apa apa pun.

Maksud saya disini ialah, kita tahu sesuatu perkara itu adalah faktor yang akan membantu ranking website kita di Google tapi kita tak boleh buat apa selain daripada hanya menunggu masa sahaja.

Off Page Dan On Page Dalam SEO

Untuk aplikasikan SEO, ia terbahagi kepada dua, On page dan Off page.

On page adalah perkara yang kita buat keatas blog kita,
Manakala, off page adalah tindakan yang kita buat di luar blog.

Tak faham lagi tak pa. Kita teruskan. Baca sampai habis dulu, kalau masih lagi tak faham. Baru ulang semula.
Masih lagi tak faham? tinggalkan komen, nanti saya akan beri pencerahan 🙂

Baik, sampai tahap saya harap anda sudah memahami apa yang dimaksudkan dengan SEO. Sekarang pula saya nak share apakah perkara perkaranya.

Hanya 5 daripada puluhan Teknik On Page SEO

1. Keyword Title

bila kita pilih sesuatu keyword untuk di ranking, pastikan kita letak keyword tersebut di title blog post/page kita. Dan lebih baik kita mulakan dengan sebelah kiri berbanding sebelah kanan.
Sebab, search engine crawler ( ini google punya system lah ni) akan bermula crawling website kita dari kiri ke kanan.

Contoh:

Antara faktor yang mungkin mempengaruhi kenapa health.com di kedudukan ketiga, mungkin disebabkan keyword “how to lose weight” tak dimulakan di sebelah kiri berbanding dengan keyword dietdoctor.com dan rd.com.
Selain itu juga, website health.com, tiada keyword “how”, ini pun juga turut buatkan health.com ranking akan jadi rendah.

Sebab? sebab keyword itu lebih relevant. Katakan search keyword “how to lose weight” seperti contoh di atas.

Tapi yang ranking di pertama bukan keyword ini, tapi “weight loss” sahaja. Adakah ia relevant dengan keyword search kita?
Ya memang relevant tapi tidak lebih tepat berbanding dengan keyword yang ada perkataan exact dengan keyword carian kita.

Kemungkinan juga article yang post title yang hanya ada keyword “weight loss” sahaja, mungkin hanya berikan tips untuk kurus sahaja.

Berbanding dengan keyword title ada “how” yang akan terus menjurus kepada cara-cara atau penyelesaian terus untuk dilakukan. Dan keyword yang bersifat seperti ini lah yang kita lebih mahukan.

2. Entri post yang lebih fokus

Mengikut kajian yang dibuat oleh SerpIQ di atas. Kita mesti buat entri post yang panjang(fokus) untuk ranking yang baik. Seperti contoh di atas, rata-rata blog entri tersebut mesti dalam 2 500 words.

Sebab?

Untuk menjawab soalan ni, kita fikir semula. Apakah fungsi dan tujuan utama Google?

Tak lain tak bukan Google adalah sebagai engine pencari maklumat. Generally, kita gunakan Google untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Dan bila kita type di Google, “Tips bagaimana nak kurus” tiba tiba di page pertama dan ranking pertama, Tajuk bukan main cantik.

“Click Disini Untuk Tips Kuruskan Badan.”

Tapi bila dah click, apa post yang ada? Tips yang tak pun sampai 100 patah perkataan.

Jadi dari segi kepuasan kita tu kurang. Sebab kalau article tu panjang, kebiasaannya penulisan tu akan lebih detail lah jadinya.

Tapi katakan blogger buat article yang panjang tapi ntah apa yang ditulisnya buang masa je nak baca, ibarat buat entri yang hanya nak panjangkan post sahaja. Kalau perkara ini berlaku, macam mana pula Google boleh pasti yang article seperti ini memang lansung tiada kualiti walaupun penulisannya panjang?

OK, hold dulu soalan ni. Nanti kalau anda baca sampai habis apa yang saya share ni anda akan faham bagaimana. Macam yang katakan tadi, ada 200 perkara untuk ranking di Google, sekarang ni article yang panjang adalah ibarat faktor yang pertama anda tahu, dan selebih ratusan faktor itulah yang ada antaranya akan beri signal kepada system Google sama ada sesebuah blog itu atau entri postnya benar benar berkualiti atau pun tidak.

