About Me

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semua orang ada “about me” saya pun nak buat jugak lah.

Lantas itu, ini serba sedikit tentang SEOCaraBaik.com

Saya Syed, asal Perak.

Belajar buat bisnes internet ni tak pasti lah berapa lama. Tapi lama lah juga kot

Blog ni saya dirikan untuk saya share tip tip yang anda boleh gunakan bila nak mula perniagaan secara internet.

Perniagaan yang maksudkan adalah apa sahaja jenis dan bentuk perniagaan asalkan guna website atau pun blog.

Dalam banyak banyak teknik perniagaan internet, SEO adalah yang paling saya suka nak buat.

Mungkin sebab budget pun tak berapa nak ada kot.

Tapi, yang pasti teknik ini buat macam saya ni rasa cerdik sikit sorang sorang.

Memang sorang sorang pun, sebab tak da sapa nak puji. Apa tah lagi nak cakap tahniah.

Tapi bila berjaya, alhamdullillah tak sapa puji pun tak pa.

Kenapa SEO – Bagaimana SEO boleh bantu bisnes kita?

Rata rata orang mungkin pandang SEO sekadar teknik yang kita gunakan untuk dapatkan banyak visitor blog kita sahaja.

Dengan cara, ranking website di page pertama Google

Tapi sebenarnya, ia lebih dari itu.

Kita ibarat, penyelidik dan penganalisa dengan perniagaan kita.
Dan untuk dapatkan visitor ke blog kita bukan nye ada satu ini sahaja caranya.

Lagipun katakan kita dah ranking website dengan SEO lepas tu apa pula yang jadi?

Disini lah yang saya rasa best sikit dengan teknik perniagaan ni.

Macam mana kalau contohnya bulan lepas ada 1 000 visitor, dengan convertion rate 2%.
katakan product harga $25 = $ 500

Macam mana pula kalau saya cakap dengan jumlah visitor yang sama tapi convertion rate saya naik jadi 5%.
disini sales kita akan meningkat kepada $1 250 = $25*5*10

Semua itu tak mustahil dengan SEO.

SEO bukan sekadar nak ranking website tapi lebih juga kepada teknik yang ada gunakan untuk lebih kenali customer perniagaan anda.

Sejauh Mana Pengalaman SEO saya?

Untuk menjawab soalan ni, saya rasa anda sendiri yang patut nilai. Bukan saya.

Kalau saya cakap, mesti lah yang nak gah gah kan.
Tapi secara jujurnya, saya pun tak semua tahu. Tapi alhamdulliah saya masih lagi boleh ranking ­čÖé

Senang cerita, anda baca blog post ni SEOCaraBaik ni.

Post Pertama Saya┬á– sila tingalkan komen anda.

Saya kongsi, dan anda nilai sendiri.

Kalau salah, minta tegur, kalau betul, cakap tq.

Lagi sekali saya tekankan, blog ini saya dirikan bukan sekadar nak cerita tentang SEO. Tapi kaitan perniagaan yang lain yang memerlukan SEO.

Lebih kepada teknik teknik yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan bisnes anda melalui internet.

Baik affialite, blogging, e commerce, service, pengiklanan atau apa sahaja.

Sebab semua ini ada kaitan nya dengan apa yang dikatakan sebagai Search Engine Optimization.

Untuk dapatkan lebih lanjut dan kenal saya dengan lebih dekat.

Boleh hubungi saya disini dan untuk dapatkan update terbaru blog dan sebagainya sila subscribe email saya di bawah.

Bila subscribe di bawah ni nanti, anda akan dapat satu email dari saya untuk anda bertanyakan sebarang soalan.

Kat situ boleh la luahkan apa sahaja yang anda rasa nak bagi tahu. Boleh juga saya jadikan point untuk entri blog ni.

Sebelum saya lupa, sepanjang perkongsian saya dalam blog ni.

Saya memang akan menggunakan istilah istilah yang sebenar macam yang biasa orang putih guna.

Ini penting supaya kalau ada yang anda rasa nak lebih maklumat dengan lebih detail anda boleh search guna keyword itu sahaja.

Apa apa pun terima kasih kerana sudi ambil tahu tentang saya dan blog ini.

Anda baca sampai sini.

So, saya cakap tq lah
tq