Lagi sekali saya beri contoh, seperti yang saya buat sekarang. Katakan saya cerita pasal SEO ni 4 5 ayat je. Mesti lah orang ramai tak suka.

Google pun tak suka.

Sebab kalau pengguna, guna Google, dan di page pertama Google ni penerangannya tak detail, maka diorang pun lari lah ke search engine yang lain, seperti Yahoo, Bing, Yandex dan sebagainya.

So, buat lah article panjang dan detail, supaya Google dapat memberi kesimpulan yang page kita lebih prihatin dalam memberi maklumat kepada orang lain.

Orait?

Walaubagaimana pun, untuk pasaran local seperti Malaysia, Singapore dan Indonesia saya tak rasa perlu sampai 2 500 words. 🙂

Namun, ia masih lagi bergantung kepada competitor kita. Kalau yang di page pertama hanya ada 500 words, mungkin kita hanya perlu buat article dalam 800 words seperti contoh.

Dan untuk contoh mula kita yang tadi berkenaan dengan ranking dietdoctor.com, rd.com dan health.com tadi.

3. Mobile friendly

Blog yang mobile friendly pun salah satu menjadi keutamaan SEO sekarang. Anda boleh test website anda di MobileTest.Me ataupun tool dari Google sendiri di sini.

Contoh seperti dibawah:

Sebab, sekarang ni apa apa pun semua di hujung jari.

Fakta. Di Malaysia sahaja, separuh daripada rakyatnya mempunyai smartphone. Dan dalam sehari, rakyat Malaysia akan buat carian purata 3.3 kali dalam sehari.

Dan sudah pasti bukan di Malaysia sahaja, apatah lagi di Singapura yang lebih moden dan Indonesia yang lebih ramai rakyatnya.

4. Linking out to Authorities

Faktor ini adalah antara yang paling senang untuk buat. Tapi kadang-kadang ada lecehnya juga. Dalam 1000 patah perkataan, kebiasaannya saya akan buatkan dalam 5 perkataan di article saya link to authority website. Authority website ni secara mudahnya adalah website yang sudah kukuh dari segi SEOnya.

Mungkin kalau ada yang pernah dengar Page Rank, mungkin PR nya lebih dari 4 contohnya. Dan kalau ada yang tahu dengan Domain Authority daripada Moz, mungkin ia lebih daripada 50 contohnya.

Tujuannya mungkin lebih kepada referrences entri di blog post kita. Ibarat Google detect post kita jadikan web authority sebagai rujukan contohnya.

Macam yang saya cakap tadi, website yang authority tinggi SEOnya sudah kukuh, ini bermakna system Google akan percaya yang website yang authority ini sudah pasti akan beri maklumat yang baik untuk pembaca. Dan kita pula linkkan page blog post ke web authority. Sudah pasti akan dapat tempias kepercayaannya tu kan.

Seperti contoh, katakan anda buat entri post tentang satu kajian yang saintifik di blog anda. Memang anda boleh cerita macam macam, tapi Google bukan manusia yang kena datang ke blog anda dan pastikan kajian anda tepat.

Google hanya system, disebabkan itu, jika system Google dapat detect ada bahagian di entri kajian anda tu link ke website authority contohnya Website dari Professor di Harvard. Sudah pasti akan sedikit sebanyak menambah kepercayaan kepada system robot Google. Tapi ingat, ia mesti relevant. katakan buat kajian saintifik, tapi link ke website authority yang cerita tentang pemeliharaan binatang contohnya. Kalau ini berlaku, kemungkinan website anda akan devalue oleh Google.

5. website speed

Untuk test kelajuan website anda, boleh guna tool dari Google sendiri di sini.
https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/

Kalau anda dapat result yang berwarna hijau itu sudah cukup memadai.

Blog saya, belum ada satu post lagi sudah 72/100. Tapi tak pe lah, nanti saya setting lain. Nak buat 2 3 post dahulu.
Ataupun, daripada Pingdom

Seperti yang kita bincangkan tadi objektif utama Google adalah untuk beri kepuasan kepada pengguna mereka.

Dan disebabkan ramai antara kita yang sudah pun guna smartphone untuk browse internet.
Tapi bila rata rata website yang ranking pertama di Google adalah semua website yang slow di mobile. Ataupun tidak mobile friendly, sudah pasti ini akan memberi impak buruk kepada Google.

Saya sendiri pun perasan, banyak orang orang kita yang buat perniagaan tudung di internet. Di listnya semua jenis jenis tudung yang ada di homepage, kononnya, bagi peluang visitor nampak terus semua. Dah la internet di Malaysia mahal. Slow pulak.

Akibatnya, belum sampai loading semua gambar saya dah tutup.

5 daripada puluhan teknik Off Pages Dalam SEO

Sekarang kita beralih kepada faktor Off pages pula.

Off pages adalah indicator yang Google guna untuk pastikan yang blog kita popular lebih ada kualiti berbanding dengan blog lain. Maksud saya disini, anda boleh tulis macam macam di blog anda.

Seperti contoh, anda ni Cikgu Matematik. Dan di blog anda tu, anda tulis. Inilah ilmu matematik yang 100% saya curahkan. Kalau tak pandai lagi, tak tahu lah.

Ok? Tapi itu yang ada tulis? Google pula faham macam mana? Sebabkan Google robot, dia hanya boleh detect anda guna keyword apa, berapa panjang article anda, dan lebih lebih dari maklumat yang seperti itu sahaja. IBARATNYA

Dan untuk Google pastikan yang pengajaran matematik anda di blog tersebut benar benar berkuali, Google akan cari ada tak link blog anda di blog yang lain.

Kalau ada, dan ianya banyak. Baru Google percaya yang kandungan blog anda benar benar berkuali. Insyallah ranking akan naik juga. Sebab kalau betul lah pengajaran anda berkualiti, sudah pasti orang akan share. Betul tak?

Seperti contoh kajian yang di buat oleh SERP IQ tadi. Kajian itu betul betul membantu kita di dunia SEO ni. Kalau tiada siapa buat kajian tu, mungkin 200 faktor ranking yang kita tahu akan jadi 150 sahaja contoh. Sekali gus merencatkan prestasi ranking blog kita. Google pun tak share semua ranking tersebut. Kebanyakannya adalah hasil penyelidikan daripada mereka yang pakar dalam SEO sahaja.

Tak padan lah, page SERP IQ itu sahaja ada lebih 700 backlink. Ataupun 700 website owner letakkan link page SERP IQ di blog mereka.

Software di atas adalah dari ahrefs.com, software ini akan bantu anda buat analisa kepada sesuatu website. Seperti contoh di atas, kita tahu SERP IQ dapat backlink daripada 754 domains. Kita juga dapat tahu berapa banyak orang like page ini di facebook. Macam macam lagi, selain ahrefs sebagai software utama dalam SEO, ada juga lain seperti Majestic, Moz, OSE. Macam macam lah.

Baik, saya dah cakap pun salah satu point pertama untuk teknik off page di atas. Saya akan tambah lagi sikit detailing tentang backlink di bawah.

5 teknik off pages yang saya maksudkan tadi antaranya adalah:

1. Relevant Back link

Backlink adalah ibarat seperti yang saya buat di faktor On pages tadi. Dimana, kita link out to authority website untuk menunjukkan website tersebut sebagai reference untuk entri kita.

Tindakan saya ini juga boleh dikatakan back link. Saya link kan ke website lain disebabkan website itu kebiasaannya mempunyai kandungan yang baik.

Untuk contoh yang lain, katakan saya buat entri tentang kerja kosong kerajaan, sudah pasti ramai yang ingin mencuba dan sebarkan berita yang saya sudah buat di blog saya. Dengan cara? mereka akan link kan entri di blog mereka disebabkan entri post saya lah mereka dapat berita ini.

Lagi banyak saya dapat back link, maka lagi tinggi ranking saya.

Tapi itu faktor SEO dalam 3 atau 4 tahun yang sudah. Sekarang ini, sudah ranking factor sudah evolved.

Apa yang Google mahukan, bukan sahaja back link yang banyak, tetapi juga ia mesti relevant.

Seperti contoh tadi, saya punya blog berkisah tentang tips untuk cari kerja. Dan saya buat entri post tentang kekosongan jawatan di sektor kerajaan. Dan back link atau web referrences yang saya dapat pun mesti lah yang berkaitan atau relevant dengan blog niche saya.

Jika saya dapat back link yang datang dari blog yang setiap hari cerita tentang Kambing? Itu namanya tak relevant dan tidak akan bantu ranking saya.

Sebab?

Sebelum ini saya ada blog affiliate tentang green energy. Blog tersebut pernah ranking sebagai antara 5 blog yang paling tinggi ranking di US.

Tapi bila kurang daripada 3 atau 4 tahun yang saya cakap kan tadi, di mana Google update SEO ranking factor yang kita namakan sebagai algorithm. Blog saya tersebut jatuh mendadak dan Google terus label blog saya sebagai backlink spamming.

Disebabkan? back link yang saya buat memang banyak. Tapi hampir 90% datang dari Private Blog Network, yang langsung tidak relevant.

Dan ianya secara manual, bukan backlink yang datang secara natural.

So Google update rules untuk ranking ini ataupun namanya algorithm supaya kita tidak game search ranking. 🙂

2. high authority backlink

Secara mudahnya, website yang authority adalah website seperti Wikipedia, WebMD, Wikihow dan sebagainya. Website ini, kebiasaannya kalau kita gunakan tool dari Moz mempunyai value Domain Authority yang lebih daripada 50.

Saya masih lagi percaya, jika kita mampu dapat back link daripada website seperti ini. Walaupun ia tidak bersifat relevant.

Tapi masih lagi mampu beri kita ranking yang lebih baik. Tapi jangan offset relevancy terlalu jauh 🙂

3. Good branded anchor text

Anchor text adalah back link kita yang tadi.

Contoh saya link kan “wikipedia” ke wikipedia.com

So wikipedia jugalah adalah anchor textnya.

Good branded anchor text adalah indicator yang kebiasaanya ia menunjukkan kita tidak cari back link untuk website kita dengan cara yang gaming Google. Seperti apa yang saya telah buat dengan blog saya sebelum ini.

Contoh good branded anchor text adalah:

katakan saya ambil blog saya ini sebagai contoh:

seo cara baik 10%
seocarabaik.com 10%
seocarabaik 10%
generic keyword seperti contoh “click here” dalam 5%
Others, adalah selebihnya.

Kalau diperhatikan di atas, keyword anchor text dari 1 sampai ke 3 adalah penggunakan nama domain saya sendiri. Dan selebihnya adalah keyword generic dan yang lain lain.

Jika kita dapat keyword anchor text seperti ini, ranking kita akan lebih baik.

Namun, ia masih lagi bergantung kepada keyword relevancy yang saya katakan tadi.

Tapi sepanjang pengalaman saya analisa competitor blog niche saya. Jika anchor text mereka adalah seperti ini, saya akan lebih berhati hati kerana kualiti mereka adalah lebih baik.

Dan untuk contoh yang sebenar, kita boleh gunakan tool seo dari Majestic.com yang boleh analisa blog anchor text. Dan bila saya buat dietdoctor.com tadi semasa kita buat rumusan jumlah perkataan yang lebih panjang.

Tak mustahil, sebab dietdoctor ada keyword anchor text yang baik seperti dibawah.

4. no spam back link

Spam back link adalah seperti back link yang bukan sekadar tidak relevant malah ada antaranya yang sudah pun Google detect sebagai tempat spamming.

Seperti contoh, dulu pernah satu ketika. Article directory adalah antara back link yang paling mudah untuk dapat, dengan cara kita buat article dan post kan ke article directory yang mempunyai back link ke website kita.

Selain itu juga forum profile. Yang pernah dipopularkan oleh Angela apa entah saya pun sudah lupa.

Sekarang ni, tidak lagi.

Kalau anda dapatkan back link daripada article directory sekarang ni. Dan back link itu banyak lebih dari yang biasa. Ranking anda tidak akan kemana pun.

Sebab, back link harus dinilai sebagai sesuatu penghargaan daripada blogger lain yang merasakan kandungan blog kita mempunyai value yang harus disebarkan untuk kebaikan orang lain.

Tapi jika saya boleh dapat back link dengan hanya “buat” back link. Dan akan ranking. Sudah pasti itu lebih kepada gaming Google. Yang 100% tidak boleh diterima.

Selain daripada forum dan article directory, adalah press release, blog comment, web 2.0, shared doc, social bookmark dan macam macam lagi.

Walaubagaimanapun, kesemua tempat mencari dan membuat backlink diatas, kalau digunakan secara betul dan tidak terlalu ekstrem. Masih OK juga.

Contoh, kalau buat post di web 2.0, pastikan betul betul active di sana. Buat comment di posting orang lain. Join forum kalau ada, saya pun lupa ada ke tak.

Kalau nak comment di blog lain, jangan guna keyword kita untuk ranking sebagai “nama”. Dan jangan dapatkan backlink terlalu banyak daripada commenting ni.

5. free from hacker

Untuk pengetahuan anda, blog saya seocarabaik.com ini baru sahaja saya daftarkan kurang daripada 2 atau 3 hari yang lepas. Masih lagi belum ada apa apa entri lagi.

Tapi, cuba lihat email yang saya dapat dibawah:

Kalau lihat di atas, ada 10 failed attempts dari Hacker yang nak cuba masuk di admin dashboard blog saya ini untuk mereka boleh tinggalkan back link mereka sendiri satu hari nanti.

Selamat saya sudah install Sucuri dan Wordfence sebaik sahaja saya setup blog ni.
Katakan meraka dapat masuk?

2 perkara akan terjadi.

Satu, meraka akan menyusahkan kita sebab di entri kita akan ada back link yang tidak relevant.

Ke 2, Google mampu detect tindakan ini. Google boleh tahu jika website kita ni sudah pun di hacked. Dan bila system Google sudah trigger, secara automatik ranking website kita akan jatuh menjunam. Walaupun kita mempunyai tulisan yang baik dan back link yang kukuh. Semuanya akan jadi sia sia.

Ini pengalaman saya sendiri semasa saya cuba nak jual product dari Amazon.

Di bawah ni adalah email yang saya dapat bila Google sudah dapat detect yang blog affiliate saya sudah kena hacked.

Tapi tujuan hacker tu bukan nak letak back link untuk ranking website dia.

Tapi lebih kepada sengaja untuk jatuhkan ranking website saya.

Bila dia hacked website saya, tiba tiba ada dalam 8 entri blog saya ada back link yang point ke product ” viagra”.

Sudah lah tidak relevant. Google juga jika tak silap saya sudah klasifikasikan, siapa yang ada back link seperti ini akan confirm jatuh ranking menjunam.

Saya rasakan tujuan utama hacker tersebut untuk sengaja hacked website saya sebab bila ranking website saya sudah jatuh ke page 5 dan seterusnya. Sudah tiada lagi pun back link back link “viagra” tersebut.

Dan ada folder folder yang hacker itu buat di file manager Cpanel saya pun sudah hilang.
Saya ada buat entri post untuk pemilihan plugin utama sebaik sahaja anda mula setup blog anda.
Tapi mungkin dalam beberapa hari lagi untuk saya post.

Anda tak perlu tunggu saya untuk tunjukkan caranya bagaimana.

Terus sahaja install plugin Wordfence ataupun Sucuri secepat mungkin.

Rumusan Post Ini

Jadi sekarang mungkin anda boleh relatekan antara On pages dengan Off pages.

Mungkin kita boleh buat article yang panjang untuk Google detect sebagai high quality article, tapi untuk lebih confirm. Google perlukan indicator off pages atau pun high quality back link untuk confirmasi. 🙂

So itu dia 10 daripada 200 perkara teknik SEO. Macam saya cakap tadi.

Ada banyak lagi, tapi ini sahaja yang saya rasa ada masa nak buat entri.

Saya akan share lagi nanti.

Apakah Proses dalam SEO?

Untuk setiap internet marketer, mereka akan ada skills dan step mereka sendiri. Tapi secara generalnya. Untuk bermula berniaga online.

Ada 3 steps.

1. Keyword research

Yang ini, lebih kepada kita cari dahulu pasarannya. Iaitu jumlah recorded searches. Boleh pergi di Google Keyword Planner di sini. Tool ini adalah dari Google sendiri, record purata dalam masa 3 bulan. Jadi, kita akan keyin apa sahaja niche atau bidang yang kita cuba nak ceburi dan cuba nilai permintaan.

2. Buat blog dan praktikkan on pages dan off pages

3. Optimize – product/visitor
Saya ada plan untuk buat proses SEO di atas ini nanti, Insyallah dalam awal bulan depan. Saya tak pasti bila. Tulun ingatkan kalau saya lupa.

Jika anda perhatikan dari tadi, kebanyakan contoh contoh saya adalah disebabkan Google mahukan pengalaman yang baik untuk penggunanya.

Seperti contoh, penulisan yang baik, detail, jangan hanya menulis article untuk sekadar buat entri yang langsung tiada value untuk pengguna.

Begitu juga dengan website kita yang tidak mobile friendly. Saya sendiri pun, macam tadi kalau saya browse website yang slow dan serabut memang saya akan close terus.

Dan saya percaya begitu juga dengan orang lain, tak suka. Terutamanya Google.

Jadi, kita sebagai webmaster yang melakukan teknik SEO untuk ranking website, mestilah alert dan ambil perhatian dengan ranking factor ni.

Jangan disebabkan faktor ranking SEO yang banyak, dan leceh untuk dituruti satu persatu buatkan kita frust untuk follow peraturan peraturan ini.

Sedangkan yang utama, kalau pengguna senang, kita pun juga yang akan untung 🙂

Apa apa pun, itu sahaja. Terima kasih sebab luangkan masa.

Saya ada siapkan FREE Ebook yang dalam 25 muka surat panjangnya. Ebook ini saya akan beri lebih focus bagaimana page dietdoctor yang kita duk sibuk bincangkan tadi, mampu ranking di Google.

Entri ni saya berikan 10 ranking faktor sahaja kan. Tapi selepas beberapa lama saya analisa page dietdoctor ni, saya dapat jumpa lagi lebih dari 10 faktor yang membuatkan page ni dapat ranking yang baik di Google. Anda boleh Click Image Box bawah untuk dapatkan ebook ni.

Sebaik sahaja anda signup, akan sampai 2 email di inbox anda. Satu untuk confirmation link, lagi satu email yang saya hantarkan untuk anda bertanya apa sahaja kepada saya tentang SEO. Insyallah, kalau saya tahu, saya jawab. Kalau saya tak tahu. Saya minta sory.

Harapan saya anda lebih faham dengan SEO, sebab saya bukan sahaja share apakah yang dimaksudkan dengan SEO, tapi juga saya share bagaimana perkara ini berlaku.

Selepas ini, saya akan share pula bagaimana proses SEOnya pula.

Apa apa pun, sila tinggalkan komen anda di bawah untuk sebarang pendapat. Saya pun nak tahu apa pendapat anda. 🙂

23

21 Responses

  1. Cikgu Norazimah
    October 29, 2015
    • Syed
      October 29, 2015
  2. ari
    October 31, 2015
    • Syed
      October 31, 2015
  3. abanghappy
    October 31, 2015
  4. Pingback: Apa itu SEO? | Rakitawebsite.com November 2, 2015
  5. Acilea Ren
    November 3, 2015
  6. titan
    November 5, 2015
    • Syed
      November 5, 2015
  7. Calrase Patrick
    November 6, 2015
    • Syed
      November 6, 2015
  8. BM
    November 6, 2015
    • Syed
      November 6, 2015
  9. Adam
    November 7, 2015
    • Syed
      November 7, 2015
  10. ieta mat saad
    November 11, 2015
    • Syed
      November 11, 2015
      • Syed
        November 14, 2015
  11. blogger jogja
    November 13, 2015
  12. MYiDEAKiNi [dot] com
    November 18, 2015
  13. wan shah
    May 17, 2016

Write a response

Shares
Share This

Share This

Share this post with your friends!